Thursday, July 22, 2010

gua yang masih keliru

sekarang gua tengah kerja kontrak. lepas habis kontrak ni, sumpah gua belum ada apa-apa planning lagi. tak tahu lagi samada nak mintak kerja lain ke, sambung mengadap buku ke, masuk akademi fantasia ke, atau pergi bertapa dekat mana-mana gunung. kawin pun macam ok jugak. member-member gua kata seronok kawin. di sebabkan hal ini, mood gua dua tiga menjak ni menjadi tak berapa baik. gua tak nampak jalan masa depan lagi. padahal umur dah semakin menaik. gua ada juga bincang-bincang dengan beberapa pakar motivasi tak profesional. masing-masing minta gua supaya follow the flow. tapi gua kata, gua tak boleh. tak boleh hidup dengan keadaan yang kabur dan tak pasti. gua perlu letak satu matlamat pada penghujung jalan yang gua lalui. tapi gua sendiri tak tahu apa yang gua mahukan. payah la macam ni kan?
masa dada leper dulu, semua benda gua nampak mudah. cuma perlu belajar, main, main dan main. gua memang banyak main. bila kena rotan dengan cikgu sebab tak siap kerja sekola gua ketawa. tak rasa itu sebagai satu masalah. bila kena denda sebab gunting gambar daripada buku pustakaan, gua rilek. tak rasa itu sebagai satu masalah. tapi sekarang, bila gua tak pasti ke mana arah gua selepas ini, gua rasa itu masalah besar pada gua. walaupun kalau nak diikutkan, lepas daripada selesai sekolah gua belum pernah lagi menyandang jawatan sebagai penganggur, tapi gua tetap risau. orang kata rezeki Tuhan ada di mana-mana. tapi pada gua, kalau kita sendiri tak berusaha, rezeki itu tetap bukan milik kita.
sekarang ni, gua ada terfikir nak pergi kursus jaga budak-budak. kemudian gua nak bukak tadika atau nurseri. sambil tu bolehlah gua melatih diri sendiri menjadi ibu misali. gua rasa gua boleh ngam dengan budak-budak kecik. tapi, apahal bila ada budak kecik tanya kenapa muka gua ada tumbuh cendawan gua rasa macam nak hentak-hentak saja kepala dia dengan kepala tukul besi?
notakakiberbulu: hidup ni semakin hari semakin mencabar. mencabar keimanan gua!

18 comments:

h a n i e said...

hahahahaha!! lu boleh ke jo..ngam ngan budak ni...seriyus gua moskel..

kontrak lu..xbuleh jd tetap ke?

fndrocka said...

gua nak komen pnjang...tapi cuba lu bagitahu dulu berapa umur lu sekarang..mudah gua nak bagi pendapat

jo said...

hanie:
haha. bolehhhh....
jangan kata budak-budak, bapak budak pon boleh weh...

entahla..tu yang aku kompius sekarang. macam kerajaan langit. sembang kencang.


fndrocka:
muka macam budak sekolah menengah. sekali tengok macam 17 tahun. tapi sebenarnya umur dah pertengahan doplohan.

macha_sezs said...

ada ayat yang gua moskel lah.

"masa dada leper dulu,"

sekarang amcam?

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

alaaa.. sekarang nie dada lu bukannya besar sangat pun.. lu boleh main main lagi.. kang kalau dah besar boleh ar lu pikir kemana nak hala tuju tu..

relax.. usaha tangga kejayaan..

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

erk ... macam kelaut lak komen gua nie..

just go with the flow jer lah..


.

Tijah said...

masa kecik tak saba nak keje, skrg rasa cam nak blk blk ke dajah 3 kan? huhuhu...

racYnc said...

ok..lu decide..

1st - gomen ke swasta.

2nd - mkn gaji ke niaga.

tu basic..

shakinah said...

Masa dada leper DULU.

sekarang dah makin leper ke apa?tak faham.

Hidemichi said...

ok gua cuba elakkan komen tentang dada leper tu. gua kan mithali...
apasal muka lu tumbuh cendawan eh???
(tahan kepala)

terrarosa said...

kawan aku yang sama - sama ambil degree tapi tak kerja ,jadi surirumah sepenuh masa , aku tengok orait jugak,
dorang masuk kursus buat kek dan biskut , pastu jual.
Ada yang dah mula buat jualan online,
tapi yang penting kat sini , kena dapatkan suami yang memahami dan gaji pun sedap.
Baru lah kita buleh buat hal - hal di atas.
Jadi persoalan disini , kat mana kita nak cari suami seperti diatas?
kikikikiii...

SUXX said...

Skrg dada lu yg tak leper tu dah penuh ilmu la kira?

jo said...

macha:
sekarang dah berubah.


azman:
'dada bukan besar sangat pun..' yang ni memang macam haram. cittt...


kaktijah:
u memang seorang yang memahamilah!


racync:
urmm..bila masuk bab tu la yang sangkut. tak boleh nak putuskan apa-apa...


shax:
sekarang dah menarik sikitlah daripada dulu..


hidemichi:
bukan setakat kepala je yang boleh kena kepala tukul besi. kepala lutut pun boleh kena jugak.


terrarosa:
hahahaha...komen macam inilah yang gua nanti2kan...



tapi, mana kita nak cari lelaki begitu ek?


suxx:
nampaknya lu seorang yang paham maksud gua di atas...

pakcik said...

jadi lekcerer la weh...kata bijak la hape la...untung2 buleh ngurat student...

alhena said...

aiya.. ko tgh konpius ke skang ni jo?rilek2. bawak bertendang. pi la bertapa kat mana2 gua ke, cari dalam diri sendiri apa sebenarnya yang ko mahukan. tk penting apa yg org lain ckp, sebab ko yg akan bawak diri ko sendiri :)

J@J@ / Bini The Rock said...

jadik drebar teksi pon okey gak! buleh JJCM..sambil ngorat pakwe2 hensem...

xD

jo said...

pakcik:
dalam etika perguruan, mana boleh cekgu ngorat budak. tapi kalau cekgu kena ngorat, xpe.


alhena:
aku rasa sebab aku sendiri tak tahu apa yang aku nak sampai sekarang, tu pasal aku jadi kusut..


jaja:
wah...gua tak terfikir pun selama ni. bernas jugak idea tu.

Alip~Ya~Alip said...

haha...
budak2 tu x tau bezekan cendawan dgn lumut tu jo hehehe... (jgn mara arr...) lebiu~