Sunday, December 27, 2009

entri terakhir

Makin cepat masa berlalu. lagi dua tiga hari masuklah ke tahun 2010 yang belum menjanjikan apa-apa pada gua. tapi gua dah janji nak menjadikan tahun depan ni sebagai tahun yang lebih baik dari tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya. dan semoga gua dapat pakwe yang menepati ciri-ciri standard piawaian pakwe-pakwe sejati. gua tak risau. tapi ibu ayah gua dah mula bercakap-cakap. biar gua review sikit apa benda dah jadi pada tahun 2009 gua.
1. gua bekerja sebagai pembantu penyelidik. tapi gua rasakan gua punya kerja macam tak membantu langsung penyelidik merangkap bos gua tu. lebih banyak masa gua tidur dari bekerja. sampai sekarang gua rasa seram sejuk nak berdepan dengan ex-bos gua. tapi ada 'benda' tak setel lagi.
2. lagi-lagi pembantu penyelidik. tapi kali ni gua betul-betul jadi kamceng dengan bos gua. gua juga jadi kamceng dengan anak bujang bos gua. amacam stratergi perngoratan gua?
3. gua kehilangan seorang 'kawan' yang sekarang, kalau masih hidup, gua dah naikkan pangkat dia daripada kawan lelaki kepada boyfriend. sehari sebelum harijadi gua dia pergi. tapi gua terkilan gila sebab tak dapat sama-sama hadiri hari pengebumian dia.
4. gua dapat kerja kontrak dengan gomen. gaji sedap-sedap nak hulur kat ibu ayah gua dan buat bayar ptp.tipu. cilakak punya ptp.tipu!
5. gua terkena satu penyakit aneh iaitu gatal-gatal yang boleh membawa gaduh kalau lawak-lawak yang kawan-kawan gua buat tak 'kena'. bila pergi klinik, doktor cakap gua terkena allergik. rupa-rupanya gua tak boleh makan cendawan. sumpah weh! dia punya gatal memang boleh mendatangkan kemurungan beberapa hari.
6. semalam gua bukak kotak zaman-zaman belajar matrik dulu. rupanya gua pernah beli bedak berjenama power puff girl. celaka. tak wangi langsung. entah apa gua fikir masa beli bedak tersebut.
7. gua excited nak ber'party' sampai sanggup beli MC tapi akhirnya gua telah silap perhitungan. apa jadah party 23 Januari 2010 tapi gua datang 23 Disember 2009? tak tahulah gua nak salahkan siapa dalam hal ni. takkan nak salahkan diri sendiri kot?
banyak lagi benda yang jadi. yang gua review tu semua benda-benda yang gua tak bawak naik ke blog. apahal semua benda gua nak cerita? ingat artis je yang nak privasi? sebelum gua menutup tirai 2009 gua, gua memang harap sangat dapat jadi yang lebih baik dari sekarang. bulan 6 karang gua nak pergi panjat gunung tahan. ada siapa-siapa nak ikut?
notakakiberbulu: peha sudah bertemu peha. gua semakin runsing.

24 comments:

Darkk said...

Oh. Erm. Oh. Erm. Hahaha.

Selamat lah!

alhena said...

wish u all da best 4 2010.yang lepas sudah menjadi sejarah :). hidup kena perlu terus melangkah ..

Nabil Fizri said...

Penyakit gatal-gatal!
Auuw..

pisey said...

peha gebu la tu.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

peha bertemu peha sapa?

jo said...

darkk:
aaa....uuuu...aaa...uuuu...
terima kasih lah!


alhena:
if only i could turn back the hands of time. mesti banyak benda yang aku nak oter (alter; dalam bahasa inggerisnya).

tapi apa nak buat. hidup mesti terus..


nabil:
penyakit gatal-gatal tau. bukan gatal.


pisey:
bukan peha sahaja. ehem.


pentoi:
wah...lu ni dah lain macam dah ni...?

maEL said...

peha bertemu peha ayam..

woi bedak macam budak-budak sekolah ampang..

♣ haNie ♣ said...

pehh..bedak power puff girl..
wa pn xde bedak mcm tu..

hahahaaa!

sharamli said...

bedak PPG tu c0mel ke ap?

aloy_paradoks said...

gemuk la tu..

FarhanaLicious said...

haha. gunung tahan, gunung paling ganas. tak berani la aku.

phish said...

lu bkn gatal2 bhai..lu mmg miang laaa...kehkehkeh...

ps;peha bertemu peha br sexyyyyy

tasekM said...

gua ingat gua nk buat review macam lu jugaklah jo!

:)

terrarosa said...

wah perkara no. 2 tu satu permulaan yang baik !

peha bertemu peha ? hahahaaa klasik weh ...
aku pulak , sebab apa kalau tarik nafas , perot dah tak kempis - kempis . Hairan juga aku :P

jo said...

mael:
lu pernah sekolah dekat ampang ke? gua dulu ingat gua macam salah satu watak PPGirl lah agaknya!


hanie:
tapi lu ada bedak sejuk, bedak kompak, bedak itu, bedak ini. gua takde.


sharamli:
entah. waktu beli tu mungkinlah comel.heh!


aloy:
kecik hati gua.

jo said...

farhana:
takpe. kayuh pelan-pelan. mesti boleh sampai punya.


phish:
janji betis masih tak bertemu betis kan? parahlah kalau macam tu.


kak tasik:
silakan, silakan.
tak sabar dah ni nak beri komen.


terrarosa:
anak bujang bos gua dah ada 'orang rumah'. gua terpaksa berputih tulang.

pakcik said...

tahun berganti tahun, lu tetap gua bahan...tak kisah la 2010 ke, 2024 ke, 2100 ke...err,ade lagi ke lu time tu?

aloy_paradoks said...

mana lagi? entry baru?

din said...

wat la entri ari2..borink la..huuhuu

Kuwe said...

kihkih. bedak menatang ape power puff girl. lu sapu kat celah mana?

apa aneh alergik cendawan?

jo said...

pakcik:
lu dengan kutuk tu bukan memang kawan baik? mana pernah gua dengar lu cakap benda yg elok sikit pun..


aloy:
haha...jap lagi gua up la..


din:
bayar gaji..jangan kata hari-hari..5 kali sehari pun ok...


kuwe:
yang bahagian celah2 gua tak sapu bedak la weh...

pisey said...

kawan lelaki yang pergi itu sakit kah atau eksiden?

jo said...

pisey:
sakit pisey..

pisey said...

oh.
sedih..