Wednesday, July 25, 2012

Selamat Berpuasa!

Wahh!! Lama gila rasa tak menulis. Sejak gua tukar kerja dari Putrajaya ke bandar bersejarah Najib Tun Razak, Pekan ni rasanya.  Dari duduk di bangunan tingkat 13, berekon, mempunyai kerusi berpusing-pusing dan ada chance bersalam dengan menteri-menteri kepada duduk dikawasan panas terik, ekon jugak kadang-kadang dan ada chance digilai mat indon, mat bangla dan abang bawak lori pasir. satu perubahan persekitaran yang agak drastik dan YES! gua masih hidup sampai hari ini. Masih cun melecun. Syukur alhamdulillah. Tapi cuma ada sikit 'ireng' la dari dulu.

Rasanya belum lambat lagi gua nak ucapkan 'Selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat berpuasa' kepada semua. Syok gila hari puasa pertama gua dapat balik kampung bersahur dan berbuka dengan family. tahun ni kami sambut Ramadhan dengan penambahan 2 orang ahli baru iaitu abang ipar dan adik ipar gua.

Ini kalu dah ada 2 bini orang dekat rumah, bangun bersahur nanti tentulah gua akan dikejutkan dengan akak dan adik gua sedang tunggang langgang memasak nasik dan lauk di dapur. Tapi bila sedar-sedar saja dari bangun nampaknya ibu sedang sorang-sorang terkontang-kanting dan belum ada nampak bayang mana-mana kutu pun. Ye, gua lah orang pertama selepas ibu gua dan secara automatiknya gua boleh la berlagak sikit-sikit.

"...Ibu, yang dah jadi bini-bini orang tu tak reti-reti lagi ke nak bangun?" kata gua sambil mengacau-ngacau lauk yang dah siap masak dalam kuali.

3 comments:

tasekM said...

belagak siot....

hehe.

selamat berpuasa beb.



.

lydia said...

Entah-entah, yang bini-bini tu mengandung kot! tak boleh ke dapur...wakakakakaka


Insya Allah, kalau ada jodoh, jumpa kita di Pekan ye.. =)

Alip~Ya~Alip said...

Laaa...abeh mcm tu je sekuq?
hahahaha...Ingt kan gua je yg
mengalami kejadian demikian. Lu pun??
hahahaha...lets gelak bersama-sama.