Thursday, October 18, 2012

Road to Surabaya

 
Urusan pembelian tiket berlaku beberapa bulan sebelum tarikh kejadian. Asalnya gua, migha dan pit bercadang untuk pergi bercuti sekali. Mungkin Tuhan tidak suka melihat gua menjadi pasu bunga, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan pit tidak dapat turut serta dalam percutian ini. Sudahnya, gua dan migha sajalah yang pergi. Hati memang rasa tak sedap. Pertama kali nak pergi jauh-jauh berdua dan dua-dua perempuan. Lawa pulak tu. Memang patut pun gua berasa takut-takut. Tapi setelah dibulatkan hati, phewww~~ terbanglah kami. Dalam hal ini, gua merasakan gua sebagai Nia Ramadhani (Bawang Merah) dalam sinetron apabila berbahasa Indonesia.
 
Setibanya di Airport Juanda, kami terus mengikut brader Indon yang mahu pulang ke kampung halaman. Sempat berkenalan di dalam kapo terbang. Bukan ikut buta-buta je. Brader tu tunjuk mana bus Damri (Angkutan Khusus Bandara Juanda). Kira nak bawak dari airport ke bus station la. Melalui survey yang dibuat sebelum sampai, memang tahu kena amik Damri, tapi nasib baik brader tu kasi tunjuk jalan sebab tempat nak mengambil basnya agak jauh dari pintu keluar airport. Dan sepanjang perjalanan kami dihujani oleh pembawa taksi dan pengangkutan awam yang lain. Ada juga agen-agen travel yang cuba-cuba menghampiri kami untuk menawarkan perkhidmatan pengangkutan. Tapi kami tolak dengan sopan-santun lagi berhemah.
 
Dari Juanda ke stesen bas Bungrasih dan dari Bungrasih kami bersolat dan terus menuju ke Probolinggo menaiki bas bernama Patas Jatim. Sebelum bas bergerak, akan ada pelbagai jenis manusia yang datang untuk menjual barang-barang, termasuklah buku kanak-kanak yang berjudul "Mari Membaca A - M". Gua punya gelak memang tak hingat.  Buku macam itu pun ada ke? Bila pulak budak-budak nak kenal hurup T?
 
Perjalanan lebih kurang 3 jam dipandu oleh drebar bas yang berhati kering. Tiba dekat Probolinggo, kami diturunkan di sebuah Tourist Information Centre bertajuk Mahkota. Disitu kami diperkenalkan dengan satu kutu travel bernama Anton. Nama macam Columbia tapi muka jawa habis. Kami kabo ke Anton cuma mahu ke Bromo kerana takut tak cukup hari memandangkan kami cuma ada 3 hari saja lagi. Anton cakap 200% sempat kalu nak pegi ke Kawah Ijen. Lagipun Kawah Ijen viewnya lagi superb. Oleh kerana mudah termakan pujukan, kami pun memutuskan untuk ikut saja trip Anton. Lagipun tidak ada jadual khusus untuk kami  dan percutian beginilah yang bakal memberi kenangan yang terindah. Lagipun Anton offer good price sebab biasanya kalau ikut review yang dibuat melalui blog-blog travel dan log perjalanan orang lain, kalo ikut pakej (breakfast, hotel, transpot, entrance fee Bromo/Ijen, Kamera) mau dekat Rp. sejuta jgk (dijemput terus dari Juanda). Tapi kami dapat rega Rp. 500k. Kira ok lah sebab naik Damri dan Probolinggo tadi cuma Rp. 15k + Rp. 23k. So, save banyak ye kalo DIY berbanding melalui agen. Disitu, kami berkenalan dengan pelancong dari U.K, Japan dan Brazil. So, 5 orang kami dengan satu van menuju ke kaki gunung Bromo (nama tempat pun aku dah lupa). Perjalanan sejam memang tak terasa sebab view sepanjang-panjangnya amatlah......SubhanAllah. Cantik tak terungkap dengan kata-kata. Kitorang dibawa menginap di Yoschi's Hotel. Couple dari Jepun dan Brazil tadi duduk kat hotel lain. Yang penting tak best. Malam tu gua dan migha jadi penyanyi utama memandangkan live band yang di war-war kan oleh mereka kensel sebab sekor kutu dari band tersebut tak datang pun. Memang enjoy habis.
 

 view dari dalam van
 
rumah-rumah penduduk tempatan

Mmmmmuuaahhh....dari kami di Yoschi's Hotel
 
Konsert
*gambar sengaja diblurkan
 
Last-last ramai pulak yang join kitorang menyanyi
 
Keesokan paginya yang betul-betul pagi punya, kitorang dikejutkan seawal jam 3 pagi sebabnya nak melayan sunrise. Dari hotel naik Jeep ke atas sikit dan menapak ala-ala kadar untuk cari port yang best. Kali ni kami dikejutkan secara bertubi-tubi oleh alam semulajadi. Sunrise terbaik. Gua sampai tak henti-henti dan gila nak amik gambo dekat setiap sudut dan ruang yang ada. Orang pun memang ramai. Suhu memang tak payah nak kabo la. Sejuk giler kot. kalu rasa malas, boleh la naik kuda sampai atas. Tapi bukan free servis. Harap maaf.
 
Macam laut pulak gua tengok

The sunrise
 
Peace!
 
Lupa gua nak kabo, sebenarnya tempat layan sunrise adalah di Penanjakan (puncak bersebelahan dengan Gunung Bromo). Jadi, kami masih lagi di Penanjakan. Lepas dari Penanjakan terus ke Gunung Bromo. Yang nampak berkawah tu adalah Bromo dan yang tinggi tu Gunung Semeru. Gunung tertinggi di Jawa Timur.
 
Group photo
 
Lagi view superb
 
Gunung Bromo
 
Kasi view dekat sikit
 
Memang ramai gila orang
 
Siap-siap turun dari puncak Bromo (sengaja tak ikut tangga sebab ikut idea bengong mamat keturunan Pakistan bernama Hamza yang menetap di United Kingdom sejak umur 2 tahun. Dia ajak kitorang sliding turun ikut timbunan pasir sulfur. Gua dah beria nak turun, tapi migha pulak macam teragak-agak. Akhirnya kitorang pun sebulat suara........phewwww~~ sliding tanpa perlu ikut laluan bertangga yang tengah jammed dengan ratusan manusia. Memang rasa lain macam bila dapat buat benda yang orang lain tak buat. Satu kepuasan bila berjaya!!
 
Sampai dekat hotel, mandi-mandi dan makan tengahari. Meneruskan perjalanan ke Probolinggo semula dan terus ke Kawah Ijen. Kawah Ijen punya jalan tidak sehala pun dengan Bromo. Kali ini member dari Jepun dan Brazil masih mahu lepak satu malam di Bromo.
 
Ok. Bos gua dah balik. Gua sambung dalam Part 2 karang. Hehehe.....

4 comments:

Anonymous said...

blah la gi bromo x hajak!

tasekM said...

bunyik sedap benor trip lu ni jo.
kot gua nk tiru sok gua mintak lu punya pedoman eh..?




.

jo said...

Anon: Ini trip memang tamo hajak orang..wakakaka....

Kak Tasek: Anytime bebeh..tade hal punya nak share info...

sharifah mastura said...

aku rs ko bukan pasu bunga..
ko bunga taik ayam..hahaha~~