Wednesday, September 29, 2010

ah.. gua tahu bukan gua sorang yang buat macam ni

masa gua tengah gila cerita power rangers, masked rider, otromen dan juga drama-drama bersiri cina main masa hari maghrib, rasa nak tinggal punyalah sayang. kalau boleh satu siri pun tak mahu miss. siap hapal lagi lagu starting dan ending cerita walaupun entah apa-apa yang gua sebut. biasalah. masa tu otak masih belum tercemar dengan unsur-unsur seks yang tidak keterlaluan. jangan kata blog kak tasek merah, blog red mummy pun belum ada lagi masa tu. jadi lagu main satu kali pun, lirik gua dah boleh lancar.
jadi sebagai sebuah keluarga yang sakinah, ayah gua telah mewajibkan untuk kami adik-beradik bersolat maghrib terlebih dahulu. (ok, jangan salah paham. Allah telah mewajibkan solat 5 waktu kepada semua hambaNya). kalau ada siapa-siapa yang tak mengaji waktu petang, waktu maghrib tu la waktu untuk ganti semula kelas mengaji bersama ayah dan rotan. kalau mengaji petang, ibu gua yang jadi ustazah. kurang sikit seramnya berbanding ayah gua. cukup la dia sergah sekali, terus mengalir air mata. jadi kelas al-quran adik beradik gua biasanya akan berakhir dengan suara sedu-sedan dan kes-kes skip makan nasik malam sebab merajuk dalam bilik. dah merah mata woi. mana ada muka lagi nak tunjuk dekat adik beradik. tapi biasanya area pukul 11 atau 12 mesti ada lembaga hitam bukak tudung saji punya.
jadi, sebagai seorang budak darjah-darjah yang cerdik dan cerdas, gua telah siap-siap susun jadual dalam kepala supaya waktu maghrib gua diisi dengan sepenuhnya di depan tv. balik dari sekolah agama kerajaan biasanya sekitar 5 petang, gua akan siap-siap amik al-quran dan mengaji. kalau habis awal biasanya gua akan pekena rounders sepam selepas mengaji. jadi bila ayah gua tanya, boleh la gua balas dengan yakin. cuma kena tunggu masuk waktu maghrib dan solat maghrib sahajalah tugas gua selesai. itu pun nasib baik solat maghrib kena tunggu waktu maghrib. kalau tak, dah tentu lepas solat asar, gua solat maghrib terus. masa tu, dalam rekod gua, solat maghrib ni paling laju gua boleh buat dalam masa 2 minit. biasalah masa iklan. timing kena baik punya. tapi kalau terkena musim syaiton mengawan, 1 minit 40 saat pun gua dah boleh setel. amik wuduk. masuk dalam bilik. selak-selak telekung. tunggu 1 minit 40 saat. keluar. biasalah. timing kena baik punya beb.
notakakiberbulu: esok lusa kalau gua ada anak, jangan haraplah gua nak bagi solat dalam bilik. semua kena turun jemaah dekat ruang tamu. amacam? sakinah tak gua?

19 comments:

mcjust.lol said...

sama macam abah aku. jangan harap la nak tengok tv waktu maghrib zaman kecik kecik dulu.

fatt said...

lebih kurang je pglmn kita yek..pas ngaji mesti mata merah..nostalgia. takut gila kena rotan..hahaha :))

Ju Asu Ra said...

hehehe.....silap2 semayang mgrib depan tivi..lagi haru..

nuyuljana said...

ceh. xpnh aku pk trick yg ni.

kire aku kategori bdk2 baik la kan?

heeeee

tasekM said...

sgt berunsur seks kah blog aku tu weyyyy...? ha ha.

berjemaah. gua suka perancangan hidup lu jo! sungguh sakinah. kejap. sakinah tu maksud dia mende hah....?

:)




.

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

gua paling terer bab selak selak telekung sambil buat bunyi bisik konon tengah baca surah. heh!

terrarosa said...

"Jangan haraplah gua nak bagi solat dalam bilik. semua kena turun jemaah dekat ruang tamu."


apsal ruang tamu ? ohhh bila time iklan, solat jemaah ramai - ramai depan Tv heh ?

shakinah said...

Kalau lu yang bnama jo pun nak sakinah, apa lg gua yg memang bnama shakinah. Lg sakinah la gua dgn anak2 nanti. Kehkehkeh

shakinah said...

Kalau lu yang bnama jo pun nak sakinah, apa lg gua yg memang bnama shakinah. Lg sakinah la gua dgn anak2 nanti. Kehkehkeh

tyruzia_3186 said...

Aku terbayang2 ada anak2 ko yg menurun perangai camni sebijik..Hehe! Marilah kita sakinah, fathonah, amanah dr awal.. (^_^)

alhena said...

aminn.... sangat sakinah :)

syznmy said...

jgn kata ko yang nak tunggu cerita pape lak nanti nak berebut ngan anak sebab tu nak jemaah depan tv time iklan.

kecik2 dulu time maghrib satu iklan ambik wuduk. satu iklan pakai kain sembahyang dan hampar sejadah. satu iklan lagi sembahyang. amacam? takde la rekod 1min 40saat macam lu kakjo.

keh keh keh

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

eh.. gua mane penah buat macam tu..
[sambil tunduk jari kaki jolok jolok pasir]

AMENG said...

haha. gua dulu mcam ni gak, nak kejarkan tengok usop sontorian n doremon. keh3.

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

anak biaQ ramai...kalau bleh 12 orang...baru sakinah...

jo said...

mcjust.lol:
bapak ko pun mesti garang jugak, kan?


fatt:
haha..tu la. cukup la sekali kena sergah.


Ju asu Ara:
haha..ko mesti biasa buat gini..mata ada sikit jeling-jeling dekat tv ke?


nuyuljana:
tapi nanti ada anak, lu kena pastikan dia tak baca blog gua. haha.


kak tasek:
sakinah tu sendiri aku tak tahu makna apa kak. nenek aku yang sebut hari tu. hehe..


mannequin:
haha..boleh la kita geng!


terrarosa:
aku nak family ramai. mana boleh muat jemaah dalam bilik. hahaha...


shax:
wah...rasa menyesal pulak gua buat entri ni. nasib baik tak jadi tajuk entri.


tyruzia:
adoiii. kalau sorang je aku boleh hendle. kalau 8 orang??

err....8??? ramai gila...


alhena:
terima kasih... :-))


syznmy:
eleh. kepala ko dekat tv jugak. sama tak khusyuk.. hahaha..


ardzman:
siap tak nak mengaku lagi. cehhh...


ameng:
gua harap, yang dulu tu biarlah dulu. yang sekarang tak macam yang dulu. perghhh....


yanie:
wahh...2 dozen ko bagi. haha. sorang pun belum tentu aku larat jaga wei...

jo said...
This comment has been removed by the author.
Kuwe said...

bagus lu ni zaman kecik kecik. gua nak tunggu zaman besar besar pulak macam mana ya.

solat maghrib 2minit ya. boleh tahan tu. satu rakaat baru berapa saat. alfatihah satu tarik nafas ni.

nurkhalishah said...

font kecik, malas aku bace sampai abis.