Wednesday, February 8, 2012

Hobi gua memang pergi mendaki. Bila kena saja masa panjang sikit tak pekena mendaki, kaki rasa seram sejuk pulak. Tak kisah ke mana, asalkan dapat menikmati udara segar hutan. Tapi gua bukan juga dikalangan pendaki tegar. Sikit-sikit boley laa. Ibarat orang yang hobinya mengumpul setem. Kalu minat biasa-biasa, mungkin satu buku pun tak penuh-penuh setem yang dikumpul. Kalu betol minat, entah berapa rak buku setem agaknya dia dah kumpul.

Sebagai seorang yang menghargai ciptaan Allah, biar penat dan susah macam mana pun, kita berusaha sampai ke puncak untuk menikmati pemandangan. Nak mengangkut beg yang berisi makanan dan pakaian, nak berjalan di kawasan bercerun, nak berak, tu belum kira lagi dengan hujan, tak mandi dan sebagainya. Belum masuk lagi parut agas dan kesan calar pokok duri. Ada setengah kes, turun dari gunung saja kaki suda jadi sarang kulat kesan gigitan pacat. Dengar pun dah rasa merenyam.

Tapi bagi gua ada lagi part yang susah selain daripada perkara-perkara dekat atas tuh. Nak menyalin baju dalam gelap dan ruang yang terhad. Tapi gagahkan jugak sebab takkan nak tidur sekali dengan pakaian berlumpur. Bunyi seperti gua ni macam membesarkan hal yang remeh. Apalah sangat dengan menyalin pakaian tu. Tapi kalu gua dah siap-siap dengan baju tidur, berbedak dan berdeodoren bagai, kemudian gua baru terperasan yang gua sebenarnya tak pakai seluar dalam lagi, macam mana? Susah tau, susah. Kang gua pakai dekat luar seluar tidur kang tak manis pulak!

5 comments:

Wadi AR said...

hey, aku suke kot pegi tempat adventure ni. lagi lagi panjat gunung, jungle tracking. syokk

bact. said...

tak pakai seluar dalam tu tak salah

yang salahnya perasaan bersalah tu je.

ardz marn said...

saje je nak bagi gua pikir yang bukan bukan.. hish...

nuyuljana said...

ko pakai under wear kt luar?

nice!

dah boleh geng dengan superman.

haha.

miranadia said...

apa lagi? superman ar jwbnya...hahaha