Tuesday, January 10, 2012

Tahun Baru yang Baru

Terkebil-kebil bijik mata gua memandang siling rumah. Perit jugak mata menahan sebak bila gua flash back 2011. Banyak sangat benda yang buat gua rasa mula nak putus asa. Kadang-kadang gua termenung semasa gua lepak sorang dalam jamban, semasa gua menaiki bas pergi kerja, semasa gua memesan ayam mekdi, semasa gua menaiki gunung dan banyak lagi semasa dan gua rasa nak kompelin. tapi sebenarnya, tak tahu gua nak kompelin ke siapa. lantas gua teringatkan nasihat ibu gua. masa itu ada sikit hal yang berlaku dalam keluarga. dah hidup bersama dekat 30 tahun, mesti la ada lidah yang tergigit (ouch!) dan hati yang terguris antara orang tua gua. gua tahu masa tu ibu gua tengah sedih. tapi tidak la gua tahu sedih pasal apa. itu yang spesialnya orang tua gua. kalau salah paham, anak-anak sikit pun tak dapat detect pasal apa.






jadi, semasa gua meneman ibu gua sidai kain baju, tiba-tiba ibu cakap, "hidup ni, jangan asyik nak mengeluh saja. bersyukur dengan apa yang kita dapat sebab memang itu bahagian kita." sebagai individu yang sedang buang kemucup di kaki seluar, gua mengiyakan saja kata ibu gua. rupa-rupanya sampai ke hari ini nasihat ibu masih gua ingat.






oleh itu, pada setiap tahun apabila apa yang gua hajatkan tak tercapai gua tidaklah berapa kecewa. dan kehidupan gua sebenarnya tidaklah menampakkan ciri-ciri maju setapak kehadapan. nak kata gua tak serius, gua dah cukup serius. adakah mindset gua untuk tidak mengeluh dan menerima seadanya tu salah sebenarnya? gua bukan tak bersyukur, tapi cuma mahu satu cara untuk menstabilkan keadaan.






cari pekerjaan tetap misalnya?


notakakiberbulu : hnnnsssss...hnnnsssss.....(tahan napas supaya tiada bunyi mengeluh)

5 comments:

Wadi AR said...

teruskan usaha lu

sharamli said...

J0..balik la keja sini j0. Rindu nak teng0k pakai baju kurung pink lagik. Nampak ayu sangat..ha3

ardzmarn said...

...

ardzmarn said...

go with the flow le nie kiranya.. tapi capai le pape yang patut sambil sambil flow tu.. jangan flow saje..

Pakcik said...

Gua setuju betol ngan komen brader kat atas ni..