Sunday, November 28, 2010

25 random things

baru tadi gua dapat mesej berbaur ugutan daripada kutu ni. berani-berani suruh gua jawap soklan. nasib baik gua jenis sporting. nah. amik ni.

25 fakta tentang gua.

1. gua perempuan. benda ni memang fakta. siapa pertikai, memang nak kena la.

2. gua memang ganas sejak kecik lagi. tapi sebenarnya gua ni pemalu jugak orangnya. fakta ni. fakta.

3. masa umur 4 tahun gua pernah kena hempap dengan peti ais. puncanya gua panjat peti ais tersebut.

4. masa sekolah rendah gua selalu dapat terbaik matapelajaran inggeris. tapi sampai ke hari ini bahasa inggeris gua ke laut. bahasa melayu memang dah sedia barailah.

5. gua suka pergi panjat gunung dan teringin nak pergi bungee jumping dekat tempat darabdua. (nes, tunggu gua nes...)

6. gua pernah kena gantung 2 minggu masa tingkatan 3. cikgu kaunseling tuduh gua sebagai ketua kumpulan jahat.

7. setiap kali gua tukar sekolah, setiap kali tu parents gua kena mengadap cikgu disiplin. oh. sekolah menengah gua tukar sampai 3 kali.

8. walaupun gua nakal, gua adalah budak nakal yang ada prinsip.

9. gua tak pernah bercinta sampailah tahun kedua gua buat ijazah. whut a LOOOOOOSERRR!!

10. sampai sekarang gua tak paham kenapa mat-mat suka dekat gua. perangai huduh boleh tahan.

11. gua mempunyai semangat setiakawan yang tinggi.

12. gua suka karoke. cuma untuk berkaroke di kenduri kawen, gua masih belum bersedia.

13. blog ni blog peribadi gua. thirdreccers tu blog kawan-kawan suka outdoor. soltura tu blog perkongsian bersama pemblogger lain dan gambaRajah tu blog gua dan peminat-peminat seni fotografi yang lain.

14. evocil adalah kenderaan rasmi gua pergi kerja.

15. gua sekarang kerja kontrak dengan gomen. hujung tahun ni gua habis kontrak. ada siapa-siapa nak amik gua berkerja?

16. gua pernah jatuh masuk dalam longkang sebab gaduh masa darjah 6 dulu.

17. gua nak terberak ni. macam mana? nak gua sambung ke nak gua berenti? satu fakta pun gua tak rasa menarik.

18. pembaca belog gua terdiri daripada orang-orang yang gua sendiri tak pernah jumpa. tapi sembang macam dah lama kenal.

19. dulu gua pernah ada cita-cita nak jadi perdana menteri. sekarang, jangankan perdana menteri, kereta proton perdana pun gua tak mahu jadi. dulu la. masa gua tak faham politik. sekarang pun bukan faham bebeno pun.

20. gua suka brad pitt malaysia. yang ni gua tak tipu.

21. brad pitt malaysia suka tak dengan gua, yang ni gua tak tahu.

22. gua jarang naik angin. kalau naik angin pun tak lama gua dah kool semula. tapi jangan bagi gua berdendam.

23. gua sayang keluarga gua.

24. gua suka kucing.

25. gua ialah seorang yang lipasphobia.

dah kenal dah? hahh...banyak lagi tu benda yang gua sorok.

8 comments:

hanie said...

nanti wa nak buat tag 100 random facts..org pes wa nak tag..adelah LU! sila rasa terharu..

Syuhada said...

hik3. ilek ar. gua pun pes tym becinta masa tahun kedua buat ijazah. kita geng! itu pun gua becinta tak macam awek lain becinta. uhuk uhuk. :P

Anonymous said...

fasilitator schoolnet ke? lu bikin gua trtanya2 patplohpat kali ni..

asip محمد said...

macam sial.. adake? fact2 ni semua jadi haram jadah sebab lu kena hempap peti ais gua agak.. agak lah..

tasekM said...

ketua kumpulan jahat tu gua syak fakta juga tu..




.

sharamli said...

nama sebenar?

ashraf sahdan said...

kah kah kah.

budak nakal yang ada prinsip.

gua setuju, setuju.

alhena said...

err.. aku nk tambah satu lagi fakta tentang ko bole dak?ehh?? dh tukar kulit ye blog ko? br nk bagi fakta ko suke korek idung..huhuhu :P