Monday, May 31, 2010

my bestfriend wedding

dulu. masa zaman masak ayam, ikan, sotong, sadin dalam periuk nasik dan masak nasik pakai beras belen bawak pergi panjatpanjat, gua ada sorang member baik. member susah senang orang panggil. oleh sebab hari pertama nak masuk kuliah gua telah terbangun awal, gua telah ambil keputusan untuk bersarapan pagi terlebih dahulu. orang kata, bila perut kenyang ilmu jadi mudah masuk. masa di kafe, gua telah berjumpa dengan sorang lagi lone ranger dan terus duduk memandangkan dah takde tempat kosong. kami terus borakborak kosong. pada awal borak, gua cuma sentuh tentang isu-isu semasa sahaja. lama kelamaan, masuk juga topik berak tak lawas jika bersarapan pagi.

walaupun pada asalnya kami bukan boleh 'pergi' sangat. tapi sebab awal-awal lagi beliau dah daring datang kelas lambat, gua memang takde pilihan lain. akhirnya kami berkawan bukan main baik lagi. memang takde masalah interaksi antara kami sungguhpun beliau dari utara gua dari selatan. ah. gua dulu pun pernah bersekolah di aloQ setaQ. cuma bila sesekali gua tersebut ayak milok, surat kabak dan nasiak, beliau akan menjeling tajam.

minggu lepas, selamatlah member gua ni menjadi isteri orang. rasa macam nak menangis pun ada. oh. bukan sebab terharu sangat sebenarnya. cuma rasa sedih sikit bila gua terfikir, gua ni rupanya pakwe pun belum ada lagi. perjalanan daripada jb ke butterworth pun rupanya panjang nak mampus. dapat pula bas yang merepek. kalau kata nak ke butterworth tu, terus la ke sana. ni apa kes kena pergi seremban, kuala lumpur dan ipoh segala?? belum kira berhenti rehat dan rawat lagi. agaknya kalau dekat malaysia ni ada sri lanka pun, dia nak singgah jugak kot. itu belum kira lagi semasa bas dah sampai di sungai buloh, ada satu kapel bodoh piang yang mahu turun di muar. dah tu kenapa sibuksibuk naik bas butterworth???


sebagai remaja yang memberontak, gua telah ambil keputusan untuk tidak turun kencing sebagai tunjuk perasaan. dengan harapan masa boleh di pendekkan lagi. padahal dalam kepala gua dah terselit satu azam iaitu pekena snuker bila turun bas karang. beli jeruk dekat jeti dan macammacam lagi. tapi bila dah kena duduk dalam bas selama 13 jam, ingat gua tak boleh bertukar menjadi panas baran ke? dengan rasa nak terkencing lagi. kepala dah ingat nak tidur je. itu jam, kalau ada orang offer pizza hut, mahu gua jentik pakai ibu jari kaki sahaja.

jadi sebagai kesimpulannya, tak semestinya orang yang pandai masak dan kemas rumah tu mesti kena kawin. kalau ada jodoh tu, adalah. ok. ok. gua memang tak pandai masak dan kemas rumah. ada masalah ke??


Tahniah la wei. semoga hang berbahagia hingga ke anak cucu. kalau time petir tu jangan dok peluk lebih-lebih. hang tu kawen dengan transformer bukan manusia biasa.

notakakiberbulu: gua telah mengalami seram sejuk sepemulangan gua ke tanah air johor bahru. entahentah terkena badi pengantin tak?

22 comments:

hanie said...

pengantin mn ada badi wehhh...
berkat ada laaa..

alaa..pedehal..wa pun xde pakwe jgk
lps ni buleh la buat kelab pompuan jomblo..

hahahahahah

jo said...

owh..takde badi ke? tapi apsal aku rasa lain macam??


jomblo tu bunyi macam lucah. apakah maksudnya?

NomborSebelas said...

alah takde pakwe pun nak kecoh ke?

pakwe bujang selamanya~ said...

ni entry ofer diri ke hape ni?

alhena said...

Tkpe jo.. ko jgn bimbang kalo ko tkde bf. Ko ada geng. Aku pun tkde bf gak.. lalallalla

See? Hepi je hidup aku. Bukan kurang seposen pun gaji aku.. kekekkk :P

jo said...

sebelas:
mana ada gua kecoh??


pakwe bujang selamanya:
bujang selamanya menda woi? menyampah pulak gua. cerita yang gua nak hi-lite di sini adalah pergi ke kenduri kawin. cis...


alhena:
peh..aku tengok ko pergi melben, kemahen lagi. mestila seronok owh...

Liliyuli said...

ouh! cara memberontak kita sama dengan tidak turun kencing supaya jimat masa..

ashraf sahdan said...

kalau gua memberotak, gua turun berak lepas tu pancitkan tayar bas.

tyruzia_3186 said...

Sedih.. N yet happy for Yed..
Aku baru pekena ayaq miloq tadi..
Terkenang memori lama..
Dan rindu pada kamu jgk.. (^_^)v

pakcik said...

badi? badi ke berkat ke sameeee je bile sampai kat lu...takde perubahan pun...kihkihkih...

tasekM said...

banyak la ko punya badi. cakap je la ko nak mintak peluk jo......

:p




.

Kuwe said...

Aku paham perasaan tu.
Dengan perasaan memberontak tu jugak, lu akan cuit driver. Driver akan berenti di celah celah pokok kayu. Situ lah titik pertemuan lu.

jo said...

liliyuli:
rupanya ada yang sama perangai dengan aku..hehe...


mael:
wah..memang tak boleh dibawak bergurau orang macam lu ni mael...


tyruzia:
anda bila lagi?
hahahahahahahha...


pakcik:
eleh. mentanglah dia dah kawen, boleh le cakap besar...


kak tasek:
karang jumpa, ko peluk aku ye kak..


kuwe:
bertemuan dengan siapa ni? mana main kencing sepah-sepah..cis..

FarhanaLicious said...

lu bila pulak?

jo said...

farhana:
bila amenda nih???

Aloy Paradoks said...

gua pandai,,, pandai,,, pandai,,, ah tak yah cakap la..

Schamastura said...

sedey gak yed daa kawen..
tinggaila kite ber3 jek wehh~~

jo said...

aloy:
pandai apa? meh bagitahu gua meh..


sharip:
huu...itulah....
aku ingat, aku pun nak kawinlah...haha..

Alip~Ya~Alip said...

jo...nanti datang wedding aku bley?? bukan jauh smpai ke sabah pon. ulu kelang jer.

jo said...

aya.....nak kawen ke?
err...mcm gini la...kita kontek ikut fesbuk...ok?haha...berdebar hati nak jumpa cik aya...

mulut jahat said...

yang kapel muar tu memang lawak. hahahahaha celaka betul.

jo said...

nani:
haha..aku pun sampai tersembur air liur..