hari ni mood gua sederhana baik. walaupun gaji bulan lepas punya tak masuk lagi, tapi gua masih boleh menghadapi dunia tanpa ada perasaan nak merusuh. nanti-nantilah. gua tunggu lagi dua tiga hari. kalau tak masuk jugak, gua nak pergi ketuk pintu bilik rais yatim dan tanya apa pasal gaji gua belum di bank in lagi. padahal gua kerja nak dekat separuh mati.
oleh sebab gaji tak masuk lagi, maka terpaksalah gua tangguhkan hasrat nak beli spek hitam berjenama datin-datin untuk melindungi mata gua dari terlampau terdedah dengan sinar UV. ah..itu cerita lain. belum tentu lagi gua nak beli bila dah berdiri dekat depan kedai. biasalah perempuan. hati cepat berubah.
tapi yang hari ni punya cerita kenapa boleh jadi macam ni?
sedang gua syok-syok pandu evocil gua dari tempat kerja pulang ke rumah, tiba-tiba evocil gua kehabisan minyak. demi untuk mengelakkan kereta tersadai tepi jalan sambil dimaki-maki kerana menjadi punca jalan jammed, gua ambil keputusan untuk mengisi minyak jenama petronas. biasalah. orang lelaki ni pantang jumpa gadis yang cantik sikit nak isi minyak. mulalah tunjuk perangai buat-buat rajin dia. bila dah tiba dekat petronas tu, berebut-rebut brader-brader petronas tu nak tolong gua isi minyak ke dalam tangki kereta. jadi untuk tak menunjukkan sikap sombong, gua biarkan saja brader-brader tu buat kerja sementara gua pergi bayar dekat kaunter. masa gua on the way balik ke evocil gua ternampak brader-brader yang ada berhampiran kereta gua tersengih-sengih. penuh makna.
tapi...apasal gua tak jadi nak marah ni? biasa, gua berbulu benar dengan brader-brader yang suka sengih dekat gua tak tentu pasal. muka pun dah terasa panas. blushing kemain lagi. minyak yang gua isi doploh bang terasa begitu lama nak habis tuang ke dalam tangki kereta. kalaulah gua boleh ikut syeikh muzzafar pergi ke angkasa lepas itu jam jugak.....
cilakak! macam mana gua boleh tak perasan beg gua kat seat belakang tu terdedah sangat. tadi masa gua kelam kabut isi baju dekat dalam beg, seksyen pakaian dalam tu gua masuk yang paling last sekali. ye. yang paling atas.
notakakiberbulu: dari mood sederhana, terus gua rasa nak merusuh pejabat rais yatim. bak meh la gaji gua...............huaaaaaaaa........
29 comments:
Lu memang tak bangang.
wuuu....free show..
hahaha~
nak kena lempang?
ish.
tak jadi nak ajak join jadi interviewer.
haha. brader tu pun satu, normal lah tu. kita perempuan. lain lah kalau laki yg ada benda alah tu.
kekekek.. ko mmg lawak la jo. aku tkmo komen apa2. aku nk gelak je.kekekekekkeke
halah. dah beso beso pun nak batak menatangalah tu.
aku tak sengih. aku gelakkan situ situ jugak.
hahhahaa~
saiz apa?
hahaha..lu segan sbb kecik sgt ke besar sgt...hahahahhahaa
pehh..itu time blusher pun malu2 nak jadi kaler merah kann..akibat tewas dgn kemerahan pipi kau!
:P
nabil:
terima kasih sebab anggap gua bijak.
hanie:
benda-benda free ni memang ramai orang suka, kan?
pisey:
haha..jangan la.....(nada manja gila)
farhana:
kan?kan?kan? dah tentu gua gadis..
alhena:
semua yang gelak kat belog ni aku nak cas doplohsen la..gaji tak masuk lagi ni.....adeh.....
macha:
dah tau dah..lu memang busuk hati..
iezat:
rahsia.
phish:
cilakak!gua segan sebab bukan jenama triumph..hahahaha...
jirah:
biasa balik kerja blusher aku mesti dah hilang dah..takkan sampai petang punyalah..
gua tak gelak. tapi kalau alah benda tu jenis yg kain langsir punya kain.
gua gelak sikit.
ha,ha.
jenis sengaja nak tayang tayang..perangai mengalahkan datin..
ceh..brader gersang...gua tengok hari2 tak heran pun..
budak tu baru nak up tu..
wa sidai depan rumah relax je tergantung-gantung.
hahaha~
kuwe:
takkan pakai fabrik kain langsir..kasar weh...tak elok...
mael:
kalau sengaja nak tayang-tayang, gua tak blushing weh...
mrblind:
anak dara punya kot..
liliyuli:
kang brader sebelah rumah lu curi, baru lu kelam kabut. dok tayang lagi dekat umum..
hehe. takpa tak salah.
peh kaler merah ker ?
ke jalur - jalur ?
keh..keh...keh
yobsumo:
sangat positif. terima kasih.
terrarosa:
kau penah skodeng aku ye? mana tahu kaler apa ni?
merah la baru garang..kih..kih...
keh3.
oke2.i syg u lebeyh.
(nada serius)
yg basuh ke x tu?
Tangkal azimat! Haha!
ah cakap je nak merusuh...
pisey:
sayang i?
auww~
sharamli:
ow..basuh..basuh..basuh..
haha....
tyruzia:
oit! oit!
senyap...senyap....heh!
aloy:
cakap je. gaji masyuk dah.
tak jadi la gua nak merusuh.
lain kali nak merusuh ajak la...
ok..
masuk dah nama lu dalam list kawan2 rebel gua..
kakak makmal kompiter?
ya saya....
Post a Comment