Monday, January 25, 2010

gua dan member kamceng gua

lepas gua baca entri budak ini, gua teringat pulak zaman gua sekolah-sekolah kain biru laut, koyak dekat tepi, akibat bergurau-gurau dengan member, menggunakan gunting masa kelas sains rumahtangga kemudian kena denda berdiri luar kelas sebab buat bising. baju kurung kedah yang gua jahit pun dah nampak macam singlet berbunga-bunga.

oleh sebab gua terlampau bosan menjadi manusia biasa di sekolah, gua pun mencadangkan kepada member kamceng gua untuk memohon menjadi pengawas supaya dapat rehat awal dan tak berebut-rebut masa nak beli makanan dekat kantin. pengawas jugak boleh merembat barang-barang hasil rampasan cikgu. jadi kami berdua dengan hati murni pergilah ke bilik pengawas dan bersemuka dengan cikgu disiplin untuk menjadi pengawas. alasannya supaya gua dan member gua akan lebih berdisiplin kalau jadi pengawas. dengan tak semena-mena cikgu disiplin terus terkena sawan babi dan menghalau kami menggunakan rotan setebal ibu jari. selain tak boleh tengok muka kami, cikgu disiplin juga sangat pantang kalau terdengar suara kami di mana-mana. selepas itu kami pun pulang ke kelas dan bermain dart menggunakan kapal terbang kertas bersama kawan-kawan.

beberapa ketika, gua dan member kamceng gua ada terfikir untuk menjadi ketua dan penolong ketua kelas. jadi, kami pun mula bersepakat dengan rakan kelas supaya mengundi gua untuk jawatan ketua kelas dan member kamceng gua untuk jawatan penolong ketua. selepas setel urusan pencalonan dan pengundian, maka dapatlah gua dan member gua memegang jawatan tersebut. pada keesokkan harinya, guru kelas gua terkena sawan babi dan meminta supaya jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas ditukarkan kepada orang lain. maka jadilah kami manusia biasa. petang itu, selepas waktu bahasa arab, gua dan member kamceng gua keluar ikut pagar arnab untuk menikmati ais kacang.


notakakiberbulu: zaman yang paling gua sayang nak tinggalkan..

17 comments:

sharamli said...

w0i..w0i..kecik2 dah jadik ganaz...
fly sana sini..kera r0tan pastu duduk atas kusi besi tengah panas nak?

sharamli said...

*kena

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

ceh..kroni pny suku sakat!

hanie said...

hahha...time sekolah la paling best..
muke inesen yg mmg xleh pakai..

13247 said...

sekarang lu tak terpikir nak jadi perdana menteri?
menteri sukan ke

Schamastura said...

skola bes2..
innesen gitu~~

alhena said...

skang tgh jadi manusia biasa ke luar biasa? :D

ashraf sahdan said...

gua paling rindu dekat CCTV. sekolah gua ada cctv di setiap helai daun..

terrarosa said...

kecik - kecik lagi dah berani buat keputusan dan merancang strategi....

lu sepatutnya dah jadi Menteri Pendidikan sekarang ni... tak jadi Menteri pun tak pa, bini Menteri pun bleh .
kikikikkiiiii....

Aloy Paradoks said...

apa benggong lu ni mintak jawatan sana sini...

jo said...

sharamli:
haha...mesti ko penah kena duduk atas kerusi besi tengah panas kan? rasa macam udang bakar tak?


pentoi:
gua bukan kroni, gua krabat..


hanie:
haha..muka aku macam penyanyi kumpulan nasyid tau dolu-dolu...


iezat:
skarang gua ada terpikir nak merusuh dekat mana-mana. kalau bulih gua tak mahu terlibat dengan parti politik. rebel tak?


sharip:
kau brapa kali kena buang sekolah?

jo said...

alhena:
sekarang aku pegang jawatan otromen full time.


mael:
canggih gila. sekolah gua dekat setiap dinding ada telinga.


terrarosa:
kalu gua jadi bini menteri, gua nak pergi london weight managementlah!


aloy:
dapat sijil maaa......
hahaha...

Liliyuli said...

wohhh~
nakal time sekolah..
alam bekerja...ko tetap dok skolah gak..hahaha

pakcik said...

guru disiplin tengok lu = sawan vavi, guru kelas tengok lu = sawan vavi...lu ni memang vavi la...

said...

jadi pengawas memang syok...
pastu ramai plak yg jadi secret admire

kekkekekke

time beli makanan..memang kita yg otai la...tak yah beratur....hehe

jo said...

liliyuli:
takkan nak duduk dekat rumah je....
hehe...


pakcik:
vavi la lu!


yanie:
lu ni mesti kuat buli golongan yang lemah iaitu golongan kebanyakkan dekat sekolah kan?

Aloy Paradoks said...

ni mana entry baru ni... disiplin sikit..