Tuesday, August 17, 2010

peti ais kebahagiaan

pagi tadi sebelum nak bersiap pergi opis, gua terdengar bunyi kecoh-kecoh dekat luar bilik. budak-budak rumah gua kali ni agak suka buat bising-bising. bagi suasana jadi meriah sikit. gua? takde masalah. campak mana-mana pun ok. lagipun budak-budak rumah baru ni semua gua kenal dari mudah.my. memang mudah dengan mudah, kan? lagi pun budak-budak tu semua ok buat masa ini.
kehadiran gua di rumah tersebut mungkin satu rahmat bagi semua. oklah. bukan gua sebenarnya. peti ais gua. dalam peti ais tu, eskrem double dutch, buah anggur, ikan, udang, daging, telur, belacan, sos tiram, sayur kacang, lobak, masker perisa timun, ais ketul, air sarsi, puding, coklat mars, karipap dah gigit, kek sikret resepi, semua bukan gua punya. cuma air mineral yang tinggal separuh tu je gua punya. tapi gua takde hal punya. ok. sebab bila balik rumah, dorang tak mungkin akan melupakan gua. bila balik tak payah risau nak buka apa. semua tengah kelam kabut tunjuk skill memasak dekat dapur. jadi, boleh la gua rileks baring atas lengan kaki bergoyang dan layan cerita jejak rasul.
sebenarnya rancangan gua untuk tidak menunjukkan sikap mesra dengan budak-budak rumah memang menjadi. muka sentiasa macam nak pergi perperiksaan besar. cuma bila terkentut kuat sikit, gua akan senyum dan mintak maaf secara bersopan. manis, kan?
notakakiberbulu: selain daripada kasih sayang dan harta dapat memberikan kebahagiaan. peti ais juga turut dapat memberikan kebahagiaan sebenarnya.

16 comments:

macha_sezs said...

gua ingat sejak lu jadi gadis2 ni, dah semakin sopan.


jahanam.
heh.

jo said...

macha:
aih?
tak cukup bersopankah itu?

h a n i e said...

bukan saja peti ais ye...mesin basuh jugak.

heaven dowh!


hahahaha~

Liliyuli said...

hahaha..ko ni mcm2 la..bila nak berbuka same ni leh gelak kuat2..hahaha..aku suka head pic kat atas tu..berseni...hahaha

racYnc said...

wahhh lu ade peti ais..!!!~~~~

p is an g said...

nak cuba praktikkan lah bab kentut tu.dalam kelas yg ada budak laki2 pun takpe ke kak?

*perasaan ingin tahu yg kuat*

alhena said...

kenapa peti ais aku tkde makanan2 macam dalam peti ais ko?tak acii!!!!!

oranglidi said...

"budak-budak rumah baru ni semua gua kenal dari mudah.my. memang mudah dengan mudah, kan?" xleh blah..

cis.. kehadiran mu membawa rahmat kan? haha.

baik hati lu ni..

[ape de hal header macam rempit tu?]

shakinah said...

Lu pindah rumah ke apa ni?tak faham.

citahrudin said...

lu jgn eksaited lbh, peti ais zmn skrg selalunya menjanjikan kebahagian bersifat sementara saja

Hamzah Ian said...

hahaa.. pe la

fecca said...

muahahahahaha!

xbuley blah!!!

jo said...

hanie:
wah..mesin basuh gua tak pernah ada pulak...

liliyuli:
haha..head tu aku buat malam hari, so tak batal la pose aku...kan?

racync:
ingat dia sorang je yang ada peti ais???

pisey:
xpe. ko kentut je sambil buat muka tak bersalah. orang-orang biasanya maafkan..

alhena:
meh la dok menyewa sekali dengan aku. jadi penyumbang..

o.l:
a'ah. baik hati kan gua?
oh..header tu lambang kepuasan..

shax:
a'ah la. parak la gua nak menyewa sorang-sorang. lagi pun rumah sewa lama gua tu misteri la..

citah:
ini peti ais zaman dulu. beli masa mak bapak gua baru kawen.

hamzah:
selamat datang.

fecca:
yang mana satu ko tak bley blah?

fndrocka said...

kau kentut bolehlah kau senyum..yang lain tu separuh mati nak kena tahan nafaas

jo said...

fendi:
a'ah jugak ye...yang tu tak terpikir pulak dek gua..

jo said...
This comment has been removed by the author.