Wednesday, August 3, 2011

Pengalaman saya memanaskan sambal udang pada 3 ramadhan

Pagi bulan Ramadhan tu, gua datang ke opis bukan main awal lagi. Maklum je la, bila dah pergi opis menaiki bas ni kena la gua ikut timing bas. Tak manis pulak rasanya kalau nak mintak bas yang ikut timing gua pergi kerja. Kalau pakai kain skirt dan baju t-shirt sendat bertulis ‘Apa tengok-tengok?’ di bahagian dada dan ‘Kalau nak, cakaplah!’ di bahagian belakang pun belum tentu abang bas setuju nak tunggu gua dekat bawah rumah tetiap pagi. Lagipun jalan nak masuk ke rumah gua bukanlah besar sangat. Kereta pulak parking bersimpang-siur, faham-fahamlah tinggal dekat rumah flat. Mana pulak bas nak menunggu karang sebab gua ni kalau pagi-pagi mesti ‘ada hal’.

Sesampai dekat opis, gua teringat perihal sambal udang yang gua bekal dari rumah kemarin. Semalam masa nak balik, dek kerana terlalu sibuk nak mengikut orang ke bazar ramadhan, gua terlupa nak bawak balik bekas-bekas makanan tu. Sambal udang tu memang gua stenbai untuk makan masa malam, saing-saing orang berbuka puasa. Mana syok makan sorang-sorang dekat opis. Sampai di opis, gua terus meluru ke arah sambal udang kemarin. Gua cek mana yang patut.

“Peh..elok lagi ni. Kang panaskan sikit, boleh la aku makan bersama-sama roti kaya tengahari nanti..” bisik gua dalam hati. Inilah istimewa jadi orang perempuan. Tapi time nak ganti, bukan main liat lagi.

Gua terus masukkan sambal udang ke dalam microwave. Gua letak dekat 10 minit dan tunggu. Sesekali bau sambal udang gua terhidu dan gua senyum sikit-sikit bila mengenangkan waktu bulan Ramadhan, ada bau sambal udang. Tiba-tiba gua terasa meremang bulu betis bila teringat cerita-cerita ‘angker’ bilik pantry opis ni. Ada ustaz bagitau, tak semua hantu kena ikat. Hantu yang otai-otai biasanya dapat lepaskan diri. Gua pun berlari-lari anak pergi ke tempat yang ramai orang sikit.

Tiba-tiba semua orang terbatuk-batuk. Samalah dengan gua. Terbatuk tak memasal. Entah kenapa bau hangit secara tiba-tiba. Terbatuk? Bau hangit?

“Uihh..kenapa bau orang masak ni?” bos misai yang baru masuk ke opis sapa dengan suara menaik sedikit. Gua buat muka tak tahu. “A’ah la..kuat betul bau. Bau apa ni?” gua tanya semula dekat bos misai dan buat-buat pergi pantry. Gua bukak pintu microwave dan mendapati sambal udang yang gua panaskan dah merentung bersama bekas-bekasnya sekali. Dekat luar, orang masih terbatuk-batuk menghidu bau sambal udang hangit. Dan saat menulis entri ini, gua tertelan-telan air liur membayangkan sambal udang.

“Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut..” kata gua sambil menghalakan jari telunjuk dan muka serius ke arah member opis yang menjadi saksi kejadian tersebut.


Notakakiberbulu: Lu orang ingat ini pengalaman gua ramadhan zaman bila??

9 comments:

tasekM said...

tahun ni gamaknya nih...

jo...
jo...

:p



.

alhena said...

kakakak... aku pun ckp thn ni jugak.*sambil gelak guling2*

sharamli said...

j0..s0k0ng k0men di atas..ha3

--k e c h i k-- said...

tahun nie... klu 2 tahun lepas..ko ber JEP g kerja..

ardzmarn said...

"Dan saat menulis entri ini, gua tertelan-telan air liur membayangkan sambal udang."

gua syak ini lu punya pengalaman ramadhan zaman sekarang..

pakcik said...

gila la, gi panaskan makanan kat opis...gi la tumpang oven kedai makan cina, baru orang tak syak...

jo said...

adzman:

peh...terkena gua di situ!! hahhahahaha....

d_yanz said...

ni mesti tak check tupperware to microwave safe ke tidak. kesian microwave opis tuh. hehe

SUXX said...

makhruh ni aku baca sambal udang