Tuesday, December 15, 2009

diskusi ilmiah

setelah mengalami beberapa kali kes-kes serupa ini, gua terpanggil untuk menulis entri berbentuk ilmiah buat julung kalinya di dalam blog gua ni. asik entri suka-suka je. gua sebenarnya bukan tak mahu up entri yang ilmiah-ilmiah sikit. cuma takut 'readers' tak faham apa yang cuba gua sampaikan. gua baca berkali-kali entri tu pun belum tentu gua paham apa yang nak gua sampaikan. tahap ilmiahnya terlampau tinggi. yelah, gua ni sebenarnya kalau tak jadi kakak jaga makmal kompiter, tentu gua dah jadi doktor gigi (rujuk komen dalam entri macha). cuma gua jenis tak betah nak berdepan dengan pesakit-pesakit yang bermulut busuk.
sebenarnya begini. pada satu malam yang kenyang, gua telah pergi ke salah sebuah cawangan petronas yang terletak berdekatan dengan rumah ibu ayah gua. tujuannya untuk menghantar adik gua balik ke asrama untuk menghadapi periksa SPM. gua telah didatangi oleh seorang kakak yang mengendong seorang anak serta seorang lagi anak dipimpin. ceritanya, dia dari pagi mencari jalan nak ke rumah bapak 'suami'nya yang terletak di tempat sekian-sekian. kemudian minyak kereta habis. rumah jauh dekat simpang renggam nu. pung-pang-pung-pang dia cerita dekat gua. gua tanya mana dia punya so called 'suami' tu. tunjuk pun nak tak nak. jadi gua terus jadi konpius. bukan tak mahu tolong. memang gua kesian. tapi sebab gua dah terbau-bau satu penipuan, gua pun terus menipu dengan mengatakan gua takde duit jugak dan berdoa semoga ada insan yang lebih berani menghulurkan bantuan kepada kakak itu.
dan...gua kemudian terfikir. kalaulah kakak tadi tu betul-betul dalam kesusahan, dan gua pulak seperti tak menghiraukan kesusahan orang lain. kejam. tapi bila gua teringat pernah gua bagi duit dekat sorang pakcik tua yang katanya dah 3 hari tak makan dan kemudian gua nampak dia pergi beli arak dengan duit yang gua bagi tu. gua angry. dunia memang penuh dengan penipuan. gua dah banyak dengar kes-kes pukau dari rakan-rakan sebaya mahupun tak sebaya. tapi bila semalam ada sorang makcik yang mintak pinjam talipon gua sebab nak kontek anak beliau untuk memberitahu lokasi beliau berada, gua jadi tak sampai hati. alhamdulillah makcik tu tak menipu. sebagai balasannya, gua berjaya korek rahsia di mana lokasi surau yang dah dekat setengah jam gua tercari-cari. tapi, persoalannya macam mana lain kali gua nak kenal dan bezakan mana satu manusia yang betul-betul dalam kesusahan dan mana satu manusia yang selalu suka ambil kesempatan terhadap manusia yang jujur serta naif seperti gua ni? bincangkan.
notakakiberbulu: dunia sekarang semakin berlaku tidak adil kepada manusia. tapi ketidakadilan tu sendiri manusia yang menciptanya.

29 comments:

♣ haNie ♣ said...

haa..tau xpe..
nk tlg...serba salah..
ntah mn satu btul..mn satu menipu..

member wa dulu hmpir kena..siap suh ikut g perlis..gile btul..

macha_sezs said...

tak sangka pulak gua entry gua tulis mencetuskan idea untuk lu berilmiah.

boleh tahan hebat juga gua ni.

heh~

sharamli said...

dah tu..t0l0ng ke kaka yg bawak anak tu..

tergantung ni..camana nak bincangkan..ha3

FarhanaLicious said...

dah macam soalan karangan bm aje. nak bincang bincang pulak.

phish said...

ilmiah btolll...kalo de subjek ni dlm spm..mesti ak dpt a1

aloy_paradoks said...

lagi2 nak salahkan dunia..

♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ said...

serba salah jdi nyer kan...?

hmm..manusia ni mcm2 ragam....

=}

pgurlz said...

aku pernah kena gaks camtue... kenkadang serba salah kita dibuatnya...

eh japs.. akak tue nak apa kat ngko.. pinjam wet?? suh antar??

alhena said...

yup.. setuju. selalu serba salah. aku rasa ko kena belajar jampi baca dahi org la. baru ko tahu org tu nk menipu or betul2 dalam kesusahan. nanti ko dh belajar tu.. jgn lupa ajar aku pulak ye? :D

maEL said...

kehkehkeh..berhati lembut jugak lu ni..gaya saja macam iron maiden..

jo said...

hanie:
tu la pasal..yang bahayanya kita yang gadis-gadis ni..auww~~


macha:
komen gua yang bagi inspirasi pada gua. takde kena mengena langsung dengan entri lu..

tapi takpe kan gua link kan blog lu?kan?kan?



sharamli:
sudahnya gua tak tolong. gua ada bau-bau penipuan di situ.


farhana:
ilmiah beb..ilmiah..lu kena paham tu!


phish:
ahh....iyelah boleh dapat a1.. blajau malas..

pakcik said...

how is a liar gonna tell the truth?

jo said...

aloy:
gua tak salahkan dunia. gua tak salahkan siapa-siapa. gua cuma kompius..


yanie:
betul. manusia macam-macam ragam. pelik2..


pgurlz a.k.a zam:
macam mana ko bulih sampai sini? datang naik keretakah? hehe..

aku tu nak mintak tolong aku tuang minyak kereta dia. tapi bagi duit. dia isi sendiri.


alhena:
haa...apa kata kau yang blajar jampi dahi orang. kendian kau turunkan dekat aku. aku benda mistik2 ni meremang bulu siku sikit.


mael:
gua memang jenis lemah lembut tau. bukan setakat hati aje. lu je yang taknak terima kenyataan.

jo said...

pakcik:
when he learn to be honest

pisey said...

bila lu taip;
'gua angry'

macam lebih marah bunyinya.

ah.
gua nak try!

paiseh said...

ikhlas weyh.. baru laa pahala2.. tak kire org baik ke jahat~

jo said...

pisey:
try-try..perkataan tu memang untuk semua orang.

err..lu angry dekat sapa weh?


paiseh:
bukan berkira. abis kalau gua yang cun ni kena pukau macam mana? benda-benda tu la yang buat gua takut.

tasekM said...

gua kan jo... kalau gua tgh makan org mintak duit gua tak kasi. tapi gua ajak dia makan sekali. gua bayar tak pe.

mana2 yg tolak tu selalunya duit tu dia nk buat mende2 ntah.



.

jo said...

kang dah makan sama-sama kang gua pulak yang tak mampu bayar kak. maklumla..gaji cukup makan je.. kalau ada rezeki lebih kang gua bagi..

Pyanhabib said...

cadangan: lain kali bawa 2 (dua)henpon. kalau ada orang nak pinjam, kasilah. kalau dia rembat itu henpon, maka ada lagi satu henpon yang selamat, kan? kan? makanya, kita kenal, orang yang rembat henpon tu MEMANG manusia tak jujur! (tih tih tih...)

aloy_paradoks said...

adui... bila nak update ni..

jo said...

pak pyan:
cadangan ditolak mentah2. macam pak pandir. lepas dah rasa taik, baru rasa lega sebab tak terpijak taik. haish~


aloy:
bagi la gua masa sikit..

SUXX said...

dalam juga. susah aku nak phm. ilmiah tahap tinggi.

Kuwe said...

suami tu entah entah wujud ke tidak? anta anta jap lagi kt tempat lain mana lah tau.

tertolong org tak brapa baik. kena pijak kepala pulak nanti.

jo said...

suxx:
kan..kan gua dah kata..
mesti ada punya kutu-kutu yang tak paham. heh!


kuwe:
betul! gua tak tolong pun sebab gua tak nampak pun suami yang dia tunjuk tu. memang nampak fake gila lakonan dia..

iezat n hobbes said...

parti keadilan rakyat tu adil tak?

aloy_paradoks said...

masa? tapi sampai bila?

pisey said...

angry dekat lu la.nak panggil lu kak jo leh tak?

hehehe.

jo said...

iezat:
bunyi dah cukup adil. adil ke tidak gua pun tak berapa pasti?


aloy:
sampai gua betul-betul bersedia...


pisey:
panggil gua angelina jolie terus je la..