Wednesday, November 10, 2010

aku, abang berger dan ular sawa

semalam, selepas sekian lama gua menahan nafsu bergelora untuk melantak berger, akhirnya malam tadi gua terkulai jugak di depan stall berger area rumah sewa bertingkat-tingkat gua. stall berger yang setiap hari gua lalu gua cuma amik bau saja.
"bang, berger daging satu." gua menyampaikan order dengan nada tegas selepas balik bersukan.
"ok. nak yang biasa ke special dik?" tanya abang berger.
"yang special tu macam mana bang?"
"berger bersalut telur dik."
"ohh..biasa sudah bang. telur-telur nanti gemuk." gua balas sambil kaki kuis-kuis rumput. abang berger nampaknya tersenyum sinis.
tiba-tiba datang sorang uncle urban lingkungan 50-an berbangsa cina sembang dengan abang berger tadi. gua cuma berdiri sambil dengar uncle urban pung-pang-pung-pang pasal kereta.
tiba-tiba gua terpandang sticker mengatakan di situ ada menjual berger rusa dan arnab. gua ni bukanlah seorang pemakan daging pelik-pelik ni. tapi saja mahu test betul ke tak ada daging rusa dan arnab dijual.
"bang, berger daging rusa ni ada tak?"
"em..ada. nak ke?"
"err...daging rusa ni rasa apa ek?"
"rasa rusa la dik.." abang berger cuba berlawak dengan gua.
"ohh, rasa rusa. manalah tahu rasa ular sawa ke.." serius gua membalas lawakkan abang berger.
"jangan main-main woo. ular sawa tu boleh kasi panas badan tau. kuat tenaga batin.." uncle urban menyampuk.
"ular mana boleh makan uncle..." kata abang berger.
"apasal tak boleh makan pulak?" gua tanya dengan kening berkerut. "kalau tak macam mana dia nak hidup. mesti kena makan punya. macam saya sekarang beli berger abang. kalau tak dapat boleh mati ni. emm..berapa ringgit ye bang bergernya?" kata gua sambil menghulur duit malaysia warna hijau.
ceh. tu baru gua buat lawak pasal ular sawa sikit dah sibuk mintak nombor talipon. belum dengar gua sembang pasal babi terbang ataupun tapir laut dalam lagi. agaknya terus ajak menikah tak....? macam encik ni yang baru menikah. tahniahlah ye saudara rahimin idris. semoga berkekalan hendaknya.
notakakiberbulu: tiada notakakiberbulu untuk entri kali ini.

10 comments:

tasekM said...

kahkahkah...

org laki mmg minat ke pompuan mcm lu ni jo... kdg2 dia org terlupa yg org kuat melawak ni kuat juga naik hantu.

ha ha.

min dh kawen....?



.

Liliyuli said...

semalam pun aku terlajak makan beger buatan malaysia tu..

dikesempatan ini, aku juga nak ucapkan semoga berbahagia ye aok min..

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

uncle tu tak mintak nombor talifon jugak ke?

eJAI said...

gila apa wat lawak dengan penjual berger. wat la lawak kat dato-dato ke. laki pakai kete besor ke.. Baru high sket.

sebelas said...

perh..stail lah lawak lu jo..leh kasi abang tu off business dia terus :D

hak hak hak

pakcik said...

blues ular sawa..

J@J@ / Bini The Rock said...

ankel tu mgkn pembekal daging BA....

errk!

alhena said...

wei.. semalam pun aku makan berger gak. kekekke :P

tyruzia_3186 said...

Saya nak mintak no telepon encik Jo jugak boleh?
~KehKehKeh~

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

weh.. gambar header baru tu kan.. yang kiok kat belakang tu ko ke.. sebab kalau yang pakai reben bertocang tu rasanya tak mungkin ko kan..