Tuesday, July 6, 2010

kenapalah gua boleh terjebak....

Cerita sebelumnya ada di sini.
Akhirnya dalam keadaan yang penuh dengan tekanan, Mira menghadiahkan jurus sepak padu dibahagian buah pinggang Hanis. Tanpa mengendahkan gigi yang belum bergosok, dia terus mencapai baju kurung yang digantung pakai 2 hari lepas. Ada sambal dilengan kiri. Persetan. Deodorant pun tak sempat nak selet. Persetan. Selesai menukar baju laju-laju, dia terus keluar seperti selalu menuju ke dewan kuliah tempat ujian bakal berlangsung. Apabila ternampakkan water cooler, dia singgah untuk membuang tahi mata dan berkumur-kumur. Dalam hati dia berdoa semoga Allah mempermudahkan segalanya. Segala-galanya.

Bagaikan memahami kesukaran Mira, sedang dia dalam perjalanan menuju ke dewan kuliah, sebuah lori ayam yang tidak membawa ayam telah berhenti di sebelah Mira. Rupa-rupanya abang kafe yang terkenal dengan jolokan playboy tak laku itu. Dia bertanyakan samada Mira mahu menumpang lori ayamnya atau tidak. Apabila terfikirkan gigi yang tidak bergosok, Mira tak jadi membalas kata-kata abang kafe itu. Dia hanya melemparkan senyuman nampak gigi yang memberi maksud “nak tumpang..nak tumpang…”

Pintu lori dibuka dan Mira hanya tersenyum. Hanya berlaku perbualan sebelah pihak sahaja. Selebihnya hanyalah senyuman Mira. Kadang-kadang nampak gigi, kadang-kadang tidak. Setelah sampai ke destinasi, Mira hanya melemparkan senyuman nampak gigi dan lambaian tangan tanda terima kasih kepada abang kafe. Kata kunci di sini adalah nampak gigi.

Nasib baik Mira berjaya tiba sebelum kertas diedarkan. Maka, tak perlulah dia merekacipta alasan seperti yang disuruh oleh tuan punya blog. Alangkah terkejutnya Mira bila dia dapati Hanis tengah tenang duduk bersahaja sambil berbual-bual dengan orang sebelah. Mira terus mendapatkan Hanis.

“Kenapa kau boleh sampai dulu daripada aku? Bukan ke masa aku keluar dari bilik kau masih tidur lagi?”

Hanis dengan tenang menunjukkan gula-gula getah berjenama dentyne kepada Mira.

“Nah..gunakan ini. Lagi pun ada coklat di gigi engkau..”

Rupa-rupanya Hanis sempat ‘catch-up’ dengan Mira masa lori ayam berhenti. Dia berpaut di belakang lori ayam menggunakan skateboard dan sempat memakai minyak wangi dan deodorant sambil mengunyah gula-gula getah dentyne.

Celaka. Macam iklan siut.
notakakiberbulu: cis punya fndrocka. terbengkalai kerja kerja pengopisan gua.

8 comments:

NomborSebelas said...

1st.............

terlalu dalam maksud citer nie..2 3 kali sambungan bacaan aku buat pasal nak habiskan baca entry nie..

tahniah.

Duniakuabstrak said...

hahaha terbaik..apesal hanis tak sempat mandi skali masa dia berpaut kat lori tu? hahaha

Anonymous said...

Mira gigih...gigih lagi si Hanis tu ye. Kata kunci di sini 'gigih'.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
fndrocka said...

betul lah..kalau makan gula-gula getah benda panik pun boleh jadi tenang.dulu aku pernah makan gula2 getah sebelum presentation..sepatutnya aku kena panik..tapi lebih kepada menyanyi pulak.

kata kunci : gula2 getah

alhena said...

kekeke.. kelakar gile. aku vote 8 juta kali supaya ko menang. kih kih kih. Aku rasa, watak mira tu sebenarnya diri ko kan? kan? kan?

jangan buat tk nak mengaku pulak ye? :p

ashraf sahdan said...

damn it laa jo, kenapa ada karakteristik lu dalam watak Mira?

tapi ni kalau tak menang contest, tak lari jauh laa, runner-up boleh kot.

jo said...

sebelas:
apa yang susah sangat nak faham? mungkin lu boleh gunakan gugel translate dan translate dalam bahasa yang ko mudah faham. bangladesh contohnya?


duniaku abstrak:
ciss.. ini saja nak menjatuhkan gua la ni. kang gua letak dia siap mandi dah jadi tak logik. lepas tu tak menang, lepas tu lu la yang menang. cis..licik..


hidemichi:
sebenarnya gua pun tak tahu nak endingkan mcm mana.


fndrocka:
dulukan gua penah makan gula getah dekat rumah buang merata. lepas tu kena lempang dengan mak gua.

kata kunci: lempang


alhena:
bab tak mandi tu ada sikit. bab deodorant tu pun ada sikit.

sikit jerr!


mael:
cis. gua tak pernah pergi kelas tumpang lori ayam weh..