Monday, June 21, 2010

hujung minggu yang aummm..

puncak gunung ledang daripada arah jementah. dia punya jauh dari starting point memang kaw-kaw. rasanya macam berjalan kaki dari johor bahru ke johannesburg untuk menyaksikan perlawanan piala dunia. ada sungai. ada onak. ada duri. ada bukit. ada landai. ada babi. kedai makan je takda. tapi kalau kedai makan bunian tu gua tak tahu pulak.

tangga menuju ke puncak kejayaan setelah berjam-jam punya proses jalan kaki. tapi yang gua pelik sangat ialah, apasal lemak kaki gua tak susut-susut walaupun penat berjalan?

yang ini pula pemandangan daripada puncak yang agak jauh dari puncak sebenar. ada orang cakap puncak mahligai. ada orang cakap puncak batu kapal. gua pun tak beri perhatian sangat. maklumlah. selain daripada memikirkan hal pergi panjat gunung tanpa kebenaran ibubapa, gua juga sibuk memikirkan masalah kucing gua yang berak tak lawas.

hoh..! yang ni gua nak eksen sikit. ini memang hasil tangan gua. puji sikit-sikit je lah. ai ni pemalu tau!
perhatikan brader tukang ambil gambar tu. bukan main style lagi. brader tu gua gelarkan sebagai samurai jawa ajelah, sebab identitinya perlu gua rahsiakan. samurai jawa adalah seorang yang gagah. beg yang digalasnya juga adalah seberat peti es 2 pintu. berat nak mapuh! lepas gambar di snap, gua finishing dengan summer sault atas perut dia. terkeluar taik hijau terus.
perkara mistik? nak cerita memang banyak. tapi yang paling gua kagum adalah suara azan waktu maghrib sayup-sayup kedengaran di ketinggian 1000 kaki lebih. orang kata dekat situ ada perkampungan islam. wallahualam..
notakakiberbulu: semua gambar gua cilok daripada brader ni. memang terbaiklah!

13 comments:

h a n i e said...

perghh..dasat lu punya aktiviti nih..

jap.lu ambik gambor ape tu? wa kurang kepahaman..






=P

pakcik said...

gi meledang siot...

alhena said...

uiyoo!!bestnya!!..tp.. aku best tgk pic orang je. aku gayat! ahahha

ermm.. ko amik pic apa yg suh puji2 tu? aku tk nmpak macam pic pun?

Liliyuli said...

kalaulah aku pendaki macam ko..kan best..aduh

nxum.hasrulnizam said...

hi jo... best kan ledang folo trek yg rare nh...

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

kumbang kejadah aper tu?

nak kata badan tak badan..
nak kata kepala tak kepala..

Nani Allen said...

hahahaha! errr ni pegi camping ke sehari ni? mana lah tau kan kau tiba tiba gagah gila pergi balik hari jalan kaki. mana lah tahu..bukan main tonggang terbalik brader tu?

p/s: ah hello aku dah tukar link ke http://mulutjahat.blogspot.com ok

shakinah said...

yang ke4 tu gambar siput sedut ke?

tasekM said...

gambor yg lu amik tu sabut kelapa yek...?

:p



.

fndrocka said...

abang kamera siap sila panggung lagi..skil dewa2

Terbaru : Si Kacak Mengintai Dari Tirai Kamar

orglidi said...

nice shot.

jo said...
This comment has been removed by the author.
jo said...

hanie:
wah..itu art nama dia. art.


pakcik:
itu la..gua harapkan menahan. tapi dapat meledang pun dah kira ok..


alhena:
cuba la teka. itu gambar kacukan ketam dan ramaramalah. unik.


liliyuli:
pendaki tu apa? orang yang berdaki?next time nak ikut, boley je..


nxum:
hai..hmm..bestbest..suka..suka..


azman:
haha..setakat ni, tekaan lu la yang paling menghampiri sekali.


nani:
haha. itu skil namanya. saja mau dapat background langit biru. wah..ko dah pakai nama lain sekarang. patutlah macam takde update je dari ko..


shax:
kalau binatang tu dengar, mesti dia kecik hati shax.


kak tasek:
kakkkk...seni tu kak. seni...


fndrocka:
dia ada skil dewajiwa tu. jangan main-main. :-P


oranglidi:
credit to mr. nxum.hasrulnizam..