“Bang,
siapkan saya seketul burger untuk dimakan segera.” Milah mengorder dengan nada tegas pada satu
tengahari. Mengikut fakta sains dietetik, khasiat sebiji burger mewakili 3
pinggan nasi. Jadi, bolehlah sepinggan untuk sarapan pagi, sepinggan untuk
makan tengahari dan sepinggan lagi untuk makan malam. Kalau macam ini hari-hari
bolehlah Milah berjimat-cermat. Burger pulak bukan burger berjenama seperti
yang ada dijual di pusat membeli-belah tu, Milah lebih sukakan burger jalanan.
Selain dari harganya tak lebih dari 3 ringgit, rasanya lebih menggamit perasaan
Milah.
“Nak burger perisa apa
dik?” tanya brader burger yang kelihatan berpeluh-peluh leher di depan kuali
leper yang panas membara.
“Ada burger perisa
strawberry ke bang?” Milah cuba meloyar buruk. Untung-untung brader burger tadi
ketawa lantas menimbulkan bibit-bibit perkenalan. Sengaja mencari bahan untuk
bersikap lebih peramah.
“Burger perisa
strawberry takde. penampar perisa strawberry ada. Nak?” brader burger yang
garang itu rasa meloya tekak dengan gurauan Milah.
Mentang-mentanglah hari itu Milah tidak bersolek dan
mukanya seperti langsuir, nak bergurau sikit pun tak boleh. Cuba kalau Nora
Elena yang bergurau tadi. Makin menjadi-jadilah dia punya gatal. Diskriminasi!
“Bagi saya burger
daginglah kalau macam tu. Yang standard je bang. Sos lebih sikit.” pinta Milah.
“Awak ni nak yang
standard ke nak yang sos lebih sikit?” bentak brader burger tadi.
Bukan
main garang lagi brader burger tadi. Patutlah hidupnya ditakdirkan menjadi
brader burger. Kalaulah dia ditakdirkan menjadi bos berpangkat besar, tentu
semakin ramai yang berasa tertekan untuk berurusan dengannya. Kalaulah dia
menjadi orang kenamaan, tentu dia akan menjadi sombong dengan namanya itu.
Kalau dia menjadi posmen, tentu dia akan telan surat-surat yang dihantar
seterusnya melumpuhkan arena pos-mengepos dipersada tanah air. Sesungguhnya
Allah itu Maha Mengetahui akan segala sesuatu dan sesuatu itu adalah yang
terbaik untuk kita.Memang benar, Allah telah menentukan yang terbaik untuk kita. Walau pada masa dan ketika itu susah untuk kita menerima hakikat. Walau pada masa itu kita merasa dunia sedang berlaku tidak adil kepada kita. Sambil bersandar di tiang gerai burger, Milah terkenangkan kisah cintanya yang bagaikan layang-layang terputus tali semasa angin sepoi-sepoi bahasa sedang berlangsung. Bayangkanlah perasaan betapa seronoknya bermain layang-layang ditengah padang bersama angin sepoi-sepoi bahasa dan cuaca yang ‘sedap-sedap’ minum air kopi cecah dengan kuih bahulu di pangkin halaman rumah. Pehh…
Ok. Dah bayangkan bagaimana seronoknya bermain layang-layang ketika itu? Bagus. Anda semua pembaca yang patuh. Sekarang, bayangkan pula bila tali layang-layang tadi terputus dan layang-layang anda terbang dibawa angin. Betapa potongnya
“Burger siap dik. Harganya sebanyak RM 5.” Tanpa segan silu brader burger menghulurkan seplastik bungkusan burger kepada Milah.
“Mahalnya bang? Daging lembu ke daging biawak ni? Apasal mahal betul?” Milah memang begitu. Apa sahaja perkara yang dirasakan tidak kena akan disuarakan terus tanpa melalui Lembaga Penapisan Ayat-ayat Manis.
“Sekarang ni harga elektrik dah mahal dik. Lagipun dekat kedai ni, cuma perempuan cun sahaja yang kita bagi diskaun. Yang tak berapa cun memang kita bagi harga sebenar.”Begitulah lumrah lelaki, yang cantik dibantu, yang tak cantik dibuat tak tahu.
“Apa kaitan harga elektrik dengan burger saya ni bang? Kot ye pun saya tak cun, takkanlah harga sebiji burger di kedai abang adalah semahal RM 5. Saya boleh buat aduan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ni bang. Abang tahu tak, menganiaya golongan susah macam saya ni adalah satu dosa?” Milah cuba mengugut brader burger dengan cara Islamik.
“Kalau adik tak mahu tak apa. Burger ni abang boleh jual kepada orang yang mampu bayar sahaja.”brader burger pula mengugut Milah dengan cara mengugut orang yang sedang lapar disorongkan burger.
Suasana menjadi sepi. Huluran plastik burger masih tidak bersambut. “Kruiiikkkkroohhh..kreekk..”Tiba-tiba terdengar bunyi guruh dari dalam perut Milah. “Time ni jugaklah perut gua nak bergemuruh. Tak steady betul..” kata hati Milah. Plastik tadi disambut dengan wajah yang masam. Not RM 5 bertukar tangan. Tanpa ucapan terima kasih atau akad niaga, saya jual saya beli, Milah terus berambus dari stall brader burger yang sombong tadi dengan sombong juga. Dan disuatu sudut yang lain, brader burger itu sedang ketawa seperti iblis.
Notakakiberbulu : Buku Milah Melankolik ni rasanya tinggal kenangan aje lah...
Suasana menjadi sepi. Huluran plastik burger masih tidak bersambut. “Kruiiikkkkroohhh..kreekk..”Tiba-tiba terdengar bunyi guruh dari dalam perut Milah. “Time ni jugaklah perut gua nak bergemuruh. Tak steady betul..” kata hati Milah. Plastik tadi disambut dengan wajah yang masam. Not RM 5 bertukar tangan. Tanpa ucapan terima kasih atau akad niaga, saya jual saya beli, Milah terus berambus dari stall brader burger yang sombong tadi dengan sombong juga. Dan disuatu sudut yang lain, brader burger itu sedang ketawa seperti iblis.
Notakakiberbulu : Buku Milah Melankolik ni rasanya tinggal kenangan aje lah...
2 comments:
diskriminasi betul abang beger tu.
"ini tidak adil, tidak adil bagimu"
err.. betul betul betul!
Post a Comment