Friday, July 24, 2009

Kau kerek ye budak gemuk bandar???

Semalam gua sikit punya hangin dekat sorang budak ni. Budak gemuk yang kononnya dari bandar. Kerek kemain. Dengan kondisi kesihatan gua yang tak berapa nak ngam. kena pulak gua batuk-batuk keluar darah, batuk-batuk keluar darah. Cuba la keluar pizza hat ke..bulih gua sedekah dekat orang. sikit je lagi budak gemuk bandar tu gua nak kerat enam belas. Kemudian bawak masuk dalam beg troli yang kebiasaan kita jumpa kat airport tu. Saiz paling besar. Lepas tu gua nak letak timun dengan terung banyak-banyak. Buat ini macam kalu, baru orang syak pembunuh adik Sharlene yang buat. Bukan gua.

Ok. Kita namakan budak gemuk bandar ini sebagai Jehan Misken. Biar sedap-sedap sikit nak mengutuk. Jehan misken masuk ke lab gua semalam, dengan 2 lagi kutu. Kutu-kutu tersebut kita namakan sebagai Aida Aris dan Aris Ariwatan. Diorang bertiga ni kononnya nak siapkan kulit buku majalah sekolah. Awal-awal tu memang gua bertindak sporting. Gua tolong ‘hidupkan’ PC yang bulih diorang pakai. Kemudian suara Ella and the boys gua keluar. Perlahan dan beradab. Tapi kali ni ‘tune’ dia jadi lari sikit. Berat ke suara Mickey mouse. Gua sakit tekak beb.

“Awak pakai PC ni. Ada photoshop. Pandai guna tak?” gua tanya sekadar berbahsa-basi. gua dulu tingkatan 3 tahu mIRC je. Apahal gua nak gugel earth cari rumah Temenggong Jugah Anak Barieng? Tak steady langsung.

“Tau la cikgu. Orang kampung je tak tau guna. Kitorang orang bandar…kih..kih..kih…” balas Jehan misken. Aida aris dan Aris Ariwatan turut gelak. Menyokong fakta Jehan misken barangkali.

Cilakak Jehan misken gemuk! Gua terus tarik muka menyampah.


Bersambung…


Notakakiberbulu: cerita panjang lagi ni…nak tahu apa kesudahan yang terjadi pada Jehan Misken, Aida Aris dan Aris Ariwatan? Adakah mereka dapat keluar lab kompiter gua dengan selamat? Adakah gua hilang pertimbangan lalu bertindak diluar kawalan? Nantikan siri berikutnya.

8 comments:

sharip said...

klu klua dr mulut ko piza,bia mati pom aku xnk weh..
kene samak tu..hahha~~

nuyuljana said...

hahaha.

ko memang pesen anti-artis kew?

:))

jo said...

sharip:
makan la weh...
kang ko bulih jadi badang...jadi kuat.....

nuyuljana:
anti tu tidak la...
tapi ada setengah tu buat aku meluat..heh!

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

fewitt...lama tarak jenguk lu...

jo said...

pentoi:
jangan piwit..piwit gua...
nanti hati gua berdebar...
haha..

joegrimjow said...

haha
kan jehan saman baru tau

Liliyuli said...

lu cikgu eh? berlagak sungguh la budak gemuk bandar tu..lu pijak je kaki dia weh..hahaha

jo said...

joegrimjow:
hah?saman?!!
ade ke? bulih saman ke??
cilakak punya jehan misken nak saman gua....

liliyuli:
gua bukan cikgu weh...gua kakak jaga kompiter..