Wednesday, June 16, 2010

entri kali ni sedih kan?

aku sebenarnya ada satu perasaan yang aku nak kongsi dengan orang. satu perasaan yang tak lepas. sampai ke hari ini. perasaan yang aku pendam-pendam sejak setahun 2 bulan yang lepas. cuma baru-baru ini perasaan tu datang dan mula gigit-gigit hati aku. wah. bukan main sastera lagi entri kali ini. gaya penulisan pun ada lain macam sikit.
ceritanya begini.
sebelum arwah faiz menghembuskan nafas terakhir, kami ada berborak sikit-sikit pasal hal keluarga. hal keluarga dia yang masa tu, agak bercelaru jugak. dia ada bagitahu aku tentang 'sesuatu' berkaitan kakak dia. perasaan dia yang tak berapa sedap hati dengan kakak dia. dan dia meninggal selepas 2 minggu. dan mengikut cerita yang aku dengar, arwah dan kakaknya hanya berjumpa beberapa hari sebelum ketiadaannya. dan waktu itu, arwah sudah tidak mampu untuk berbual atau bercakap panjang-panjang. dan aku rasa, apa yang nak diberitahu pada kakaknya masih lagi belum diberitahu. jadi, serta-merta aku rasa, 'sesuatu' itu perlu aku beritahu. tapi masalahnya, benda tu terlalu peribadi dan aku tak ada cara untuk beritahu. lagi pulak kakak dia yang takde kaitan apa dengan aku. pada awalnya, memang dia ada suruh. tapi aku menolak dengan alasan, aku orang luar. memang satu perasaan yang tak lepas, kan?
dan perasaan aku pada hari itu juga adalah satu perasaan yang tak lepas. terasa nak pegang tangan dan cium pipi dia. kuat-kuat. sambil minta ampun segala perbuatan dan percakapan yang kasar, sengaja atau tak sengaja. dan bagitahu dia aku sangat-sangat-sangat-sangat mahu bercakap dan gelak-gelak dengan dia macam biasa. tapi aku tak mampu buat apa-apa kerana ada yang terbatas antara kami. dan aku cuma tak mahu menambah rasa pedih dalam hati aku.
notakakiberbulu: kalau korang tak dapat nak bayangkan macam mana rasa perasaan yang tak lepas tu, dia adalah lebih kurang sama dengan perasaan korang bila seluar dalam terselit di shopping kompleks masa ada j card day. atau di pasar malam. atau mana-mana tempat yang public. memang tak bolah nak buat apa-apa. rasa tak lepas. tapi, kalau ada yang jenis tak pakai seluar dalam tu (yang setakat ni aku tahu rembo sorang je), tak tahulah aku macam mana nak jelaskan. oh. jangan risau. aku ok. aku dah siap-siap pakai topeng badut yang mulutnya ada senyuman sampai ke telinga.

10 comments:

sepet said...

aku penah rase yang tak lepas cm gini.sangat perit..smpai kan, meletop2 perot aku ni..sbb angin dalam perot dh byk sgt.

seksa ok!

Tijah said...

wakakakak. mmg sakit hati perasaaan yg tak lepas tu kan? nak2 plak suar tu teselit kat kaunter tem nak bayar yg blakang ko ada lagi 20 org tgh Q.

Rembo said...

woi. petik nama gua apahal?

tasekM said...

aku tak pernah lagi terselit seluar dalam time j card day. teringin pulak nk rasa. hahaha...

:p



.

fndrocka said...

memg tak lepas bai...aku baca ni pun macam tertnya2 lagi

Latest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat

alhena said...

the 'unfinished bisnes' :)

Kuwe said...

dah semacam amanat pun ada. macam wasiat pun ada. Kena ada strategi ni.

takziah.

Rembo said...

oi. gua tanya ni, apsal petik nama gua?

jo said...

sepet:
lu patut cuba teh sarbat la..biar senang sikit keluar angin badan tu..


kaktijah:
haha..ni macam selalu terkena jek?


rembo:
ah. lu jugak dulu kabo ke gua yang lu suka american lifestyle. bukan begitukah? haha..


kaktasek:
haha..kalo macam tu, aku sagestkan akak pakai g string. kih..kih..


fndrocka:
hmm...susahlah gua nak terang lagi detail.


alhena:
sometimes something remain unsolved..


kuwe:
humm..sebab tu sekarang aku rasa cukup tak selesa..


rembo:
gua tak sempat balas komen la..

m.a.n.n.e.q.u.i.n said...

perghhh..gua penah rasa terselit tu! demm