Friday, October 19, 2012

Road to Surabaya : Part 2

Perjalanan kali ini diteruskan dengan perasaan yang sangat teruja. Harap-harap Kawah Ijen tak menghampakan kami. Dari Yoschi Hotel kami pulang semula ke Probolinggo dan setibanya di Mahkota Tourist Info Centre, transport sudah menunggu kami untuk dibawa terus ke Arabic Hostel, Bondowoso di mana terletaknya Kawah Ijen. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 5 jam untuk sampai ke Arabic Hostel tersebut. Perjalanan terasa begitu smooth and scary. Smooth tu sebab jalan raya agak baik dan scary tu sebab dia punya driver, ‘astaghfirullah..’ Kali ini kami berjumpa pulak dengan sepasang adik beradik dari Singapore berbangsa Cina bagi menggantikan member dari Jepun dan Brazil tadi. Memang jenis yang tak sombong dan boleh dibawak berbincang. Orang tua-tua kabo, patah tumbuh hilang berganti. Banyak berjalan mungkin salah satu faktor diorang tadi senang bergaul walaupun tak reti langsung cakap melayu.
Sebabkan agak letih, gua memang tak fikir apa dah. Terus saja membuta. Transport pun agak selesa untuk 7 penumpang. Sedar-sedar mini bus tadi berhenti di sebuah cafe tepi jalan disebabkan mengantuk. Kemudian perjalanan diteruskan lagi, dan tidur gua pun turut diteruskan. Dalam perjalanan menuju ke Arabic Hostel tersebut, driver merangkap tourist guide ada memberhentikan kenderaan disatu kawasan yang mana kita boleh nampak Kawah Ijen dari jauh. Dekat situ kitorang (Gua, Migha, Hamza, Siu Ling dan Siu Jen) ada bincang-bincang tentang hasrat untuk melihat Blue Fire (Api biru dari dalam kawah. Boleh dilihat sekitar pukul 6 petang sehingga 4 pagi waktu Indonesia). Menurut kata tour guide kami, kalo nak pergi malam kena charge lain sebab kena pakai guide local. So, kami pun decide untuk bayar sahaja memandangkan charge yang dikenakan tidaklah mahal mana. Kemudian kami tanya pula tentang hot spring yang kebetulan ada disekitar kawasan Bondowoso tu. Tapi tour guide kata tak boleh masuk sebab jalan dekat situ under construction. Mungkin kalau degil jugak nak berjalan akan amik masa 2 jam. Tapi kami berlima tetap berkeras nak ke sana. Jalan pun jalan la. Bila lagi nak sampai sini, ye dak?
 
Kami menikmati makan malam di cafe Arabic Hostel. Yang speselnya dekat situ adalah stroberi dan kopi original punya dari ladang selain mempunyai air panas dalam toilet. Memang terbaik minum dalam suasana yang sejuk-sejuk buah. Borak-borak, gelak-gelak sampai kedai pun dah tutup akhirnya masing-masing pulang ke sarang memandangkan esok pukul 1 pagi dah nak gerak ke Kawah Ijen untuk pegi tengok Blue Fire. Blue Fire ni orang tak turun waktu hari terang sebab guide takut gambarnya dirakam oleh pihak penguatkuasa (ada kawalan  camera sekitar kawasan tersebut). Diorang curi-curi bawak pelancong turun untuk dapatkan duit lebih. Pagi itu kami bersiap-siap dan terus check out.
 


Perjalanan mendaki pagi itu amatlah malas-malas teruja. Dah la sejuk gila. Bau sulphur pulak kuat dan sangatlah berhabuknya. Jadi dinasihatkan supaya membawa penekup mulut sebab hingus akan berlendir-lendir dan kehitaman. Gua siap muntah sebab pening bau sulphur. Entahlah, pening bau sulphur ke....pening bau ketiak Migha. Hahahahahaha.. Punyalah sabar mbak Migha ni melayan gua yang agak pening-pening lalat. Sepanjang perjalanan mendaki akan kelihatan orang tempatan memikul bakul membawa turun sulphur untuk diproses dan dijual. Ada jugak yang menjual ukiran sulphur yang bermacam-macam bentuk. Nampak macam ringan, tapi jumlah berat dua bakul tersebut adalah lingkungan 70 – 90 kg. Nak terberak brader gua dengar. Nak try angkat pun tak terangkat. Diorang boleh bawak turun naik bukit. Hallemekkk...Respect!
 
Inilah rupa bentuk sulphur yang diorang bawak tu
 
Gila steady uncle tu
 
Tapi betul cakap Anton. Kawah Ijen punya view lagi cantik. Dah la masa dekat Bromo gua macam orang gila. Dekat Kawah Ijen gua menangis terus selepas solat subuh. Begitu besar, cantik dan uniknya alam ciptaan Allah. Subhanallah.. Lama kitorang lepak dekat Kawah Ijen. Sempatlah tengok Blue Fire sekejap. Tapi gua dengan Migha tak dapat turun sebab guide tu cakap hari hampir terang. Lagipun takut-takut tergelincir sebab nak cepat sampai. Dapat tengok dari jarak dekat jugak dan rasa berpuas hati. Kemudian layan sunrise. Sampaikan tak tahu nak amik gambar dekat sudut mana sebab setiap sudut sangat memukau. Last-last kami buat keputusan untuk duduk diam-diam dan rakam memori dalam kepala sahaja dan simpan sampai bila-bila. Poyokan? Tapi memang tak boleh nak duduk lama-lama sebab sejuk. Lagipun kami ada agenda lain lagi iaitu hot spring!
 
Bawah tu la kawah yang airnya biru
 
Lagi view di kawah ijen

View gunung sebelah menyebelah
 
Keliling semua view, perghhh....terbaik!
 
Rumah ini dibina oleh Belanda lama dulu


Sampai di renjer kami terus bergegas untuk meneruskan perjalanan menjejaki air terjun dan air panas. Dalam perjalanan, kami dibawa melihat air terjun yang sangat cantik dan airnya berwarna kehijauan. Sampaikan member gua yang nama Hamza tu siap-siap tukar seluar nak main air. Nasib baik sempat dihalang sebab air yang cantik itu rupa-rupanya asid sulfurik. Jangan disangka yang cantik itu elok sahaja. Pernah ada binatang yang minum air di situ dan mati.
Kemudian kami dibawa ke kawasan air terjun dan air panas Bondowoso. Tipu je tourist guide tu. Mana ada jalan under construction. Ada yang nak lepak dan mandi di air panas sahaja. Tapi gua, Migha dan Siu Jen meneruskan perjalanan menjejaki air terjun. Entrance fee adalah Rp.2k untuk air panas dan Rp.2k untuk air terjun.
 
group photo
 
Sulphuric acid waterfall
 
Menjejak air terjun.
 
Lepas mandi-mandi, perjalanan seterusnya adalah pulang semula ke Probolinggo. Hati semakin berat sebab selepas ini kami akan pulang membawa haluan masing-masing. Gua dan Migha ke Malang. Adik beradik Siu ke Jogjakarta dan Hamza ke Bali. Tapi disebabkan terlalu singkat sangat masa bersama, diorang semua decided untuk teruskan perjalanan ke Malang bersama gua dan Migha. Waaaaaa...seronoknya!!!
Sampai dekat Probolinggo bas ekspress menuju ke Malang berhenti untuk pick-up kitorang. Tiket dibayar oleh Anton, perjalanan lebih kurang 2 jam. Sampai di hentian bas Malang, masing-masing terpinga-pinga sebab tak tahu nak pegi mana. Rupa-rupanya kena naik angkutan pulak dari hentian bas ke Alun-alun, pusat bandar Malang. Jaraknya lebih kurang 7 km dari hentian bas.
Malam itu kami jalan-jalan cari makan di sekitar bandar. Minta angkutan AMG hantar sampai ke Hotel Riche. Rate agak rendah (bilik kami Rp.150k) dan selesa pulak tu hotelnya. Lokasi pun strategik sebab betul-betul dipusat bandar. Keesokan paginya harus berkemas-kemas untuk terus ke Surabaya. Sebab kesuntukan masa, dari hotel kami sewa kereta untuk terus ke Juanda Airport melalui highway Surabaya sahaja. Sempat berhenti untuk menghantar Siu Ling dan Siu Jen ke hentian keretapi bagi meneruskan perjalanan. Kami (yang dah tinggal bertiga) sempat minta brader yang bawak kereta sewa berhenti di Sidoarjo di mana terletaknya tragedi Lumpur Lapindo. Satu kawasan yang mengalami banjir lumpur sekitar 5-6 tahun yang lepas dan sehingga kini lumpur di Lapindo masih lagi tidak berhenti keluar. Sedih!
Hotel Riche
 
Lumpur Lapindo
 
Sampai di airport hati mula rasa berat. Banyak betul kenangan. Tapi untuk terus tinggal di sana tu tak la. Malaysia is a perfect home though. Cuma satu hari nanti, gua pasti akan kembali lagi.
 
Bebanyak terima kasih dekat Fatt si Backpakerbusuk sebab banyak bagi guideline ke kami. Hehehe. Sangat-sangat berguna.

1 comment:

Schamastura said...

gambaq view gunung sebelah2 tu cantekss..xmgkn ko amek..haha~~