Wednesday, March 31, 2010

Razlan- Bahagian 2

"Kau ni kenapa Lan? dari tadi aku tengok asyik mengeluh. dah masuk kali yang ke 42 dalam masa 42 minit. jangan asyik mengeluh je Lan. sarapan penampar kau nanti. aku tak suka dengar orang mendengus."

Lamunannya mati terus apabila ditegur dari belakang dengan Pak Su. sekali pakej dengan pukulan kuat manja di belakang badannya. Walaupun bekerja sebagai ofisboy, lagaknya macam bos bila bos tiada di pejabat. bila bos ada di pejabat, Pak Sulah orang yang paling sibuk sampai tak menang tangan buat kerja, sampai pada satu tahap, nak buang air kecil pun dia boleh terlupa. tapi atas faktor usia, Razlan masih menghormati warga tua itu. kalau ikutkan hati, dah lama orang tua itu dihadiahkan penampar belakang tangan kuat-kuat atau orang biasa panggil 'backhand'. nasib baik juga Pak Su ada anak dara cantik. itu dah cukup untuk membatalkan niat murni Razlan.

Kerja-kerja pejabat dilakukan tanpa ada jiwa. fikirannya masih belum disikat rapi serapi rambut yang diletakkan tencho setengah botol. celaka. sedangkan gua gadis pun masih tahu apa itu tencho. lepas itu apasal gua sibuk-sibuk tulis cerita pasal lelaki ni? adus...

Razlan-bahagian 1

notakakiberbulu: kang gua sambung lagi.

6 comments:

ashraf sahdan said...

perangai lu mesti macam razlan kan?
pak su mesti akak-akak yang lagi senior jaga makmal dari lu kan?

alhena said...

tencho tu apa?

ashraf sahdan said...

tencho tu minyak sayuran.

peh dah macam blog gua pulak dah.

jo, im sorry. kehkehkeh.

Liliyuli said...

penggunaan ayat yang sedap. aku suka.

racync said...

"da msuk 42kali dlm 42 mnt.."


genius lu nih...

jo said...

mael:
nak aje gua lempang lu ni..
mana ada gua korek idung main jentik-jentik je.


alhena:
tencho tu sejenis alat pemacak rambut.


mael lagi:
nak main sorry-sorry pulak dengan gua.


liliyuli:
terima kasih.


racync:
pun terima kasih jugak.