Monday, February 7, 2011

kekalkan imej bersih

Sewaktu entri ini ditulis, gua masih belum terjumpa lagi mana-mana port yang selamat untuk gua sedap-sedap tidur di opis baru ni. Sebagai seorang perempuan yang mengamalkan diet ikut-suka-bila-nak-diet, gua memilih untuk makan makanan berat pada waktu pagi dan tidur pada waktu yang sepatutnya gua pergi makan. Sebenarnya gua cuma nak tegaskan di sini bahawa gua tidaklah tidur pada bila-bila masa dan di mana saja yang gua suka. Tidur pun cukuplah sekadar 10 minit yang betul-betul tidur. Bukan satu atau dua jam macam dulu.

Oleh sebab memandangkan gua belum lagi jumpa port untuk tidur yang selesa (boleh baring, julur-julur kaki, takde orang dan selamat), gua ambil keputusan untuk melentok saja di bucu meja gua yang penuh dengan fail dan benda-benda mengarut termasuklah pokok bunga dalam sebuah gelas jernih yang semakin dimamah usia. Entah siapa punya belaan entah.

Postur tidur yang tak berapa baik ini telah mengundang kepada bunyi hela nafas yang kuat atau dalam bahasa saintifiknya dengkur. Dan gua dapat rasakan bahawa imej bersih gua sudah mula tercalar akibat perkara tersebut. Memanglah waktu kita tidur, kita tak sedar kita berdengkur ke tidak, tapi gua dapat rasakan sesuatu masa gua tidur tadi. Gua ni kira nasib baiklah jugak. Kecuali bos misai, dekat bahagian gua ni semuanya bunga-bunga belaka. Maka ramailah yang ada dekat opis masa orang sibuk pergi makan. err...sebenarnya, gua awal-awal lagi dah cop bunga ros!


notakakiberbulu: tapi selalu jugak gua terserempak dengan tokey-tokey lombong. Lombong emas, lombong perak, lombong bijih timah. semua laki laki perut buncit.

7 comments:

sharamli said...

j0 minat bunga? pelik!

racYnc said...

tak tido time keje tak boleh ke..???

racYnc said...
This comment has been removed by the author.
NomborSebelas said...

buruk benor gaya tido nie..ish ish

Pisey said...

hek eles. keja kat mana kak? nak gi rapat2 untung2 kot dapat makan free. heheh.

Mak Su said...

hai :)

maksu tak leh tido kat opis, takut ternganga dengan neutral dan meleleh air liuq, huhuhu

din said...

oit lame gak aku xbace ko nye blog...tp apsal lame gak ko xupdate??ko nye cite bleh kasi aku epy la..update la slalu..