Tuesday, March 23, 2010

outing dengan starblogger

blogger star

setelah menghadapi tekanan dari sebelah kiri, sebelah kanan, sebelah depan dan sebelah belakang semenjak duamenjak ni, akhirnya berjaya juga gua merancang satu trip menggunung. trip kali ini juga telah disertai oleh blogger star, yang sibuk-sibuk mahu ikut padahal gua ajak-ajak ayam. tapi nasib baik juga dia ada sebab gua telah menumpang cik sona milik beliau. gua juga berjaya membuat cik sona bergegar dan encik paiseh berderau darah sampai atas kepala. sehhhh.... *sambil angkat tangan.

tiada sebarang perancangan rapi dibuat kerana trip kali ini adalah berkonsepkan gamble dan main ikut dan sahaja. macam doktor gigi semua nak kena buat ikut jadual. sekali-sekali perlu juga kejutan dalam hidup. tak dapat beli tiket bas misalnya. baru bergerak sikit pemikiran untuk penyelesaian masalah. betul tak kawan-kawan? sehhhhh..... *sambil angkat tangan.

perjalanan naik-turun-naik-turun yang kadang kala terasa macam nak terajang orang depan berakhir dengan selamat. alhamdulillah~ tapi ada juga beberapa perkara mistik berlaku. biasalah. hutan.

ahadnya gua telah planning untuk pulang ke pangkuan keluarga pada pagi hari area pukul 10 pagi tapi akhirnya pukul 4 petang baru gua terhegeh-hegeh beli tiket bas. macam-macam perkara yang berlaku sepanjang pen'dragging'an masa itu. bangun lambat, pergi menonton acara rugbi, melepak dengan kawan-kawan sambil makan tengahari, dan membantu budak pengsan dalam komuter yang pada awalnya gua ingat nak buat-buat tidur tapi akhirnya tak sampai hati. itu pun gua ada terasa nak pergi pekena boling sepam dulu sebelum balik rumah. kalu tak, entah pukul berapa gua pergi beli tiket bas.



notakakiberbulu: terima kasih kepada kawan-kawan yang sanggup melayan gua yang sangap mendaki dan test drive haversack baru. sabri nama dia (haversack).
laporan lain di sini dan sini.


15 comments:

sharamli said...

bangun lambat tu dah n0rmal.kan3

hanie said...

si paiseh tu..luar garang..dalam hati taman..kan..

muahahahaha!!

Liliyuli said...

patut la aku roger ko..ko kat panjat rupanya..

cik pida said...

star pesen duduk bersimpuh...

:D

bes kew panjat2 gunung??

FarhanaLicious said...

star le sangat. huhu

Dewajiwa said...

dah test drive ye Sabri tu. bagus, pasnih dah bleh lenjan layan Benum. acara pijak beg-kasi-nampak-season sudah berlaku blum?

ashraf sahdan said...

nasib baik gua tak into panjat gunung, kalau tak mesti gua ada perangai kentut depan orang ramai macam lu...

racYnc said...

katner ni wei...

Schamastura said...

nak tgk gak pkck sabri~~

alhena said...

konpius ni. entry ni.. cerita pasal kegembiraan mendaki gunung bersama paiseh or sabri?

ada 2 watak tu.. hurmm.. :P

jo said...

sharamli:
mana ada. hari-hari bekerja gua bangun awal 'gila'tau..


hanie:
paiseh tu, kerja asik nak marah-marah gua aje. tahulah gua adorable.


liliyuli:
aáh..kitorang otw ke puncak masa mesej lu sampai tu..


cik pida:
terbaik dia punya feel. ada masa kalu moh la join.. hehe...


farhana:
uihh... star woo..lu jangan main-main..


dewajiwa:
wo..wo..wo...ni dah kira main kasar. mana ada upacara sebegitu rupa. lama kelamaan kang seasonlah dia. hehe...


mael:
tak kentut depan orang ramai pun, perangai lu tetap huduh..


racync:
genting highlands.


sharip:
ko samakan dia dengan pakcik? dia abang-abang lagi tau...


alhena:
dua-dua pun gembira.
hehe.. :-P

pakcik said...

dewajiwa : cop-mohor-tapak-kaki-atas-beg-baru mesti ada ek? tu petua brader2 Jabatan Ukur tukang buat sempadan, takmo melecet bahu katanya...so, bila nak perkenalkan sabri kat gua jo?

jo said...

pakcik oi..
jangan haghap! ceh.

pakcik said...

jangan haghap? aku jumpa beg ko kang siap la..aku flying kick je..

jo said...

jahaaaaaaattttttt...