Thursday, February 2, 2012

kentut zaman modern

elok saja melangkah keluar dari rumah untuk pergi berjogging sambil-sambil mencuci mata, tiba-tiba gua dikejutkan dengan satu perasaan yang tak asing lagi iaitu perasaan nak terberak. time-time nak keluar dari rumah ni jugak dia nak terkeluar sama. sebagai seorang yang tegas dalam membuat keputusan, gua memutuskan untuk bersabar sedikit sebab kadang-kadang tu bila dah ambil tempat untuk melabur, mulalah perasaan seram sejuk dan sebagainya tu hilang. padahal semasa awal-awal tadi, dia punya nak keluar kemain lagi. dalam kereta menuju ke tapak jogging, gua berbual seperti biasa dengan sorang kutu yang tidak asing lagi dalam kehidupan gua dan topik perbincangan banyak menyentuh isu sensetip perempuan. dengan cara itu, mungkin gua dapat melupakan perasaan nak terberak tadi.

sesampainya di destinasi, perut dah rasa semacam. muka sudah mula memucat dan sejuk seperti berada di puncak gunung. ini betul-betul tak boleh jadi. dah tak dapat nak menahan lagi ni gayanya. gua terus request untuk ke stesen pembuangan sisa toksik sekejap sebelum memulakan larian. perjalanan nak menyampai ke stesen punyalah jauh sampai menitik air peluh gua. selepas membayar doposen dikaunter pembayaran, gua terus berlari sambil berterabur membaca doa masuk tandas mendapatkan lubang jamban (agaknya sebab gua dah matang, rasa macam segan pula nak menaip perkataan lubang jamban tu). ibu gua cakap kalo tak membaca doa masuk tandas nanti setan berak atas kepala.

selepas beberapa lama menunggu, gua terkentut. gua tunggu lagi sikit, takde sebarang respons. selera gua nak melabur pun hilang. perasaan hangat yang gua pendam-pendam dari tadi entah pergi mana. agaknya, inilah yang orang kabo “zaman sekarang, kentut pun kena bayar.” cis..cis… rugi betei..





notakakiberbulu: dekat atas gunung, nak berak kena gali lubang dulu. ingat boleh main lepas ikut suka ke? kalu kena malam hari baru nak terasa, berak beradap la jawapnya. ingat berani sangat ke gua kat dalam hutan? keh..keh..keh..

8 comments:

gadisBunga™ said...

adey. 2o sen tu. lahei tu.

takpelah. anggap je angin tu kire timbang kati...

gadisBunga™ said...

sebenonye mahei, bukan lahei. bengong betul kibod ni~

tasekM said...

yg lagi naik darah.
bila keluor toilet.
dh rasa nk terberak balik.

alhena said...

Aku ada cadangan, ko cipta jamban bergerak. Bole ko bawak ke mana2 hatta ke atas gunung sekalipun. Tak payah bayar lak tu. Ok tak idea aku? hik hik :P

Wadi AR said...

kentut ko mesti lagi busuk kan?

jo said...

Gb:
Doposen untuk sedas kentut mmg tak berapa nak berbaloi laaa...kn? Kn?

Kak tasik:
Aah...itu jam rasa macam nk berak dekat situ jugak..

Alhena:
Nak bawak air seliter pun aku mengah taw...ahahahaa..

jo said...

Wadi:
Entah...ko nk cube try test kaaaaaaa?

ardzmarn said...

kalau tahan lama lama lagi kang dapat rasa macam ada angin masuk balik dalam usus.. sruuutttt..