Monday, January 31, 2011

lalalalala..hari-hari kerja

Masuk minggu kedua menganggur, perasaan gua menjadi semakin tersisih. Bangun tidur, mengadap tv, sambil makan megi kadang-kadang siap tak gosok gigi. Ikut rajinlah. Habis makan terus gua siap-siap nak masak makan tengahari untuk adik gua dan ibu gua yang balik sekolah sekitar waktu gua tidur semula. Mungkin dengan tidur baharu gua tak berasa tersisih.
Tapi tak lama kemudian sedang gua sedap-sedap menonton abang bob squarepants gua terima satu panggilan daripada salah sebuah pejabat kerajaan yang berpusat di Putrajaya. Panggilan untuk menghadiri temuduga. Pung-pang-pung-pang, dapatlah gua kerja tersebut setelah menggoreng garing ketua pejabat merangkap bos gua sekarang.
Gua telah menanam semangat untuk bekerja dengan lebih ... alamak, gua tak jumpa pulak perkataan yang sesuai. Bermotivasi? bolehlah.. Gua telah menanam semangat untuk bekerja dengan lebih bermotivasi. Jadi pada hari pertama pekerjaan baru tersebut, gua memakai pakaian baru, wangi-wangian dan bedak yang lebih tebal daripada biasa dan bangun awal pagi serta berpuasa.

Jam semakin menghampiri pukul 8, tapi gua masih tak jumpa-jumpa pejabat tempat gua temuduga hari sebelumnya. Gua masuk keluar bangunan gah tersebut. Tapi persekitaran nampak begitu berbeza sekali. Sambil bermonolog dalam hati, gua ada juga berangan supaya terserempak dengan mana-mana pemuda bujang dan tampan. Bolehlah gua bawak-bawak bertanya dan mintak nombor talipon henpon. Manalah tahu tak jumpa jalan. Orang kata segan bertanya sesat jalan.

Gua ambil keputusan untuk keluar dari bangunan tersebut. Gua lantas mendongak memandang bangunan pencakar langit tersebut. Celakaaaaaaaaa...kes-kes salah bangunan ni yang boleh menyebabkan motivasi diri gua cenderung untuk menurun. Salah bangunan kementerian woi. Bukan salah tingkat.

notakakiberbulu: sekarang gua rajin bekerja. tengoklah. fesbuk pun dah macam anak angkat je gua buat. (Sebenarnya gua tak mahu brader-brader bahagian teknologi maklumat ingat gua kuat mengulor dekat blog. sekali-sekali bagi la can brader..)

10 comments:

Mimie.Candy Cane said...

hhhahahaa...takleh blah lu jo..boleh silap bangunan.lepas ni lu masyuk kan? belanje wa makan nasi tomato plissss

tasekM said...

waaaaaa... dah main kementerian2 ni jam kan jo...?

gua bangga.




.

sebelas said...

wakakaka.punya ler besor bangunan kat putrajaya pun lu buleh salah masuk jugak ke jo?

btw welcome to putrajaya.

jum belanja aku makan roti john kat taman warisan.tp jangan lu silap pi taman webland sudah ler!

gua doa.!

Liliyuli said...

aku dah tak de geng T_T

nuyuljana said...

perghhh..

da keje bangunan tinggi-tinggi.

caya lah!

alhena said...

ko dh dapat keje? congratss!!!!!

h a n i e said...

tu lah dia kak tasek..budak jo ni dh jd org kementerian dah skrg ni..heheh

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

lepas nie lu boleh naik pangkat jadi menteri la kiranya.. kan..

jo said...

jgn le cakap gitu..
kawe orang picisan je. kalo takde kawe pun takde lah kate nagara ni jadi mundur pun...kawe kuli je..ish..ish..

oranglidi said...

baguslah rajin bekerja. mana tau satu masa nanti buleh jadi perdana mentri. xpun adun kawasan aku. ha ha ha