Tuesday, August 24, 2010

FYI, dulu gua ingat F.Y.I tu short bagi 'f**k you id**t'

saja takde tajuk untuk entri kali ini. itu benda yang gua tulis dekat fesbuk pagi tadi. cerita hari ini memang betul takde kaitan dengan carut-marut dekat atas tu.
penat gua bersembang dengan satu kawan ni sampai ke pukul 3 pagi. maklumlah. menapak keluar dari rumah pun dah agak lewat. topik-topik merangkumi hal-hal keduniaan. matlamat hidup, settle down, tentang peluang dan pilihan, jodoh, politik, sumber inspirasi. macam-macam. dan hasil dari buang masa itu, ada beberapa perkara yang kita boleh kongsi sama-sama.
kawan gua kata "jangan mengharapkan kesempurnaan. bila kita mengharapkan kesempurnaan benda tu mustahil kita dapat. kalau dapat tu kira bonus la.."
gua kata "aku tak harapkan kesempurnaan. tapi keserasian. lain kan? bukan harapkan pakej yang lengkap, cuma kalau dapat yang serasi tu kan lebih baik. perempuan lain. dia perlu lelaki yang boleh membentuk dia nanti. bentuk ikan pari ke, labu sayong ke, tempayan ke atau papan plywood." bab bentuk tu gua saja je tambah. kalau cakap, takut makan diri dikemudian hari. peh. macam pakar percintaanlah.
ok semua. kalau anda ada masalah kehidupan. berak tak lawas. makwe ada bau ketiak. ibu jari penuh ketuat atau apa-apa sahaja perkara yang membelenggu hidup anda, boleh hubungi saya terus di talian 03-bla..bla..bla.. nun. jim. mim. nun. ain. di sinar fm.
notakakiberbulu: ingat faizal tahir je ke layan sinar fm?

7 comments:

Anonymous said...

yup! keserasian tu pnting dr kesempurnaan.. :)

ardzmarn said...

lol




:)

MOFASAD said...

hidup nie kalau takde gaduh tak sempoi juga kan?

Liliyuli said...

harus 'in' dengan jiwa juga..

Anonymous said...

serasi atau sensasi?

keh keh keh keh!

hentakbelipat said...

pehh serasi kalau bau makwe ketiak cukup serasi dgn hidug

Unknown said...

hahahhaha