Wednesday, July 15, 2009

Budak-budak zaman sekarang.....

Banyak betul perkara sedih yang berlaku dalam hidup gua minggu lepas. contonya, gua terpaksa berulang-alik dari rumah orang tua gua ke tempat kerja. jarak yang jauh menyebabkan gua terpaksa memilih untuk menggunakan perkhidmatan lebuhraya. itu pun tetiap hari gua terpaksa up-date minyak dekat stesen minyak berjenama. kereta injin besar ni gua rasa macam nak bagi penampar saja. tak respek langsung dengan masalah ekonomi semasa gua. masa ni, gua amat rindukan evocil gua jauh di serdang nu. ada sekali tu, masa nak tuang minyak, air mata gua cenderung nak tertumpah. nasib baik gua tabahkan hati. gua pernah jugak terpikir nak jumpa pemilik stesen minyak tersebut. dengar cerita kacak juga orangnya. gua bukan nak ngorat weh. gua nak mintak tawar harga. mana yang bulih guna kecantikan untuk sesi tawar-menawar tu, gua akan aplikasikan sepenuhnya. jarang-jarang je lelaki tak tumpas ke tangan gua.
Dekat sekolah pun sama. budak-budak macam setan. nasib baik gua bukan cikgu. gua kakak jaga makmal kompiter. takde la gua tertekan sangat. jaga kompiter ni lagi mudah dari nak jaga anak orang. ada 1 kes gua jumpa, entah kelas apa gua tak tahu. kunci pintu kelas sebab tak nak bagi cikgu masuk mengajar. apa neraka itu?? gua dulu pun bukan murid feveret cikgu-cikgu. sekadar curi 'pas keluar kelas' cikgu. tapi, bab-bab nak kunci kelas tak bagi cikgu masuk tu memang gua rasa agak melampau. gua dengar-dengar zaman sekarang, ramai makbapak bekap anak-anak diorang. sanggup serang cikgu sebab tibai anak diorang. padahal anak-anak diorang perangai tak semenggah. kalau budak-budak tu ekselen dalam pelajaran lain la jugak.

Tapi gua tak cakap semua macam tu. ada kes-kes terpencil, baik budak-budaknya. dengar kata dan bersopan. teringat gua masa zaman gua sekolah dulu. satu hari, ada satu kakak jaga lab kompiter ni. girang betul balik dari kantin sekolah. maklum la. baru lepas isi tangki kosong. tak perasan ke ada cili dekat gigi? dalam kepala dia, nak sampai cepat dekat makmal dan lelap barang 10 minit. berjalan dengan hati girang kerana perut sudah kenyang. entah macam mana bulih tersadung kaki dan tersungkur.
ok.
dia pandang kiri. kanan. line macam clear. cantik sangatlah xde orang nampak. tapi tiba-tiba ada suara budak belum akil baligh tegur.
"cikgu, cikgu tak apa-apa ke?"
entah kenapa kakak jaga lab kompiter tu terus jalan terbongkok-bongkok, pegang perut dan buat-buat pening kepala.
"gua dan persekitaran kerja masih belum ngam lagi..."
gua yang dah masuk minggu kedua bekerja.

10 comments:

Aloy Paradoks said...

apa nak dimalukan..

CoretanCikCt said...

cian ko..huhu..xpe2..evocil kesayangan dah pulang ke pangkuan ko kan...

jo said...

aloy:
ni melibatkan maruah gua sebagai kakak jaga makmal kompiter ni weh..

siti:
haha...itu la..dia nak bermanja dengan tuan dia...

FdausAmad said...

lu nk komen rasa bersalah..gua yang amek masa 8 jam bukak kamus nk kira mcm mana weii

jo said...

Fdaus:
yang lu gatal2 up entri bahasa omputih tu buat apa?
hambik!!!

paiseh said...

stry susun radas ikut feng shui sket.. mana tau ong mari..

dazzles stars said...
This comment has been removed by the author.
jo said...

paiseh:
gua tak main alat radas...
gua pegang kibod dengan tetikus je...mn nak datang feng shuinya...

Schamastura said...

wes...
windu kat evocil ko..
berjasa beso kat aku..
hhaaha~~

jo said...

sharip:
lajukan evocil??