Monday, November 30, 2009

Sekarang fikir pun gua masih ada rasa nak tergelak lagi

Seronok gila gua punya cuti raya haji itu hari. Dapat pekena sup tulang lembu kurban.Pehh.. kesedapannya sehingga menjilat jari. Baka terbaik dari ladang gua ingat. Tapi gua syak lembu kurban tu baka tempatan sebab muka dia ada iras-iras dengan Jehan Miskin. Warna kulit pun sawo matang. Dia punya daging bukan main empuk lagi. Habis rosak segala rancangan gua nak berdiet. Kena pulak tang ligamen penggantung (kalau tak silap gua ni nama dia masa gua belajar biologi dulu-dulu). Terus pening kepala gua lepas pekena 2-3 trip makan dalam satu malam.

Tambah-tambah gua punya kampung halaman ada kenduri kawin abang sepupu gua. Memang meriah lain macam la malam tu. Lepas kami sekeluarga bertahlil dan memohon keredhaan Ilahi, lagu dangdut terus berkumandang menjemput segala macam hantu-hantu kampung. Atas permintaan ramai, gua turut tampil mendendangkan satu dua buah lagu berirama dangdut dan pop rock. sebabkan gua malas nak taip entri panjang-panjang, gua pendekkan cerita. Selepas menyanyi gua terus bergegas untuk menyelesaikan satu misi iaitu misi memakai inai barang sebatang dua jari. Biasalah, nak tunggu kenduri sendiri entah bila. Jadi gua dan beberapa lagi kutu telah merancang untuk memakai inai berkonsepkan ‘kau pakaikan aku, aku pakaikan kau’ lepas setelkan semua kerja-kerja di dapur.

Mengikut arahan yang terdapat pada kotak inai yang figuranya berbentuk tiub macam colgate, kami perlu menunggu selama sejam selepas sesi berinai untuk mendapatkan warna lebih pekat. Jadi, bagi memenuhi sela masa itu, gua berborak-boraklah dengan kutu-kutu yang terlibat dalam misi tersebut sambil sekali-sekala mengutuk penyanyi karaoke yang menyanyi lagu Rozana dengan slang jawa yang pekat dan pelat huruf ‘R’. Dalam hati gua hanya mampu berdoa agar hujan yang turun nanti tak begitu lebat. Tiba-tiba dunia gua jadi gelap.

Subuh tu, gua dikejutkan dengan suara kakak gua menggigil macam tengah menangis. Rumah atok jadi kecoh dengak orang gelak ketawa. Dengan lalok dan air liur masih bersepai, gua bangun sambil mata sepet tak mahu terkena silau lampu. “Apasal ni?” gua tanya. “kau tengoklah muka kau tu..” adik bongsu gua yang tak pernah belajar nak panggil gua kakak berkata sambil bergelak ketawa. Ikut panas baran, nak aje gua karate. Tapi sebab ikutkan rasa hati nak tahu apa dah jadi dengan muka Angelina Jolie gua, gua bangun menghadap cermin. “kah…kah..kah..kah………” gua terus gelak kaw-kaw punya. Tu la. gatal miang. Dah tahu pakai inai tak nak basuh dulu sebelum tidur. Lepas tu tidur kalau statik je takpelah jugak. Ini sibuk nak garu sana garu sini. Tepuk nyamuk bagai. Amiklah kau peta dunia warna oren dekat muka!

“kah..kah..kah…aku gosok muka along tadi sampai nak putih dah kulit dia…kah..kah..kah..siap ada dekat hidung lagi. Serupa badut!” adik gua yang kuat berpolitik.

“ahhh.....aku tak nak dah pakai inai lagi. Kawin pun tak nak pakai inai jugak…..” kak long gua yang warna kulitnya black-black sweet.

Notakakiberbulu: Petang tu, waktu kenduri, ‘kami’ yang terlibat dengan misi tersebut terpaksa pakai bedak lebih sikit untuk cover ‘sesuatu’.

15 comments:

macha_sezs said...

satu je aku nak cakap.




Padan Muka!

ok.ok. tu dua patah.

aloy_paradoks said...

ada jugak niat nak kawin...

terrarosa said...

bukan main ngko...
siap berdangdut gan pop rock lagi.
jadi,
banyak ke hantu2 kg keluar ?
kehkehkeh...

joegrimjow said...

ku dapat bayangkan cover ape

♣ haNie ♣ said...

lenkali ikat tgn ngan plastik..
hahahahaha!

tyruzia_3186 said...

Peta warna oren tu negara mana?

jo said...

macha:
satu ke dua ni?cuba ckp betul-betul..gua lempang kang...


aloy:
mestila..lu takde ke?


terrarosa:
hahaha...ramai..siap ada hantu yang bagi bunga lagi..tu baru dangdut pakai baju tidur..

jo said...

joegrimjow:
muka serupa tepung gomak dah!


hanie:
ni cubaan pertama.
lagipun dekat kotak tu xde suruh pun...


tyruzia:
macam peta belah amerika latin je..haha..kalau warna putih boleh la kata panaukan....?

alhena said...

kakaka.. kalau inai yg tiub tu.sekejap je.tk payah tunggu lama.

adoii.. la ko jo. mesti comel! :P

maEL said...

jenis tidur bersepah-sepah..
makan, buang air tak payah cerita la..kehkehkeh..

pisey said...

taknak ah kau datang kenduri aku.mesti melepak je bedak kan?
em.oke2.
datang2.

haha.
ceria sikit majlis.

Liliyuli said...

hahaha~ abes muka lu..

wahh! karok ye..yuk karok sepam dua weh...

jo said...

alhena:
comel tu mesti..haha..
tapi nak buat macam mana..yang sekejap tu la yang bulih tertido...


mael:
kenapa nak samakan gua dengan lu yang makan dan buang air bersepah-sepah???


pisey:
gua bedak bersebab..bukan main suka suki nak tepek tebal2..eh, bila mau kawen? haha...


liliyuli:
kalau jumpa lu, gua pastikan inai di muka gua ni dah hilang..baru ada keyakinan sikit nak keluar rumah..

aloy_paradoks said...

ada jugak..

pisey said...

ntah.calon pun tak ada lagi.umur baru 20.siapa nak kat aku?

haha.
belajar pun banyak tahun lagi!