Sunday, October 31, 2010

kalau dah jawa tu...

suatu petang yang damai, dari jauh lagi gua nampak satu abang bangla dikerumuni oleh sekumpulan makcik-makcik rumah flat tempat gua menyewa. gua hanya memandang abang bangla dengan pandangan kosong sama macam memandang mat-mat peleseran yang suka menyuit-nyuit perempun cantik mahupun tidak yang berhajat untuk ke kedai runcit membeli serbuk kari ataupun barangan runcit yang lain.
selepas memasuki lorong kawasan tempat memakir kereta, gua finishing dengan mengambil sedikit side dan melakukan drift kecil sebelum evocil gua parkir tegak mengikut petak parkir yang tersedia. gua turun dari perut kereta penuh gaya muda-mudi. kelihatan kelibat abang bangla tadi berjalan menuju ke arah depan gua. gua buat tak heran. sekali gua ternampak abang bangla tadi main ludah-ludah ikut suka hati dia. atas lantai. macam haram.
gua yang angry terus sound direct dekat abang bangla, "woii..." sambil jari telunjuk gua petik dan menuding ke arah abang bangla tersebut. pantang betul gua bila ada orang main ludah bersepah-sepah ni.
"boley laa akak. angkat 6 ikat 5 ringgit saya bagi..."
tak pasal-pasal malamnya gua makan sambal petai ketok stail jawa-jawa. nasib baik budak-budak rumah semua jenis sehati dan sejawa. siapa yang tak pernah makan sambal ketok petai rugi woo. baik untuk membuang toksin dalam badan. weee~
notakakiberbulu: baru gua perasan. gua pun pantang jugak nampaknya tengok orang jual petai. hehe..

10 comments:

NomborSebelas said...

eeeiii...mulut bau petai !

kentut nya pulak tak ??

sharamli said...

h0i..busuk

abigemok said...

hahaha. mesti lepas mkn kentut kau busuk kan? hahahahaha~

tasekM said...

cer bak resepi sambal ketok petai tu sedas.



.

hanie said...

sambal ketok petai?? apejads tu??
ubi ketok aku tau la..hahahaah

jo said...

petai tu buang dulu kulitnya. bawang merah secukup rasa. bawang putih secukup rasa. cili api secukup rasa. ikan bilis secukup rasa.

1. goreng bagi garing ikan bilis tersebut.

2. tumis bawang-bawangan bersama2 petai. letak garam sket. jangan banyak sangat. karang masin sebab dah ada bilis.

3. bawak keluar hasil gorengan tadi.

4. tumbuk sampai lumat pakai lesung batu.

5. agak2 dah lumat, bulih la hidang.

jo said...

hanie:
bulih menangis wo kalu pekena sedas..

jo said...

sebelas:
eleh2...sihat ape...


sharamli:
kena dulu beb..


kyuubi:
a'ah. macam abang bangla daa..


kak tasek:
hoh..jgn tak cuba kak..sodap..

Mimie.Candy Cane said...

uikssss...ngapa air liur gua merembes ni?

*mane nak cari petai nih..*

jo said...

haha..petai memang susah nak dapat. kalau ada pun yang mahal-mahal. berulat pulak. putus selera gua nak melantak.