Monday, May 18, 2009

Pernahkah anda terlupa tutup sesuatu?

Pernah sekali tu, zaman gua belajar-belajar dulu. Gua ada join satu aktiviti anjuran penganjur. Aktiviti yang memperkenalkan gua kepada kancah aktiviti luarpintu dan menjadikan gua yang sekarang seorang yang cintakan alam. Sebab gua dah takda sapa-sapa yang patut gua cintai selain Allah, ibu dan ayah gua, keluarga gua, cikgu-cikgu gua, kawan-kawan gua, kereta gua...(alah...ramai pulak yang gua kena cinta. gua pikir tak ramai tadi). Tapi memang true, gua cinta sama alam. Bila dah cinta, gua kena teroka. Bila dah teroka, gua kena nikmati.

Bila dah masuk hutan, yang paling gua suka sekali dapat tarik nafas dalam-dalam. Kendian ada bau-bau pokok. Dekat hutan batu, gua nak tarik nafas pun jadi tak menentu. Kadang-kadang tu, gua sampai tutup hidung nak tahan bau. Tapi kalau lori majlis daerah lalu...gua tak pernah lagi buat macam tu. Tutup hidung segala. Gua kesian tengok diorang angkat sampah satu-satu. Tapi apasal diorang taknak angkat sampah depan rumah gua pun gua tak tahu.

Gua sebenarnya pergi berakit. Berakit ni dia punya seronok memang terbaik. Seronok yang kadang-kala membawa kepada lupa diri. Lupa diri yang kadang-kala boleh mendatangkan malu pada diri sendiri. Cerita ni sebagai pengajaran saja. Kalau lu orang nak ikut, gua dah kira berjaya meyampaikan pengajaran. Nasihat gua pada semua, sebelum keluar rumah atau keluar dari mana-mana, pastikan semua dalam keadaan yang tertutup untuk mengelakkan pembaziran. Lampu, kipas, peti ais, tingkap, tibi, suis, pintu, pagar, pintu kereta dan juga zip seluar.


lalalala......

6 comments:

tyruzia_3186 said...

Oh..
Kisah tragedi lupa tutup yg itu..
Ko x takut ke kalo TAB.. baca?
Kontrovesi woo!!

jo said...

tyruzia:
ala...
kisah silam..patut dimaafkan...
haha..

Liliyuli said...

pernah! tapi wa relax je coz baju wa labuh beb..hahaha

jo said...

liliyuli:
hua..hua..hua...
mana tahu ade org nampak..tapi saje2 je dorg xnak berterus terang dgn lu..haha..

Schamastura said...

wes..
hahahahaha..
cam shial jek kes tu..
malu shiottt..
aku dok lam bas same ngan ko pom tempias malunye..
hahahaa~~~

jo said...

tu ko yang duduk dlm bas...
belum kira aku yg menjadi subjeknya..mmg macam haram weh die punya rasa...