Sunday, February 12, 2012

Skuba diving

Bulan april nanti gua dan beberapa lagi kutu yang lain dah planning baik punya untuk menjalani aktiviti menyelam ke dasar lautan. Atau scuba diving dalam bahasa saintifiknya. Walaupun gua jenis yang mabuk laut dan bengap pula ketika diajar berenang, tetapi perasaan untuk mencabar kemampuan diri sendiri begitu tinggi sekali. Oleh itu, untuk kelihatan cool dan bergaya ketika menyelam nanti, gua telah bersiap sedia dengan beberapa siri latihan kendiri seperti pergi membiasakan diri dengan air. Membiasakan diri dengan air bukanlah bermaksud gua tak biasa dengan air. Cuma maksud gua pergi mandi siming pool la!


Selain daripada itu, ada juga persiapan tambahan yang perlu gua titik beratkan dalam hal ini iaitu menguruskan body part yang semacam spare tire. Atau orang jawa biasa panggil babat berlebihan. Sedangkan instructor menyelam sendiri pun dah kasi warning sama gua dengan pandangan sinis. Pandangan ‘buang la lomak-lomak tu. Kang ko sarung baju menyelam serupa Michelin kang’.





Minggu ini gua akan jalani ujian bertulis, keyakinan diri dan ujian-ujian lain jugak yang dibuat oleh instructor menyelam gua dekat pulau nanti. Tapi……yang gua risau-risau kali terakhir gua turun siming pool untuk latihan kendiri minggu sudah, gua kena sound tegak oleh satu kutu yang baru-baru jugak terer berenang.



“Jo, apasal ko berenang setempat?”



Notakakiberbulu: Peh…time tu jugak gua rasa nak berubah menjadi ikan duyung yang cantik.

14 comments:

Wadi AR said...

wakaka. kene berubah sikit woi.


*tak ajak aku kann

hanie said...

kahkahkahkah!!

wa harap lu gagah perkasa nak bawak tong gas kat tgh belakang.

tasekM said...

aku lagi koman.
haram tak reti berenang.
merangkak dlm air tau.

kah kah.


.

sharamli said...

kah kah kah.. k0 ni..

Anonymous said...

wahahaha =p

xpe2..slow2.. t upload la pic2 mnyelam tu =)

poyotito said...

kah kah kah!
pulau mana woi nak pergi?

gadisBunga™ said...

aku pun berazam nak buang spare tyre dulu sebelum berani2 mahu azam nak diving. imej penting beb, imej tuh! heheh~

jo said...

wadi:
wes...nak reg da tak dapat..nak fun dive boley je..haha..

hanie:
itu la...kang mintak tong gas kecik tak bernapas pulak gua karang..tak pasal2 kena bantuan pernapasan..

kak tasik:
merangkak dalam air? macam tapir laut dalam je bunyinya...

jo said...

sha:
ye shaa...

natasya:
gua up gambo batu karang je laa ye..haha...

poyotito:
pulau misteri laa..amacam? adventure x gua?

GB:
bila da teda spare tire, kita two piece jom?

jo said...
This comment has been removed by the author.
jo said...
This comment has been removed by the author.
jo said...
This comment has been removed by the author.
jo said...
This comment has been removed by the author.
jo said...
This comment has been removed by the author.