Wednesday, April 7, 2010

susah kita, ada lagi orang lebih susah

ini cerita minggu lepas. sebab tak dan nak menulis, barulah hari ni gua dapat story. sabtu yang tipikal rumah gua telah dikejutkan dengan berita kematian seorang bapa kepada 4 anak. kira jiran dekat-dekat dengan rumah makpak gua lah. jadi, terbantutlah urusan tidur semula lepas subuh gajah gua hari itu. dengan gigi tak bergosok, gua terus tutup aurat dan pergi ke rumah malang tersebut.

dua orang anak yang bersekolah jauh sikit dari rumah telah dihubungi oleh ibu gua. dua-dua lelaki. bijak. dengar cerita jiran-jiran diorang ni baik-baik belaka. dan yang penting hensem. keluarga mereka ni bukanlah keluarga yang senang. lebih-lebih lagi selepas kematian bapak diorang ni. tak tahulah macam mana ye. yang abang kerja part time sambil belajar. duit hantar balik rumah.

sedang gua berdiri sebelah ibu gua sambil melayan suasana rumah yang menangis, bunyi sms dari talipon ibu. "cikgu, (merujuk kepada ibu gua) boleh tak saya nak pinjam RM10. saya tak cukup duit nak beli tiketlah. cikgu bank in ye." air mata ibu gua terus meleleh lepas baca sms tu. lepas cepat-cepat mintak no akaun pada mak budak-budak tu, ibu gua dan gua pun terus pergi ke pekan. tapi, lepas sampai dekat cimb je gua dah tak sedap hati. bangla dan indun yang selalu ada hal depan bank macam biasa pun takde. kalau tak pagi petang siang malam gua tengok, ada je diorang tu depan mesin atm. banyak benar gamaknya duit tu sampai depan mesin atm pun kena jaga.

rupa-rupanya system down seluruh Malaysia. kami pun brain storming nak pindah duit ikut mana supaya anak arwah tadi boleh balik secepat mungkin. lepas dah talipon orang sana, talipon orang sini. pergi sana, pergi sini. akhirnya bapak gua berjaya menyuruh sepupu beliau yang kiranya tinggal dekat dekat dengan anak arwah untuk hantar duit. tapi rupanya budak tu dah lebih dulu naik bas dan tak mahu cakap macam mana dia dapat beli tiket tu. mungkin sebab lama menunggu kot.

lepas semua benda macam dah setel, gua dan ibu pun pergi breakfast dekat sebuah mapley terkemuka di pekan. gua dengar ibu cerita macam-macam. pasal anak-anak arwah. pasal kasut sekolah lusuh koyak. pasal itu. pasal ini. dan paling gua kesian pasal saka keluarga yang tak seorang pun daripada diorang tahu menahu tentang itu sehinggalah arwah disahkan sakit barah hati. kesian.

roti kosong gua pun sampai dekat meja. gua kunyah dengan penuh keinsafan. kesyukuran. dada yang sebak. dan gigi yang belum gosok.

"pptttuuuuiihhh...macam....yeay ane! ini roti canai minggu lepas ke? keras. sejuk. tak sedap langsung. kasi tukar. kasi tukar. kasi tukar!" tengking gua sebaik sahaja roti canai sampai ke mulut.


notakakiberbulu: ah... manusia memang mudah lupa.

16 comments:

hanie said...

cheitttt...mmg pesen mintak lempang dahi lu ni..

hahahaha~

Anonymous said...

hahahahahhaha
haram kau joo!!

ashraf sahdan said...

gua sikit lagi nak menangis. sampai last tu gua terus terajang ashtray berterabur.

ardzmarn said...

roti canai kalau campur ngan gigi tak gosok memang rasa macam roti canai minggu lepas ...

memang nak kena kompang budak nih..



.

paiseh said...

bab2 mencarut je lu sensor ye.. jgn igt gua x tau~

sharamli said...

teng0k tu..w0i..w0i..lain kali telan je la r0ti canai tu..

"susah kita, ada lagi orang lebih susah"

hak3..

alfatihah dan takziah untuk jiran kamo0

pakcik said...

gua rasa anak arwah tu bila besar nanti jadi orang2 berjaya dalam kerjaya diorang..jadi ketua pengarah, jadi profesor, jadi engineer syarikat terkemuka, jadi doktor pakar...ala, yang cam selalu dengar dalam ceramah2...

Pisey said...

dtg nak hak ptuihhh balik kasi kuah lebih pada itu roti.lu sendiri pun dah letak kuah kan kak JOlie.haha.

alhena said...

wei, ko tkmo mkn, meh kat aku. aku boleh tolong telankan :P

dush!dush!*sekeh ko*

:P

racYnc said...

dpan ibu nk sound mapley cmtuh...

ye la tu...hehe

jo said...

hanie:
woi...ganeh....


shax:
woi...aku baiklah!


mael:
eleh...macam tak biasa buat aje...


azman:
haha.. ni sebab lu biasa buatlah ni. gua tak biasa. sebab tu tak tahu..


paiseh:
bab-bab mencarut tu gua memang tak mahu tulis.lu kan pakar. takkan tak dapat meneka.


sharamli:
customer always right..bukan itu ke konsepnye?


uncle:
insyaAllah...gua pun doa-doa macam tu la...



peh...ni apahal gua cakap sopansopan dengan lu ni?


pisey:
tapi roti sejuk boleh bikin hati panas woo...


alhena:
owww...nak mengata aku ye...?? dia tu lagi 70% dasat..


racync:
haha...macam tak biasa dengar cerita tipu ai. yang bawah sekali tu kompom ada tokok tambah punya..

tasekM said...

nak kena sebat budak jo nih...


.

Schamastura said...

shiall jekk..
aku bwu nak lelehhh..
pootm stim ar lu~~

Rembo said...

lain kali mintak roti kosong petak. skill nak roti kosong yang baru naik dari kuali.

Liliyuli said...

kisah ni la ye yang ko cakap dapat saka yg tak disangka tu..

jo said...

kak tasek:
auuwww...auuwww...
hehe..


sharip:
tapi cerita betul dia memang sedih dow..


rembo:
gua sedih sangat sampai terlupa nak peringat dekat ane tu..


liliyuli:
haaa...yang ni la...