Sunday, August 15, 2010

proses kehidupan

ianya tentang pengalaman hidup. setiap apa yang perlu kita lalui dalam hidup ini mengajar kita tentang sesuatu. dan sesuatu itulah yang dinamakan pengalaman hidup. macam mana kita menghadapi dan menangani masalah yang datang memberi kita pengajaran pada masa hadapan. jadi, bila akan ada satu masa kau ditimpa musibat sekali lagi, pengalaman lama itu menjadi satu perkara mustahak dalam proses membuat keputusan-keputusan penting.
betapa susah pun ujian yang diturunkan Allah, jangan cuba kita mengelak kerana ujian pasti akan tiba. atau mengambil jalan mudah. kerana jalan mudah biasanya jalan yang salah. terserah pada diri sendiri macam mana untuk menghadapi ujian itu. dan cara kita menghadapi ujian itu dapat dijadikan pengajaran di masa hadapan. macam apa yang tertulis dekat perenggan pertama.
jadi, pada aku menghadapi perkara yang susah itu antara salah satu proses kehidupan. bila ianya proses, kita tak boleh elak. jadi tak boleh negatif dan cepat putus asa. orang yang hidup susah dulunya, pasti belajar banyak perkara daripada pengalamannya berbanding orang yang semua benda boleh datang dengan sekelip mata. sebab tu aku suka pada benda yang susah. tapi tak dinafikan dalam menghadapi perkara susah, ada juga sekali-sekala timbul bunyi keluh kesah kak esah. tak kisah. itu cara untuk kita lepaskan bebanan. tapi jangan pulak mengeluh sampai berpeluh-peluh.
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.”
Hadith riwayat Bukhari
“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.”
Dari Musnad Firdaus oleh Dailami
sebab, biasanya bila susah manusia akan sentiasa ingat pada Allah. bila terlalu senang, kita jadi mudah lupa. ok. bukan kita. aku. aku senang jadi lupa bila terlalu senang. macam kerja dekat opis. bila masa aku senang, aku lupa dekat kerja yang perlu dibuat (sebab ingatkan dah setel). tapi bila ada orang datang mintak tolong, masa itu jugak baru teringat ada kerja belum setel. kemudian timbul pula satu fenomena yang diberi nama 'alasan'. (contoh macam ni aci tak?).
atau aku bagi satu contoh lain. contoh yang ringan sikit. masa bersekolah darjah 4, aku ada terima sekeping kad raya dari seorang peminat misteri. walaupun dia peminat misteri, tapi aku tahu siapa yang bagi sebab dia tak menggunakan khidmat posmen tak berbayar. by hand aje. dan dekat dalam kad juga bertandatangan peminat misteri. oleh sebab peminat misteri adalah tidak glemer dan tidak cerdas malah ada jolokan juling dibelakang namanya, aku merasa malu dengan kawan-kawan. jadi sebagai budak perempuan darjah 4 yang poyo, aku tanpa baca sampai habis kad raya tersebut terus koyakkan kad raya itu depan budak kelas yang lain. bila perkara ini aku teringat semula, aku rasa macam nak pergi beraya dan mintak ampun dekat peminat misteri itu. sekarang memang dah susah nak dapat kad raya. jangan kata daripada pakwe-pakwe, nak dapat dari member perempuan pun susah. jadi, untuk pengajaran masa hadapan, bila ada pakwe-pakwe hantar kad raya dekat aku, aku tak akan koyakkan kad raya tersebut. sumpah! (contoh macam ini pun aci dak?)
notakakiberbulu: amacam? intifada bukan gua kali ini?

13 comments:

jo said...

peh..baru la 'berisi' sikit entri gua kali ini...

tasekM said...

aku pun ingat nk buat n3 intifada gak la cam gini...


.

CERITA LEBAT said...

entri lu kali ni betul2 celenjing

racYnc said...

if y bagi kad tu dak xglamer,xcerdas n juling gak cane....




ala lu koyak gak....!!

racYnc said...
This comment has been removed by the author.
-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

nie entry sejarah penyesalan ke ape nie..

terlajak perahu boleh diundur....


hahhahah..

alhena said...

aku insaf la baca entry ko jo.. huuhhuhuh :P

h a n i e said...

hooo..intifada sungguh!

hentakbelipat said...

huyoh...drastik tu koyak depan2 hahah

citahrudin said...

betul2 ada isi punya..

btl kn, kdg2 DIA hold dulu request kita sbb DIA suka dgr suara kita

jo said...

kak tasek:
yang mana satu entri intifadanye? yang lepas makan tu ye? hehee...


cerita lebat:
betul. lama juga tu nak cari hadis yang sesuai.


racync:
betul. tak koyak punya. pecayalah!


adzman:
terlajak perbuatan buruk padahnya. kan? kan?


alhena:
wah...aku rasa macam pendakwah dah..


hanie:
part mana yang lu rasa intifada sangat?


hentak berlipat:
kan dah highlite. budak darjah 4 yang poyo.


citah:
betul..
betul..betul..betul..

p is an g said...

haha.ingat salah masuk page tadi.lalalalala.

btw kakjolie,
thanks for jotting this.
(:

Alip~Ya~Alip said...

yela jo...jaman skrng ni, kad kawen je aku slalu dapat.