Thursday, August 26, 2010

beauty...am i?

hangin juga gua bila semalam gua kena marah sebab kutu lain yang parking dekat tempat bos, gua pulak yang kena tempiasnya. bos pulak, balik-balik opis muka dah macam kena salai. memanglah kontraktor tu datang dan buat kerja dekat tempat gua oii, tapi tak bermakna gua gembira dan suka hati bila dia marah gua begitu. nasib baik gua pekerja. kalau gua murid-murid, kereta dia tu memang gua dah terbalikkan. empat-empat tayar dekat atas. kemudian gua tinggalkan sikit ukiran ikan paus dekat mana-mana bahagian luar kereta sambil kasi last warning yang pertama. ingat senang ke gua nak bertolak-ansur?

nasib baik je malamnya, kita orang ada buat makan-makan buka bersama. siap dengan terawikh dan khatam al-quran. jadi, mood keikhlasan tu gua dah pupuk sejak bangun sahur lagi. menjelang petang, gua dah boleh lupa pasal kes marah-marah tadi. biasalah. gua kalau ada rasa nak mengamuk gitu tak lain tak bukan , sebab lapar ataupun tak cukup tidur. perangai macam baby. manja.

tapi bila sampai je, gua tengok bos dah siap-siap bergelak ketawa dengan cikgu-cikgu. ingatkan dia tak datang sebab member-member kerja selain melayu memang tak datang. tapi sebab gua jenis yang cool. gua buat tak reti sahaja. padahal dalam hati macam ada stokin budak hari jumaat punya. busuk gila woi. kemudian bos cuba-cuba nak tegur gua.

"you are the most sporty..." sambil senyum-senyum.

gua buat tak ambil port. senyum pun malas. bila dah jauh sikit, gua kabo ke kutu di sebelah gua, "dah tahu dia sakitkan hati gua, lagi nak puji-puji. apa beauty beauty? ingat gua suka?"

"ngek. bukan beauty la. sporty! sporty!" balas kutu tersebut.

err..yeke? mana la gua tahu. biasa orang lain cakap beauty.


notakakiberbulu:

semalam, ada kutu terlopong mulut tengok sorang kawan sekerja datang.
"peh, dia bawak madu sekali la.."
"nak buat apa madu? lumur dengan ayam ke?" gua. sambil membayangkan ayam goreng madu.
"madu la woi. madu. bini laki dia.."
biasalah. bila lapar otak jadi kurang oksigen. kan mael kan?

11 comments:

ardzmarn said...

kurang oksigen ke.. terlebih taik telinga ?

tasekM said...

aku sokong man!


.

Mcjust said...

dah terbiasa dengan beauty.. nak buat macam mana kan?

Liliyuli said...

woi bila nak berbuka sama ni? dah nak raya dah ni..aku pun lapar juga ni...hehehe

makwe joni said...

sungguhpun gua seorang yg rajin membersihkan telinga (tidak seperti lu) kdg2 terjadi juga perkara semacam yg terkena ke lu itu

ashraf sahdan said...

bos tu jo..jadi madu bini bos pun ok apa?

kehkehkeh.

nuyuljana said...

otak kurang oksigen mmg cmni eh gayanya?

haha.

Aloy Paradoks said...

madu yang tu lagi banyak benda leh buat...

Kuwe said...

comel jugak nengok bila lu hangin.
kehkeh.

SUXX said...

ayat Kutu mmg tgh Up skrg nih.hahaha

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ko bakar je kereta orang tu..
aku pun kalo bulan puasa sebut aja madu ..terbayang maduridexi