Wednesday, October 6, 2010

budak sekarang vs budak dulu

budak darjah satu zaman sekarang ni gua tengok jauh beza dengan budak darjah satu zaman 90-an. siapa-siapa yang sekolah darjah satu zaman 90-an mesti tahu apa yang gua maksudkan. dari segi aliran pemikiran dan tahap survivor memang lain. biasalah, bila budak-budak dah banyak terdedah dengan pelbagai perubahan dan teknologi. dari satu sudut, gua kira perubahan ini sebagai satu perubahan yang positif. bila gua datang ke sekolah rendah untuk bagi tarbiah, sebut aje facebook, berapa ramai yang tahu. selain akaun bank simpanan nasional dan sspm, budak-budak turut ada satu akaun facebook. youtube, myspace semua tu dah jadi mainan diorang. macam zaman 90-an, main batu seremban, lumba lari, culik-culik, ceper, tepuk batang ais krim dan main anak patung kertas sambil berangan kena cium dengan putera raja.
oleh sebab kurangnya pendedahan terhadap busuk bau parit, terik matahari, kena libas dengan batang hanger, hanyir bau sungai dan kena kejar anjing gila, gua rasa budak-budak sekarang menjadi semakin tak survivor. atau senang cakap manja. bila duduk lepak-lepak dengan sorang kutu sambil borak-borak pasal attitude budak zaman sekarang, gua cakap budak sekarang naik lemak. semua senang. semua ada depan mata. tapi boleh pulak kutu tadi balas, naik lemak tu sebab tak pergi jogging. cilakak. tak tahu ke gua sedang serius membincangkan masa depan negara?
bila gua sebut sepatah, berpatah-patah budak-budak ni menjawab. berani melawan pulak tu. tak padan baru darjah satu. tak macam masa gua darjah satu dulu. ada sorang classmate gua ni. bila cikgu tanya "ada siapa-siapa tak yang bapanya atau ayahnya dah tak ada? saya nak masukkan nama dalam rancangan makanan tambahan (RMT)." tiba-tiba ada satu budak lelaki kelas gua angkat tangan. rambut kerinting. mata sepet jawa. kelam-kabut juga gua tengok cikgu Kamaruddin masa tu. mungkin sebab dalam rekod, takde cakap budak tadi anak yatim atau anak yatim piatu. terus dipanggilnya kakak budak tadi yang tak silap gua kelas darjah 4.
cikgu gua: ayah awak dah takde ke?
kakak member: hah? ada la cikgu. hidup lagi.
cikgu gua: habis, apasal adik awak cakap ayah awak dah takde? (muka memang kompius habis)
kakak member: ko cakap ayah dah mati ke? (sambil jeling tengok adik dia)
member gua: err.. taklah. ayah takde. dia pergi kerja.
naifnya la budak darjah satu zaman dulu, kan? masa tu perasaan gua nak ketawa sampai masuk bawah meja memang berasak-asak. mujur cikgu Kamaruddin tu jenis yang cenggei (garang). gua tahan je sampai waktu balik sekolah. naifnya la gua, kan?
notakakiberbulu: hujung tahun ni gua kena cargas semula mencari kerja. macam ni la bila jadi pekerja kontrak. ada siapa-siapa tak nak pakai baby sitter??

14 comments:

hanie said...

lu yakin lu nak jadi babysitter??? yakinnnn???

jo said...

hanie:
kemain laju lagi lu ye.
jadi babysitter la ok. orang kata kalau nak melentur buluh, biar dari rebungnya..

mimizuzuhaha said...

anak patung kertas best. aku suka main taim kecik2 dulu. siap buat baju ngan kertas lain lagi.

hamzah ian said...

seyes ko ni???

tasekM said...

yang, ai dulu anak patung kertas buat sendiri tau. orang tu buat pakai kertas keras. baju design sendiri.... perrgghhh... kalah pereka fesyen.



.

tawawfayakof said...

gstt kena serap laa... ko gi la kawtim ngn pengetua

SUXX said...

dulu zaman gua pakai Cakera Liut lg, skrg dah pakai Pemacu Pena, pantas.

Kuwe said...

komputer zaman dulu semua anak orang kaya ja ada.

internet masuk malaysia pun baru tahun 90an. time tu suci gila babi lagi semua.

anak sekarang mana reti nyanyi lagu sambil tepuk tangan,

ola oli
kuberi nama
saudara saudari
cikebung..cikebung..

Anonymous said...

Main tikam pun guna Facebook gua syak.

sha83@kaizer said...

hahhaaaa...
nk berckp dgn bdk zmn skrg kene pndi bermain ngn psikologi ...
tnpe psikologi tak bleh jln ...
teringt insiden bdk aku gertak aku ngn batang penyapu

aku tahan batang penyapu yg dia hayun ke aku...

punyelah pjgn aku punya tarbiah ke dia... yg penting...kene sabar tu je.. jgn asik sbr je ... tp otak tak pakai tak jalan jugak miahhahaaha....

Mcjust said...

ajar budak-budak yang kau babysit tu mandi sungai, main tepuk batang aiskrim, main ceper. dan macam-macam lagi macam zaman kita innocent dulu. wuhuuuuu

hentakbelipat said...

pehhh penuh ambitios lu nih..

hamzah ian said...

gua datang lagi.. hoho

alhena said...

kalo ko naif, aku mesti lagi naif dari ko sbb aku sekolah rendah lagi awal dr ko.kekekek :P