Sunday, February 28, 2010

pengalaman menonton cerekarama bersama ibu

hari jumaat cuti maulidur rasul itu hari, tv 3 ada menayangkan sebuah cerita cerekarama berjudul Ihsan. oleh sebab dekat rumah gua tiada piring astro maka jangan haraplah gua nak dapat tengok cerita-cerita ilmiah discovery channel atau rancangan hiburan bangang seperti akademi fantasia. jadi, elok-elok lepas makan tengah hari gua dan ibu gua pun duduk depan tv sambil berkipas. layan satu cerita melayu yang dah sampai pertengahan cerita.

cerita.

iklan.

cerita.

iklan.

kemudian cerita pun sampai dipenghujung. gua dengar ustaz tipu-tipu dalam tv kata, "hati seorang ibu ni sensetip. kadang-kadang dia simpan saja sebab tak mahu anak-anak berkecil hati..." ah. kacau. dalam hati gua bergolak. mata pun dah mula nak berair. hati gua gundah. nak ke tak nak? nak ke tak nak? terus gua jeling-jeling adik-beradik yang lain dekat sekitar ruang tamu. takde. cantek sangtlah tu. cuma ada ibu dekat belakang gua. tengah tahan menangis juga tu gua syak.

terus gua pusing tengok ibu. gua salam dan mintak ampun. betul-betul macam scene hari raya aidilfitri. air mata ibu mengalir. dalam hati gua cakap, nak tunggu raya baru reti nak mintak ampun. entah-entah ibu makan hati dengan gua hari-hari ke. siapa tahu?

tiba-tiba tekak gua terasa nak makan rendang dan ketupat. gua pergi ke dapur untuk cek stok nasi impit segera yang dah terlepas dua tiga kali raya jugaklah gua agak. gua terjumpa adik bongsu gua dekat dapur.

"ko dengan ibu kenapa? salam-salam, menangis-nangis depan tv?"


notakakiberbulu: peh..rasa macam nak bagi makan selipar jepun je dekat adik gua tu.

17 comments:

sharamli said...

aku p0n rasa nak nanges ni..

Liliyuli said...

aku nanges jugak ni weh..nanges gelakkan ko..hahahahahahhahahahahaaa..

hanie said...

wa igt time raya jek lu reti buat scene air mata, air idung nih..

hahahah~

pakcik said...

seb baik dah insaf...ke aritu je? skrg back to normal smula?

nuyuljana said...

hahaha.

ganas-ganas lu ni ada jugak lembutnya eh.

Mimie.Candy Cane said...

tacing ouh cite tu..wa tgk sorang2..dan2 je call mak wa..

alhena said...

alalala.. comelnya..
sensitip giteww!! :p

tasekM said...

gua punya syak lu salam bodek nih... ntah apa la yg lu nk kecek ke ibu lu nih...

:P



.

terrarosa said...

ler aku ingat cekikrama malam sabtu tu, ala yg Fasha Sendel yg berlakon...
disebabkan nak temankan mak aku , aku layan juga , tenangkan hati , selawat banyak2 untuk abiskan tengok drama tu...
cabaran sungguh untuk jadi anak solehah ni kan ?
:P

maEL said...

ha ha ha.
jo rupanya mempunyai hati yg berwarna pelangi.
harap ja naik gunung sana sini, tengok cerekarama menangis.

racync said...

pe slh pun lu citer kat adik lu nape salam2 nangis2 tuh....

shakinah said...

pergh!
gila comel. haha

jo said...

sharamli:
cepat pergi masuk bilik air. huduh kang orang nampak.


liliyuli:
cis...aku ni sensitip tau! auwww~


hanie:
abis takkan gua nak blah kot. apa kata ibu gua nanti..?


pakcik:
gua mintak ampun sungguh-sungguh la woi..apa hari tu je..


nuyuljana:
ganas-ganas gua, bila lapar pun kena makan nasik.

jo said...

mimie:
gua ingat lu lagi kental dari gua..2x5 jugak..hehe..


alhena:
jangan la buat gitu..nanti i malu taw~


kak tasek:
salam bodek? kalau kat johor ni yang ada salam cium tangan dengan salam kaut time kenduri kawen je. heh!


terrarosa:
oh..cerita yang tu. malas la aku nak tengok fasha sandha. baik aku tengok cermin. sama je.


mael:
memang la. hati gua ni...fragile tau. once broken considered... err...err...


racync:
no way man!


shakinah:
gila tu tak payah bubuh la lain kali....

ayampinko said...

hahaha.. memula wa syak lu nak jual jer tanah kat kampung tu.. rupanyer wa ikhlas.. hehehe.. kirim salam kat mak lu..


selamat hari raya..

jo said...

ayampinko:
selamat hari raya.
niat gua tiada lain melainkan ikhlas..

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇