Wednesday, June 17, 2009

peluang pekerjaan

Sebelum gua menjawat semula jawatan sebagai kutu, gua serta osmate gua telah merancang pelbagai agenda andaikata sebelum bulan julai ni takde sebarang tawaran bekerja dari mana-mana kompeni. Kami telah memilih menceburi pelbagai prospek kerjaya dari bidang keushawanan hinggalah ke bidang peragaan. Berikut adalah antara agenda-agenda yang telah disenarai hitamkan. Gua harap masyarakat dapat memberikan pandangan tentang rancangan kami ini, dan mencadangkan apa-apa yang patut. Gua akan pertimbangkan.

1. Menjalankan perniagaan popia di pasar malam. Disyaki perniagaan ini ‘boleh laku’ juga. Lokasi perniagaan adalah di pasar malam sri serdang, sebelah kedai menjual karipap. Biar tumbuh persaingan sihat di situ. Tapi setelah gua membuat congak ringkas, didapati projek ini bakal tiada untung. Meniaga sebelah gerai kegemaran, lu ingat nafsu tak bergelodak ke? Entah-entah singgit orang beli popia, singgit tu gua buat beli karipap.

2. Perniagaan menjual eskrim Messia. Jenis-jenisnya seperti eskrim asam boi, milo, jagung dan kacang merah. Perniagaan ini agak berisiko tinggi. Takut tak sempat meniaga, eskrim habis dalam rumah saja. Budak-budak rumah takde disiplin.

3. Meminta sedekah. Yang ni gua kurang setuju. Sarah yang bagi cadangan. Tapi gua tengok sekarang, peminta sedekah pun bulih pakai Waja. Macam celaka. Hari ini minta sedekah di Gombak, esok ke Dengkil pula. Gaji kira ikut hari. Sebulan bulih dapat riban² juga kalu aim RM60/hari. Tapi terpaksa bersaing dengan golongan kurang upaya. Nak daftar dekat jabatan kebajikan masyarakat lagi. Banyak urusan. Leceh! Memang tak boleh pergi jauh.

4. Jadi model iklan ‘sebelum’. Gua tanya sama Sarah “habis kalu model iklan ‘selepas’ tu lagi huduh, bukan ke rugi syarikat kecantikan tersebut?” Sarah terdiam sambil pintal-pintal hujung baju tanda setuju.

5. Jadi pelakon. Biasa kalau jadi model, pakej sekali dengan berlakon. Tapi bila tengok Jehan miskin, gua terus jadi malas nak berlakon. Malas nak kacau periuk nasi beliau. Berlakon tak seberapa, emosi je lebih. Nak aje gua baling dengan tukul besi.
6. Gua rasa yang ni paling terbaik setakat ini. Balik kampong, tanam jagung. Apa macam masyarakat?

Notakakiberbulu: gua bakal ke Jepun 3 hari 2 malam. ada sapa-sapa nak kirim salam pada otromen?

9 comments:

Schamastura said...

wes..
aku rase ko seswai jdi pengemis kot..
cam ble kaye jek..
hahahaaha..
g yong belar ke weh?

jo said...

sharip:
macam setan...
itu bukan cadangan aku..
pegi..pegi...
tuntutan napsu...

mrblind said...

jadi pengemis la..potong kaki sebelah ke, baru real..

macha_sezs said...

no5 tu gua setuju.

belakon macam haram. suara pun nak tak nak keluar. adik gua ntah apa2 minat mangkok sekor tuh.

paiseh said...

tak keje pun bulih gi jepon.. nak kira mcmana ni??

Liliyuli said...

ko nak g jepun? tanam jagung lagi bagus..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

perompak je...tak pun pembunuh upahan...baru brutal...

Aloy Paradoks said...

tanak atoromen bukan islam....

jo said...

mrblind:
tu yang gua tak mahu tu...lu ingat potong kaki macam potong bulu ke?bulih tumbuh balik??

macha:
lu tampau adik lu tu...

paiseh:
sapa member lu yang kaya tu? tak mahu perkenalkan kat gua ke?

liliyuli:
lu jangan jeles..kerja je dekat johor tu elok-elok..

pentoi:
woi...lu tak sekolah agama ke?

aloy:
gua pernah jumpa otromen jawa dengan otromen melaka...mmg agama islam beb...