Friday, February 12, 2010

cerpen pendek

Razlan duduk sendiri. Menungnya begitu jauh dan sarat. Seakan-akan dapat menembus terus ke dalam dinding pejabatnya dan tiada berpenghujung. Fikirannya kacau. Kadang-kadang terkeluar keluhan kecil dari mulut berbau tembakau itu. Dia risau memikir masa depan yang masih tidak pasti dan jelas. Dan yang pasti, masih tiada teman untuk berkongsi suka-duka. Masih ‘lone ranger’ orang melayu kata. Jauh disudut hati, dia mengakui kekacakan diri sendiri. Bukan tidak berkereta, malahan punya kerjaya tetap. “Hmmnnfffff…” buat sekian kali dia mendengus lantas memilih jari telunjuk menghala ke lubang hidung untuk membuang tahi yang dirasakannya mula memenuhi rongga hidung dan menyukarkan pernafasan. Dan Razlan menjentik rakus bijih yang siap dibulatkan ke arah barat daya.

“Sial…” sumpah Ismadi, rakan setugas Razlan yang kebetulan berada di hadapan mesin fotostat juga di arah barat daya.

“Kenapa Di?..” soal Razlan. Risau juga kalau-kalau bijih tadi terkena rakannya itu.

“Takde apa. Hangin aku dengan mesin ni. Apa ke lembap sangat buat kerja. Masa aku nak cepat, dia buat hal pulak!” Ismadi menerangkan alasan sebenar dia mencarut sebentar tadi.

“Hmmmmnnnffffff……..” Razlan melepaskan nafas. Kali ini bukan satu keluhan. Lebih kepada hembusan nafas lega.
notakakiberbulu: tangan gua terasa mahu bikin satu projek cerpen. kalu gaya penceritaan gua begini, Dewan Bahasa dan Pustaka nak tak deme terima gua menjadi salah seorang ahli bersekutu??

9 comments:

pakcik said...

trime, jadi ahli BerKutu..orait?

terrarosa said...

kalu ngko penulis pompuan, buleh menjiwai watak pengotor seorang lelaki, peh ada harapan novel ngko bleh jadi National Bestseller....

p.s cuba try tulis perwatakan gadis - gadis pulak...., kalu main korek hidung jugak, hancussss... keh keh keh...

hans said...

aku rasa cuba ko belajar tulis script
pastu antar la bertanding
aku n da geng tengah buat skrg

Aloy Paradoks said...

gua baru tau yang sial tu mencarut rupannya..

hans said...

haha
sial tu memang sebenarnya mencarut..more to dirty word la sebenarnya

oranglidi said...

ni buat wa admire ismadi ni..

[DBP suka tulisan macam ni]

13247 said...

dewan bahana dan petaka nak la kot

jo said...

pakcik:
gua bukan abang jo, ok!


terrarosa:
haha..betul ke? kalau aku dapat menjiwai watak seorang alien agak2 bulih dapat jugak tak? aku ingat nak masukkan sikit2 pasal alien la dalam cerita ni. biar ada kelainan.

jo said...

hans:
ada buat pertandingan? ada hadiah apa? kalau sekotak limau mandarin, tak mahu la gua.


aloy:
babi tu pun mencarut juga. bukan setakat haiwan je.


oranglidi:
ismadi ni watak dia sama dengan doktor ismadi dalam ibu mertuaku.


iezat:
malapetaka sungguh..