kerja-kerja menconteng dinding ni, seingat gua memang dah lama gua terjebak. dari zaman belum sekolah lagi. dulu, masa gua belum period, suka betul gua conteng dinding. main lukis-lukis orang lidi dan main teka-teka silang kata. bukan takde buku atau kertas, cuma bila dapat conteng dekat dinding, rasa puas tak terkata. tapi bila ibu nampak, kompom kena rotan dekat tapak tangan punya. jenuh katanya nak mengecat rumah setiap tahun. masa tu gua and family duduk dekat kuaters gomen. gua paling ingat sekali, dekat dinding rumah gua ada tertulis perkataan 'mati munafik'. entah malaun manalah agaknya yang tulis. besar pulak tu. perkataannya betul-betul duduk dekat dinding bilik air. masa tu, setiap kali nak bangun kencing tengah malam hati gua pasti berdebar-debar. lagilah bila terpandangkan perkataan 'mati munafik' tu. kadang-kadang sanggup gua tahan kencing sebabkan takut. sampai ke besar pun tabiat suka melukis dekat dinding tu tetap ada. tengoklah bila gua dapat makmal kompiter sendiri. ini pun gua man-man. kalau ikutkan perasaan, mahu gua kaler satu makmal tu. lukis tengkorak ke, tong sampah ke, planet marikh ke. muka najib ke. benda-benda teknikal ni kalo nak lukis, susah.
notakakiberbulu: kalau ada siapa-siapa nak upah gua buat corak dekat rumah dia boleh la kontek melalui emel. jangan risau. gua bukan jenis yang main simbah-simbah cat dekat rumah orang tu. oh. lupa. entri ni request dari sorang kawan. dah lama dah. baru hari ni gua dapat buat. hehe...
12 comments:
cantikk wohh!
dari gaya design tu tetiba gua terbayang lu macam gadis comel.. hik hik hik
hahahaha....wa nak like komen ardzmarn..
mcjust.lol:
terima kasih wohh!!
adzman:
ni sekolah wei. sekolah..bukan bangunan tepi jalan. gua kena tanya pendapat orang dulu lukisan mana yang sesuai..
tapi, kalau nak diikutkan, gua memang comel pun. auww~
hanie:
wah..suka ye lu cik hanie...?
yek yek je lu buat...nak conteng tmpt tinggi camne, lu tu bonsai...
pergh..semat gak lu conteng2..nnti gua dah ade umah,bolela panggil lu wat umah gua mcm tadika...:)
penjara pudu tu dulu ko lukis juga ke jo...?
.
sbb lu suka contenglah lu dpt period...eh!
cantik la jo. nanti ko tolong contong bilik aku lak?free yer? kih kih kih
kira tangan lu ni ada taman jugaklah
pakcik:
ah. bonsai-bonsai ingat tak boleh capai tempat tinggi ke?
ejai:
bila lu nak beli rumah. nanti gua panggil geng turun ngecat.
kak tasek:
penjara pudu tu nak datang dekat pun seram kak..
hidemichi:
hoh? apakah??
alhena:
free? wah..aku bagi harga kawan-kawan la nanti..
fendi:
tangan ni ada lima batang jari sebelah kiri, lima batang jari sebelah kanan. alhamdulillah syukurr..
ai am so peraud of u....
Post a Comment