Tuesday, April 12, 2011

gua, tabligh dan evocil

dulu, gua cepat betul naik angin bila terserempak dengan mana-mana pemandu kereta yang membuat kesalahan jalan raya yang tak patut dekat atas jalan raya. tak rock langsung. lebih-lebih lagi kalau terserempak pada waktu gua nak cepat sampai ke destinasi atas urusan tertentu. nak terberak misalnya. ataupun dah terlambat betul dengan masa temu janji gua dengan siapa-siapa. oleh kerana waktu itu gua memandu evocil (hybrid evo 10 dan kancil), maka bolehlah gua sombong sikit sebab evocil ni dia special sikit. dia boleh pergi lebih laju dari kereta-kereta kancil biasa. dekat simpang empat, jalan mati, jalan sehala, jalan dua hala, lebuhraya, selekoh tajam, kawasan lembu melintas, semua gua tekan sampai 110 km/j. kalau tekan lebih sikit, dia meradang. mulalah nak kasi bunyi kreekkkekkekkek. sekarang gua dah tinggalkan evocil jauh dikampung. nak merayap pun pinjam-pinjam kereta kakak gua. itu pun kalau nak pergi jauh sikit, kena naik kereta dengan kutu-kutu yang ada kereta. walaupun kutu, tapi mereka ada kereta. Gua takde.


evocil ni semakin hari gua semakin rindu sama dia. sama macam gua rindu sama kucing gua, tompok. boleh kata dah sebati betul enjin evo dan body kit kancil tu dengan jiwa gua. nama pun sedap. JEP. bukan main jantan lagi. kenangan gua dengan evocil pun terlalu banyak. macam-macam orang dah gua bawak menggunakan evocil. daripada mak datin, kepada anak mak datin. daripada bapak-bapak kepada mak-mak yang kerja kilang. semua dah merasa naik kereta evocil gua. cuma bangla je yang gua tak berani nak bawak. takut kena culik ataupun sexsual harassment. lagipun tak sedap betul nak ajak bangla berborak.


pada suatu hari semasa gua masih muda dan mentah, gua telah berjanji untuk balik kampung sekali dengan seorang tabligh. memandangkan rumah atuk gua sama daerah dengan tabligh tersebut, gua telah planning-planning untuk balik berkongsi kenderaan. dengan perangai gua yang rock dan sekali-sekala balada, risau jugak gua kalau-kalau tabligh tadi tak sedap hati nak naik kereta dengan gua. tapi nampaknya beliau macam tak berapa kisah. lagipun boleh la kami mengenali hati budi masing-masing. sekali-sekali ada jugak gua terbayang muka gua dengan purdah menyanyikan lagu nasyid keluarga bahagia.

oleh kerana hati gua berdebar-debar semasa menaiki evocil bersama tabligh tadi, maka gua terpaksa berdiam diri di awal perjalanan kami. mana tahu kalau borak-borak nanti dia soal sama gua soalan-soalan bersifat ugama, dan dek kerana ceteknya ilmu maka gua tak berjaya menjawab soalan tadi. bukan ke mengaibkan? bukan ke lebih elok kalau gua senyap-senyap dan menumpukan kepada pemanduan gua sambil senyum-senyum manis?


bila masuk lebuhraya, gua dengan lemah gemalai memberikan salam kepada tol gate girl dan menyambut tiket dengan senyuman. sekali-sekala kami berborak-borak dan isunya lebih kepada isu semasa dan permasalahan negara. sikitpun gua tak sentuh pasal dunia hiburan. tapi dekat radio gua pasang lagu macam-macam penyanyi. semua menyanyikan lagu rock kapak. tabligh pun turut sama menyanyi bila tiba lagu yang dia hapal.


jadi bila dah nak keluar tol, gua cepat-cepat sediakan tiket dan duit tol. tapi rupa-rupanya ada kad Touch-n-Go dekat dalam beg gua ni. ‘isi’ pun banyak lagi sebab gua baru kasi topap. elok juga. dapat la gua mengelak daripada berbaris panjang tunggu orang bayar tol. lagi-lagi musim perayaan tengah berlangsung. sambil tu gua curi-curi tengok muka tabligh tadi. sejuk rasa hati. tak manis pulak kalau gua nak tenung lama-lama secara terang-terangan. stereng kereta sapa nak handle? tapi boleh tahan jawa jugak muka tabligh ni. sekali imbas macam pelakon korea. dua kali imbas macam apek cerita cina. tiga kali imbas, errr…tiga kali imbas rupanya gua dah sampai di tol TOUCH-N-GO SAHAJA. gua cuba imbas kad berkali-kali, tak berjaya. bila gua tengok dekat tangan ada tiket tol, gua terasa nak maki hamun. kereta dekat belakang dah mula bersusun. ada yang main lampu tinggi, ada yang main hon. brader tabligh dah mula gelak-gelak tengok gua. cemas. “celaka..celaka..celaka..celaka..” terluah jugak benda-benda yang terbuku di dalam hati. tabligh pun tablighlah. gua peduli hapa!




notakakiberbulu: gua dengar cerita brader tabligh tadi dah nak kawin dah tahun ni. kompom gua kena reject time tu jugakkan? hahahaha..


10 comments:

sharamli said...

ganaih bet0i minah ni

oranglidi said...

haha. ke ko celaka2 dalam hati je.

AZANI said...

rock kapak vs tabligh....matching..

rafiq said...

tbligh ni tak cukup tabligh lg. bahye tu bedua-duaan. nasib dah nak kahwin. hampir sempurna.

dewajiwa said...

napa beliau tak drive? tak macho la beliau tu.

jo said...

sha:
mana ada ganaih. sekali-sekala ja..

oranglidi:
aku termaki hamun la depan tabligh tu. err..bukan saja 'celaka' sebenarnya..

azani:
haha..member nak kawen dah oii...

rafiq:
oo..kalo kawin tu kira tahap sempurna dah ke? biasalah. itu member pada member gua. kasi je la can balik sekali.

dewajiwa:
saja tak mau kasi dia drive kereta oldskul tu.. =P

hEarTLeSs said...

hahahaha ngok ngek tol la ko amek tket tol tp nk kuar pkai touch n go sengal

tasekM said...

berahi ke tabligh juga rupanya...



.

alhena said...

kakaka, ko lupa kontrol ayu la jo. lenkali kalo tersalah pun buat2 ayu je. kuar dari evocil n bagi salam kat sume kete yang berderet kat belakang tu.. kekekek :p

tyruzia_3186 said...

aku pong rindu JEP jugak! Sgt byk berjasa mengangkut aku ke mana jua. Tabligh nak kahwin dah ke? Boleh x aku nk rasa kecewa jugak! Oops!