Tuesday, June 16, 2009

manusia...normallah kalau buat silap

malam tadi gua dan beberapa kutu telah menjalankan satu aktiviti riadah. sukan badminton namanya. sebenarnya gua penat. petang tu gua dah berjogging punya la jauh. dari Serdang membawa ke Cameron highland. kemudian sampai ke Golok. lepas minum teh o' ais segelas, gua pecut menghala ke selatan Thailand. di selatan Thailand gua bertemu dengan jehan miskin. gua lempang dia sedas sebab berlakon macam haram gua terus lari ke negara China. gua aim tembok besar china. gua kemudiannya membuat keputusan untuk pulang ke rumah melalui jalan air. Laut China selatan gua renangi. sampai di Melaka gua beli tiket bas balik Serdang. malam tu gua terus ke acara bermain badminton.

Pulang dari main badminton, kami singgah di maulana anjing (entah siapa yang beri gelaran pun gua tak tahu). Gua order char kuey teow dekat gerai berhampiran. pung-pang-pung-pang pukul doblas kami beransur pulang. masa ni gerai char kuey teow pun dah siap-siap nak kemas. gua syak abang char kuey teow nak pergi kelabing. gila awal tutup perniagaan. gua pun terus aje nak bayar pesanan gua tadi.

"bla...bla...bla..." kata abang char kuey teow.

butir-butirnya memang tak berapa nak jelas. gua syak dia nak mintak no. talipon gua.

"cis...pantang nampak gadis cun, nak mengorat saja!" kata gua dalam hati.

gua pun terus letak duit RM3.50 dan terus belah dengan perasaan menjengkelkan.

selangkah.
dua langkah..
tiga langkah...
empat langkah....
gua masuk ke dalam evocil.

"cilaka..cilaka..cilaka!!! ruginya aku. rupa-rupanya brader tuh cakap, "tak payah bayar la...aku belanja hang"...apasal tiba-tiba otak aku ni lambat memproses data? sembap!!" rasa macam nak patah balik je amik RM3.50 tadi. bukan berkira beb. maruah lu tahu..maruah? dah cun-cun, kurang pendengaran pula...

notakakiberbulu:
sekarang gua nak buat teka-teki. sembap dalam bahasa inggeris apa?

13 comments:

mrblind said...

kuat betul merepek..

macha_sezs said...

heh. lu elok jadi bini no2 blind la.

kemain pungpang2 nye.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

la....dah la sembab...pokak plak tu....spoil....spoil....hahahaha..

Liliyuli said...

perenggan pertama merepek sakan ko..
merepek lagi..kan dah malu sendiri..hahahaha

jo said...

mrblind:
alah...lu pun sama...

macha:
cis..bagi cadangan lain..tolong?

pentoi:
tapi gua rasa gua cun...warghhhhahaha...

liliyuli:
itu la...terkalar maruah gua...

Basuh Baju said...

nama pun manusia..

kalau tuhan, memanglah perfect kan? :)

jo said...

basuh baju:
betul tu...nama pun manusia...
pemalu pulak tu..kan??

Schamastura said...

wes..
ngaku jela ko tu pekak..
ngate kat aku je lebey...
sbnrnye aku berjangkot ngn kowang tau..
kowg tu termsk ko ngan pda..
hahahaah~~

Tok Rimau said...

sembap tu dah dlm BI. BM dia yang kita tak tau.

Aloy Paradoks said...

lu jgn nak tipu la pegi Selatan Thai.. member gua budak sana pun tak berani nak balik.

Dila said...

aku peminat jehan meskan..berani ko tampar beliyau....



hehhee

alif-mikail said...

sesuai sangat dengan encek deraman! hahaa

jo said...

sharip:
berjangkot itu sejinis makanankah?
sedap??

tok rimau:
penguasaan BM gua tak berapa baik tok.

aloy:
gua tumpang jogging je la....

dila:
abis dah beliau berlakon macam itu. takkan aku nak terima bodoh-bodoh saja?

alif:
kang ade kang yang gaduh dengan bini. lu jangan suka-suki timbulkan gosip.