Wednesday, January 13, 2010

halim othman

sebenarnya gua ada lagi benda-benda 'urgent' yang gua kena setel. tapi gua terasa malas nak layan. pandailah nanti macam mana gua nak beri alasan teknikal. terasa nak kerja separuh mati pun jadi ragu-ragu sebab rais yatim masih tak ben in lagi gaji ke dalam akaun gua. patutlah masa tengok anugerah juara lagu itu hari, gua rasa panas hati je bila nampak rais yatim naik bagi hadiah. juara lagu, juara lagu jugak. gaji gua tak masuk lagi apa cerita? ingat perut gua bulih terima ke pasir dan batu-bata?
tadi masa makan tengah hari, macam selalu, kalau gua tak didedahkan dengan sedikit pendidikan seks, memang tak sah. tapi masalahnya memang gua tak berapa paham pun apa yang 'kakak-kakak' opis ini cerita. yang penting memang kelakar gila. terus gua teringat kata-kata yang pensyarah gua pernah sebut-sebut, "your joke will be funny if you're rich." kiranya kalau mak datin-mak datin atau dato'-dato' buat kelakar dan mereka ketawa sendiri bila dengar lawak mereka, secara automatik, orang di sekeliling pun akan turut ketawa. tak percaya, cuba lu orang tanya dekat blogger kegemaran datin-datin ni. dulu memang gua sokong jugak apa yang pensyarah gua cakap. tapi sekarang gua dah goyang. gua rasa lawak-lawak lucah ni pun bulih pergi jauh jugak.
tapi, kadang-kadang gua malas jugak nak layan benda-benda yang 'advance' macam tu. entah macam mana tengah hari tadi masa orang tengah sibuk gelak-gelak, gua bulih terbayangkan muka halim othman. celaka! hantarlah yang muda dan jambu sikit. sebenarnya gua teringatkan warden masa gua sekolah berasrama tak penuh dulu. gua kena denda tidur dekat dalam bilik warden gua sebab rancangan gua untuk meronda malam itu dapat dihidu oleh beberapa kutu tali barut warden. rancangan meronda turut terbatal sebab geng-geng gua tak cukup korum nak bayar tambang teksi sorang singget. terpaksa ditunda kepada hari yang lain. gua tak kisah langsung nak tidur dekat dalam bilik warden gua tu. masalahnya, kenapa ada poster halim othman yang sangat besar dekat sebelah katil tempat tidur gua?? macam mana gua nak gelak kuat-kuat sampai pecah perut kalau warden gua pun ada sama dalam bilik tu?? malam tu gua berjanji pada diri sendiri. sampai je dalam mimpi nanti, gua nak gelak tak ingat dunia. cinabeng. keras urat perut gua tahan gelak semalaman.
notakakiberbulu: cakap banyak pun tak guna. dah, gua nak pergi karoke dengan liliyuli. bai semua...

13 comments:

aloy_paradoks said...

jangan nyanyi lagu stacy.

sharamli said...

halim 0thman hensem ap..

maEL said...

hahahahalim..
bukan takat wang besar halim othman tu woi, macam-macam besar..

lain kali nak link gua biar la macho-macho sikit..adik bongsu brad pitt ke..cilakak..

H.A.N.I.E said...

hoh..halim othman..
rare jgk taste lu nih..
wa kagum ni..

hahaha!!

phish said...

ko tdo bilik warden..warden tdo st katil ke...bahaya siyal warden ko ni..kehkehkehkeh

terrarosa said...

makcik - makcik suka Halim Othman wat menantu tau....

dulu suara dia kat radio, bleh tahan, tapi bila muka dia kuar TV ?
erk !

Kuwe said...

halim othman?

lu memang jenis buang tebiat gini ya?
gua support dari belakang.

alhena said...

ko jatuh centa ngan Halim Othman?Woh!

jo said...

aloy:
yang mana? bergabung dan meletup tu ke?


sharamli:
ambiklah kalo ko mahu..haha..


mael:
apa yang besar tu woi?? macam mana besarnya tu?


hanie:
bukan taste gua ok..tu taste warden gua..merangkap musuh tradisi..

jo said...

phish:
tak..warden gua tidur bilik lain. masalahnya bila gua pandang dinding, mulut gua betul2 dekat pipi belah kiri halim othman.


kak tasik:
biasanya kalau cakap dekat telefon sora sedap muka tak siap. lebih kuranglah tu konsepnya.

tapi...Tuhan maha adil kak..heh!


kuwe:
buang tebiat menda? buang air besarlah..ceh!


alhena:
woooo...jangan.....mintah dijauhkan..

aloy_paradoks said...

tah la,,, gua bukan minat sangat budak budak kecik ni..

Liliyuli said...

karaoke suara tak sampai...hahaha.

warden ko minat tang misai halim kot..wakaka

jo said...

aloy:
takde sifat kebapakkan langsung!


liliyuli:
haha...gua balik praktis la kang...kita repeat semula lagu ella tu..