Saturday, August 14, 2010

hey, hey, hey, hey..

gua rasa macam blog liyana jasmay pulak bila letak tajuk entri gitu. macam ceria sangat je. padahal tidak. macam tengah high in love pulak. padahal gua rasa plain bukan main. macam ada cerita je. padahal tak tahu apa yang gua nak share. serius. hidup gua sejak kebelakangan ini sangat biasa. bangun tido, pergi kerja, tido, balik kerja, makan, tido, bangun tido, pergi kerja, tido, balik kerja, makan, tido. ok. sekarang kalau ada siapa-siapa yang nak pakai part timer sekitar johor bahru, sila kontek gua melalui emel. selain menjadi kakak jaga makmal kompiter, gua boleh jadi macam-macam lagi. tukang lap lantai, doktor heiwan, pembancuh kopi, pemandu lori hantu, drebar bos, pengarah urusan, penjual air soya, operator pengeluar, tukang jahit, kaki pukul dan bermacam-macam lagi. cuma satu je yang tak boleh buat masa sekarang ni. jadi superman. penatlah bulan puasa ni nak terbang dan bergaduh dengan penjahat. lagipun, tak eloklah anak dara pakai seluar sepend dekat luar kostum.
notakakiberbulu: tahun ni gua beli kasut raya dekat mudah.my. lu orang dah shopping raya belum?

8 comments:

racYnc said...

jadi kaki pukul pun xelok utk anak dara....

aku pun tgh survey hp kat mudah..hp skang nih kaler pun xde..mcm mlampau sgt lak...

eJAI said...

dasyat pekerjaan2 kau...

citahrudin said...

agak kalu job pukul orang tu dtg mencurah2, sila roger gua...

Mimie.Candy Cane said...

wahahahha...shopping online..kelas lu...

lu shopping utk wa skali..nak kasut,nak tudung,peti ais...

alhena said...

aku tk soping lagi?huwaa!!

ko nk sponsor?? :P

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

jangan nak buat buat lupa diri.. tak der saper nak amik lu jadi superman.. superman tu laki.. lu perempuan.. ingat tu.. =))



p/s: nape supergirl tak pakai bra kat luar kostum ek?..

Alip~Ya~Alip said...

Aaiseyman sekuq..punyelah pemalas. beli kasot pon nak mudahhh je. cittt pooraahhh!!!

pakcik said...

aya, dia ni mmg dasar pemalas nak mampos...