Saturday, April 2, 2011

sekali gua terkena

susah betul nak dapat masa update belog sekarang. bukannya gua bizi sangat pun. tapi, atas faktor kehidupan yang serba biasa, menjadikan gua bertambah malas untuk menaip. lainlah kalau gua ada di serang badak berbulu kucing atau bermimpi menunggang kuda laut. tentu pagi esok kelam kabut gua nak up story dekat dalam belog. tambah-tambah sekarang gua sedang dalam dilema. tapi apa yang di dilemakan pun gua sendiri tak pasti. perkataan dilema tu sendiri pun gua tak pasti kena atau tak dengan situasi gua sekarang ni.

mungkin juga atas peningkatan faktor usia kot. ahhh..yang sebenarnya gua takde kerja tetap. rasa macam sampah pulak degree yang ada tu. tapi kejap je gua rasa macam tu. bila dengar suara brad pit malaysia cakap, takpe. bersabar. karang ada la rezeki tu. peh. terus bersalju rasa hati gua. biasa la. time-time emosi bergolak macam ni, memang ngam bila ada pembakar semangat untuk terus hidup. cewah. Cewah punya buku gua beli belum dapat respon lagi. cis. duit dah ben in dah. nak kena brader pipiyapong ni.

bila fikiran selalu terganggu, cakap yang fakta pun selalu jadi auta. contohnya semalam. masa keluar makan malam, gua borak-borak dengan brad pit malaysia. kebetulan masa tu tivi dekat kedai tengah tayang bola malaysia. liga super. brad pit malaysia cakap dia tak suka bola malaysia. biasalah. nama pun dah brad pit. jadi, gua sebagai rakyat malaysia yang sejati terus membebel. gua cakap walaupun tak suka, perkembangan semasa dekat malaysia ni kena la ambik tahu. dari harga ayam goreng seketul kepada harga minyak kereta seliter. dari berita video politik kepada berita sukan semasa. pot-pet-pot-pet gua bebel. kemudian gua tengok tivi semula. "ni pasukan selangor dengan pahang ni tengah main..." gua petik lagi.

"eh, tu bukan jersi kelantan ke? dengan perak la dia lawan. tak caya pergi tengok dekat-dekat..." sound brad pit lagi. masa tu muka gua dah terasa kelat. air liur terasa payau bukan main. gua kecilkan anak mata hitam gua memandang kaca tivi. errrrrrr........ kes-kes malu yang macam ni la yang gua tak berapa berkenan. terus gua sedut air baki satu napas dan cakap, "jom la balik." tiba-tiba rasa tak sedap badan pulak. aishhh...


notakakiberbulu: sekarang gua dekat cc. pertama kali update belog dekat cc. rasa tak selesa sungguh. betul la cakap mimie candy, kalau takde internet di rumah, jangan ada hati nak berhobikan melayari internet. hahaha!

8 comments:

sharamli said...

baru ngumpat tadi dengan akak gigiguli..terus apdet bel0g minah ni..
ha3

racYnc said...

hehehe

oranglidi said...

ingatkan bradpit tu pipiyapong.

apdet dkat sisi memang kerja paling aku benci. lagi2 kalu ade - budak bangang maen game takreti hormat orang.

tasekM said...

manjat gunung sempat tak jo...?




.

FarhanaLicious said...

update kat cc, tak datang feel nak update blog nya.

jo said...

sha: patut la aku tersedak-sedak. korang hang out ke?

racync: ape gelak-gelak?

orang lidi: eh...bukan..bukan..bukan..ni kes salah orang la ni..ish..ish...

kak tasek: aishh...macam tak paham je. malu la nak jawap pertanyaan ni.


fana: kan? gua rasa macam nak sekeh je kepala orang yang dok lalu lalang ni..adoiii..

K2r~90 said...

ah ah guwa x suke gak update entry kt cc..

guwa pon rase usie makin meningkat neh malehnye nak menaip ..

i'msosupernotcool said...

gile jauh jersi selangor dengan kelantan.
perak dengan pahang tu ade jugak la sikit.
haha