Sunday, March 28, 2010

panas hati

ada 2-3 entri sebelum ni, gua sibuk cakap pasal hati dan perasaankan? sebenarnya gua ada 2 masalah. yang satu tu bukan masalah gua secara teknikalnya. yang lagi satu tu memang dah sah sangat gua yang problem.
gua ada sayang dekat 2 orang budak lelaki ni. ok. sebenarnya ramai dan berbeza mengikut kategori. cuma 2 orang ni dia lain sikit. ada special sikit. yang seorang tu naruto dan lagi satu sasuke. dua-dua belum akil baligh. ganas. buas. suka seksa kucing. gigi karat. kencing berdiri. dan tak pandai lagi eja nama penuh masing-masing. diorang ni kematian ibu kandung masa umur bayi-bayi lagi iaitu makcik gua. sekarang, kalau gua ada jumpa bekas iron dekat lengan kanan sasuke tu siapa yang patut gua serang???nak mengamuk pun tak guna dah.
notakakiberbulu: masalah kedua; nanti-nantilah gua cerita pasal drumstik gua yang dah makin sihat ni. takde mood pulak nak buat lawak.

12 comments:

ashraf sahdan said...

sapa jaga diorang?

sharamli said...

sapa dera pakai ir0n ni?

Anonymous said...

mak aih.
bertindak jo bertindak!

jo said...

mael:
bapak dorang.


sharamli:
masih dalam siasatan gua.


shax:
gua pun tengah tak tahu nak bertindak yang macam mana. susah hati..

pink_butterfly said...

msh dlm siasatan?

lu tnye je kt bebudak tu..slalunya
bdk2 x pndai nk menipu...ape yg kuar dr mulut dorg, itu la fakta yg sbnar2nya...

Liliyuli said...

lempang je laju-laju

jo said...

pink butterfly:
masalahnya memang dorg bagitahu. tapi, masih tak tahu nak buat apa. interrupt? repot polis? aduss..


liliyuli:
lempang dia lagi kuat dari gua la..

pakcik said...

repot polis la...lu igt lu Jack Bauer ke nk solve problem sensorg?

alhena said...

report polis la..

racYnc said...

suh ayh lu sound lew....kn otai..

ayampinko said...

tanda lahir kot..hang tu ja yang tak pasan kot..

jo said...

pakcik:
tak macam menyibuk sangat ke kalu gua buat repot?


alhena:
hummm.....


racync:
ayah gua pun tak reti nak cakap macam mana...


ayam pinko:
meh-meh. gua buat tanda lahir dekat lu pakai seterika.