Wednesday, May 27, 2009

Gejala sosial: Lari dari rumah

Sekali gua teringat zaman kecik gua dulu, tersengih sorang-sorang gua dekat dalam opis ni. gua memang jenis yang liat nak mengaji quran. tapi sebabkan bapa gua jenis misai tebal dan garang, gua secara automatis menjadi berdisiplin dekat rumah. lu bayangkan la tiap kali mengaji je dia pegang rotan yang nipis tu. kena kat badan kalu, buleh birat. jadi kalau waktu maghrib tu, toksah mimpi la nak layan power rangers. nasib baik buleh rekod pakai video tape. yang tv tu pun bengap. nak tayang power rangers pun waktu maghrib. unsur-unsur ganas dalam diri gua semua adaptasi daripada WWF (sekarang WWE). sebab tu dulu, kalau main-main gua jarang membuat transformasi. semua gua pakai stunner atau ddt atau chuck slam saja (kaedah wrestling). ganas-ganas juga, bila depan bapa gua kucar-kacir juga perasaan gua. tak berani gua nak pandang siling atau dinding. gua pandang lantai rumah saja.

Entah macam mana, satu hari tu gua macam kerasukan. waktu mengaji tu gua tak dapat tumpukan perhatian. pikiran gua asik teringatkan eskrim paddle pop yang ibu gua baru beli. padahal gua sedang mengaji. kakak gua yang dah lepas giliran mengaji sibuk menyorok balik dinding sambil jilat-jilat eskrim. cilakak! saja nak bikin hati gua bercelaru. akibatnya, gua tak dapat nak menghabiskan ayat quran dengan betul. bapa gua di depan dah mula main pukul pakai rotan je. yang gua pula dah tersedu-sedu. bila dah tersedu, gua sebut semua jadi merapu.

Kali ni gua betul-betul jadi bengang. gua mengamuk sakan. apahal dari tadi gua baca salah je? padahal gua rasa macam betul je gua punya bacaan. entah macam mana gua terus marah bapa gua. gua lari masuk bilik, gua peking-peking barang, gua tekad nak lari dari rumah. gua tensen. asik kena rotan je. masa tu eskim paddle pop pun gua dah tak ingat. gua siap peking baju sekolah lagi sebab esok macam mana gua nak pergi sekolah pakai baju tidur. gua keluar rumah, bapa gua buat tak tahu saja. beliau turut tak bagi ibu gua pujuk gua.

Pekat malam pun gua dah tak hirau. dalam kepala gua, "lari dari rumah..lari dari rumah...". dengan sedu-sedan, gua jalan sorang-sorang mengharungi malam. gua ingat malam tu gua nak lepak tidur dekat kedai runcit depan rumah gua. esok pagi boleh gua beli singgam bawak pergi sekolah. tapi baru je gua melepasi jambatan yang 20-30 meter dari rumah gua, gua dengar bunyi guruh. cepat-cepat gua lari. laju gila. tak jejak tanah. sekali gua angkat muka, gua tengok depan muka pintu rumah, kakak gua tengah ketawa terbahak-bahak. cis....

notakakiberbulu: gua terus bukak esbox. cari eskrim paddle pop. makan dalam bilik dengan saki-baki sedu-sedan.

10 comments:

paiseh said...

dah abis rebel la tu...? hahaaahaha...!!

Pyanhabib said...

kih kih kih!
(gua tumpang ketawa sini, ok!)

jo said...

paiseh: haha..gua memang jenis berani mati kan??

pak pyan: buleh..buleh...gua tak kenakan bayaran pun...

aloy_paradoks said...

hahahahahha,,, lu mmg degil la ni... kecik kecik dah pandai nak lari rumah. gua agak ni mesti pengaruh tivi.

jo said...

aloy: budak2 lagi ni...gua pun tak pasti gua ikut pengaruh sapa...

macha_sezs said...

hahaha
rebel lu tahap tinggi bro!

hahaha

jo said...

macha: tapi gua paling ngam ngan bapa gua tau....

Basuh Baju said...

gila dasat..haha

lari jgn tak lari..pastu balik umah makan jap..haha

jo said...

hehehe...
tu dah kira melanggar etika lari dari rumah tu.....

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室