Monday, November 16, 2009

bergelut dengan perasaan

selepas sesi bersarapan sambil berborak dan pekena nasik lemak sambal belacan yang bau belacannya tak hilang-hilang sampailah gua nak pekena makan nasik tengahari dan gua makan sarapan sambil menyurat kabar (membaca surat kabar), mata gua jadi mengantuk gila. sampaikan gua rasa nak berparang-parangan dengan makcik kantin sebab mengesyaki beliau ada bubuh ubat tidur dalam minuman gua. habis kalau mengantuk, macam mana gua nak tumpukan perhatian pada kerja-kerja pejabat dan perkompiteran gua?

di makmal kompiter, gua buat biasa-biasa sahaja sebab budak gemuk bandar dan rakan-rakan ada bersama. untuk menunjukkan sifat sporting, gua siap buat tak tahu je bila mereka siap bergurau senda ketika bermain counter-strike. (kurang hajar punya budak-budak sekolah. ada ke rasuah gua dengan beberapa batang cokelat jenama terkenal). sambil-sambil melayan facebook, gua melayan mengantuk sama. tambah-tambah hujan rahmat turun selebat-lebatnya.

tiba-tiba gua teringat ada yang tak setel lagi dekat bilik belakang makmal gua. gua terus meluru. gua memang jenis tak suka tangguh kerja. malas nak ikut sangat perangai orang melayu kita. macam mana nak maju kalau asik nak bertangguh kerja?

bila keluar sahaja dari bilik belakang makmal, hati gua terasa lapang, dada terasa senang dan sedikit berombak. kepala ada sedikit terasa pening. dalam mulut ada terasa payau-payau. tangan pun macam terkena semut-semut. yang pastinya mata gua dah terasa segar. rasa macam baru bangun dari mimpilah!



notakakiberbulu: inilah yang buat gua malas bila dah terkena puji-pujian lepas buat program dengan cikgu-cikgu sekolah. terus rasa tak bersalah bila ada suara panggil-panggil masuk ke alam mimpi. biasalah. melayu mudah lupa.

18 comments:

13247 said...

nasib baik gua anak jati argentina..
org melayu memang mudah lupa..

macha_sezs said...

memang lu melayu. dah la makan rasuah. mudah lupa pula tu.


penah apply jadi polis tak?


:P

hanie said...

bagus btul port lu kan...

hahahaha~

paiseh said...

gua cari poin nak gelak tak jumpa2 ni.. kat mana aa..??

alhena said...

hah!aku tangkap ko tido belakang makmal!bitau bos :P

Tijah said...

huiiii. hujan2 ni kan. tido siap pakai stoken tuuuu

Nbl Fzr said...

ceh, semut dlm perot!

jo said...

iezat:
tak silapkan gua cakap?
memang melayu mudah lupa...
lu adalah contoh terdekat...


macha:
mana ada gua makan rasuah?
gua makan cokelat berjenama tau...
polis yang pernah terasa nak apply jadi gua..haha~


hanie:
seminggu gua setting beb...
bilik tu, peti ais je xdak..yang lain suma dah ada...

jo said...

paiseh:
apa nak gelak2 dekat belog gua...??
gua buat cerita serius ni...

semenjak dah bercinta ni lu kemain sombong lagi arr....


alhena:
heh..bos menjalankan ibadah kursus selama beberapa purnama..apadehal?


kak tijah:
tu la..pulak tu pekena setoking tebal..memang 'king' la bila dapat baring sambil bukak kipas level 1..sepoi-sepoi bahasa je angin dia..


nabil:
bukan semut je..macam2 ada dalam perut gua..tunggu mood mari je nak buang....

tyruzia_3186 said...

Tido!!!!!

Liliyuli said...

keje kat bilik belakang makmal kunun..tido je kan keje tu

jo said...

tyruzia:
ehehehehe....
aku kan sleeping beauty...ke beauty je sleeping xde?


liliyuli:
kalu mau join sekali moh la...toto dengan bantal bawak sendiri tau!

Schamastura said...

xberuboh2..
cane nak kurus?haha~~

Aloy Paradoks said...

riak tu... riak tu....

mulut jahat said...

ah berak la tu. kan senang tulis berak.

Kuwe said...

hujan rahmat turun selebatnya.phew~banjir cukup.kilat tekda?

jo said...

sharip:
x mo la kurus mcm ko..
x lawo...

aloy:
ahh...sekali-sekala...

nani:
peh...star datang belog gua sial..
hahahhaa...

berak ah lu...

kuwe:
tu dah bulih dikira sebagai pembalasan Allah...bukan rahmat dah tu...

Pisey said...

belacan sedap ouh.

letak kicap.
taruk garam
gula
belacan

makan buah jambu.
pergh.