Thursday, August 27, 2009

kisah klasik hari raya

Pernah satu ketika dulu gua beraya dekat rumah atok sedara gua di Batu pahat. Tak berapa jauh dari rumah nenek gua. Gua dengan sedara-sedara ni bila time raya barulah dapat jumpa. Bila dah agak lama tak jumpa sedara-mara ni, mula la gua tak cam rupa bentuk sedara sendiri. Kalau berselisih bahu dekat konsert amy search pun belum tentu gua perasan. Belah atuk sedara gua yang satu ni memang gua suka sangat datang. Bukan setakat sajian juadah hari raya je yang cantik-cantik, sajian cuci mata gua juga menarik-menarik. heh! Sedap mata menengoklah orang kata.

Apabila scene makan-makan tamat, gua menjadi sukarelawati membasuh pinggan mangkuk. Biasala. Bila ada bujang-bujang tu takkan pulak lepas makan gua nak korek gigi pakai lidi pula. Huduh sangat la tu perangai. Gua pun terus saja basuh pinggan secara separa iklas. Sambil basuh-basuh pinggan, gua kontrol-kontrol juga ketiak agar tak terlalu bersepah. Bunyi kelekak-kelekuk pinggan berlaga pun gua kasi seminima mungkin. Bulih kata setiap yang memandang pasti suka. Bila dah penat membasuh, hati gua mula panas dan berbulu. Entah bila masa gua basuh pinggan ni nak habis? Lagi gua basuh, lagi bertambah pulak pinggan kotor ni gua tengokkan. Ini tak boleh jad…

Pung-pang-pung-pang…

Tiba-tiba pinggan yang ada dekat tangan gua jatuh terhempas-pecah-berderai. Dah la yang tengah makan dekat dapur tu semua sedara-sedara bujang gua pulak. Sesi makan mereka tiba-tiba menjadi riuh rendah. Ada yang mulut celupar tu, siap bahasa-bahasakan gua pulak. Gua rasa masa tu jugak gua nak berubah jadi otromen dan terbang ke planet marikh. Ceh!

Notakakiberbulu: semenjak daripada peristiwa tersebut, gua dah tak percayakan cinta.

12 comments:

Liliyuli said...

perghh! notakakiberbulu lu sungguh sayu di dengari..jgn mcm tu wei..huhuhuhu

macha_sezs said...

err...notakakiberbulu tu kesimpulan cerita lu ke?





ke lebih kepada pengajaran?

jo said...

liliyuli:
heh! apasal tak bulih pula...??

macha:
kesimpulan pun tidak pengajaran pun tidak..kira macam pengenalan jugak la...

aloy_paradoks said...

gua pun tak percaya... tapi kehendak batin sukar..

sharip said...

poyos tak percaya cinta konon..

pigidahhhh..

minah jiwanggg~~

jo said...

aloy:
kehendak batin ke?
napsu semua tu...

sharip:
cis....harem....

sang kegelapan said...

biasela tu beb..apepun..gud story!ha!

FdausAmad said...

tgk cara pegang reket pun dah blh bau lu punya jiwa cinta..

jo said...

sang kegelapan:
haha...biasela tu kan kontrol-kontrol...

fdaus:
apa yang lu nak sampaikan sebenarnya?

Schalfyzcha said...

bila baca nota kat bawah tu teringat plak kes member yang dah dah hilang kepercayaan pada kawan baik pasal kes tak dapat biskut idaman.

Tah apa kena mengena entah. :)

Kuwe said...

hahaha.kalo gua ada kt situ pun.gua gelakkan lu jugak lah.
kesimpulan.
nk baso pinggan kena iklas.
pakai niat.

jo said...

schalfyzcha:
weh..apa punya susah da nak eja nama kamu...biskut idaman yang mana satu?

tak pernah baca pon..

kuwe:
ada lagi lu...?gua dah pikir tak dapat sambut beraya dengan lu dah...

mana menghilang??