Monday, December 20, 2010

no turning back.

gua tengah bersedih. betul punya sedih. radio pulak dok main lagu teratai layu di tasik madu. gua rasa macam nak penampor je poziah latip ni. tak tahu ke gua tengah sedih? takde respek langsung.

perkara-perkara yang melibatkan hati, perasaan dan perasan ni tak semudah melukis gambar kartun tengah korek hidung dekat header blog gua tu. awal-awal gua fikir gua dah cukup ganas dan brutal untuk handle perkara ni. tapi gua silap perhitungan sebenarnya. terbuktilah gua ni sebenarnya lemah lembut luar dan dalam.

walaupun entri ini nampak macam takde lambang kesedihan, ='( tapi gua punya sedih Tuhan saja yang tahu. sedih macam tak dapat makan nasik seminggu. sedih macam kena pukul dengan ibu. sedih macam kena tulis semula thesis yang dah siap. sedih melepaskan.

gua tarik nafas paling dalam. dalam-dalam. gua pejam mata. dalam kepala cuma ada satu keputusan. gua lepas nafas kuat. muktamad dan yakin. harap inilah yang terbaik untuk gua. selamat datang dunia baru.


notakakiberbulu: sepatutnya gua lagi kena risau sebab tahun 2011 ni gua terpaksa menjawat jawatan sebagai penunggu orang balik kerja semula. kali ini gua tak tahu berapa lama. tapi, boleh bangun lambat. boleh layan tb sampai muntah. err...jom pergi melancong?

15 comments:

tasekM said...

jo,
gua. kadang2 tgh sedih pun gua bantai buat n3 lawak2. lagi teruk dr lu. tak reti langsung nk express kesedihan dlm hati gua. ni kira penyakit juga nih...




.

Dewajiwa said...

steady la Jo. jom CUS. hahaha

lydia said...

CUS?? wawawawa...... poncho jgn resign dulu sebagai guide resmi lyd ea... tunggu lyd bersalin dulu!!! tunggu lyd abeskan G7 & 11..huhu...

Jo : sabar ekh Jo... Try google banyak2 peluang yang ada...

Anonymous said...

gua doakan lu dpt keje lebih baek.. gua pernah berada dlm posisi lu.. jenuh melakar senyum seikhlas mungkin dan membawa diri ke mana kaki mahu melangkah...

*big hugss*

p/s: gua rasa, gua bukan saja jelita malah penuh sifat keibuan kan?

Pisey said...

nak ajak melencong ke mana kakjolie?

sharamli said...

lemah lembut la sangat!

FarhanaLicious said...

putus cinta ke Jo? rilek ah.. jangan sedih. Bangla kat blkg umah aku banyak. meh pilih.

alhena said...

hurmm..jom berpikiran positif. Bagi masa ko rehat jup ni :)

InsyaAllah..tentu ada rezeki ko :P

Apizolla said...

bukak bisnes ar joo

oranglidi said...

weh, nak tanye skit. camne nk tau jam berapa berdasarkan tengkorok kat tepi blog ni?

Anonymous said...

weh meh resume.. aku try tanya mana yang nak budak kerja - adzim

jo said...

adzim:
waahhhh...yeayyyy...
nanti aku hantar resume. by hand kakak aku ye..hehe...

NomborSebelas said...

nak melancong mana? joinnn!

MOMMY CGG said...

moga kamu akan tersenyum kelak:)

tawawfayakof said...

2011 memang banyak gstt tak dapat sambung..

gagahkan jugak menghadap dunia baru.